Friday, April 27, 2018

Kisah “Si Rashid Beli Myvi” Tular Di Media Sosial


 
570 views
SHARE 

Kisah “Si Rashid Beli Myvi” Tular Di Media Sosial

Oleh: Nabihah Azman
Tular satu kisah yang mudah difahami rakyat tentang salah satu tawaran buat anak muda oleh GAGASAN Sejahtera.
PAS membawakan manifesto khas untuk kelompok anak muda iaitu penghapusan duti eksais kenderaan pertama bagi 1300cc ke bawah.
Teliti kisah si Rasyid untuk memahami dengan lebih mudah bagaimana tawaran ini dapat meringankan beban anak muda.
Kisah Si Rasyid Membeli Myvi
Harga pasaran Myvi ialah RM45,000.
Jadi, untuk membeli Myvi tersebut, Si Rasyid perlu membayar deposit 10% daripada harga belian tersebut.
Baki harga belian berjumlah RM40,500 itu Si Rasyid bayar secara ansuran kepada bank selama 9 tahun.
Dalam tempoh tersebut, Si Rasyid perlu membayar ansuran dengan kadar faedah keuntungan bank sebanyak 4.5%, menjadikan jumlah hutang bank yang akan dibayar ialah RM56920.50.
Jadi, kadar ansuran yang perlu Si Rasyid bayar ialah RM526.88 sebulan selama 9 tahun.
JIKA PAS MEMERINTAH, PAS akan memperkenalkan skim pinjaman secara Islam dengan konsep “qardhul hassan” iaitu pinjaman tanpa sebarang faedah.
Jadi, baki hutang yang perlu Rasyid bayar ialah RM40,500 sahaja, bukan lagi RM56920.50.
Dengan skim pinjaman baru ini, kadar ansuran yang perlu dibayar hanyalah RM375 sahaja setiap bulan!
Apabila komitmen bulanan menjadi kurang, maka Rasyid mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi!
Apabila PAS MENANG dan dilaksanakan kelak, Rasyid dan seluruh anak muda Malaysia mempunyai kuasa beli yang tinggi sekaligus merancakkan ekonomi negara.
Si Rasyid berazam untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kali ini.
Jadilah seperti Si Rasyid, undilah PAS!

Ulamak Seluruh Nusantara Sepakat Umat Islam Wajib Mengundi Untuk Mendirikan Negara Islam


 
726 views
SHARE 
ULAMAK SELURUH NUSANTARA SEPAKAT UMAT ISLAM WAJIB MENGUNDI UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM
DALAM satu Muktamar Islam Tenggara Asia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 April 1954 telah memutuskan bahawa semua umat Islam adalah wajib keluar mengundi untuk membolehkan negara Islam yang melaksanakan syariat dibentuk. Fatwa para ulamak Nusantara ini dirumuskan ketika umat Islam di Indonesia dan Tanah Melayu sedang bersiap untuk menghadapi pilihan raya umum yang julung kalinya diadakan selepas Perang Dunia Kedua. Tanah Melayu mengadakan Pilihan Raya Umum pada 27 Julai 1955, manakala Indonesia berpemilu (pemilihan umum) pada tanggal 29 September 1955. PAS adalah parti Islam di Tanah Melayu, sedangkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) menjadi parti Islam di Indonesia, di mana kedua-dua parti ini telah meletakkan matlamat mereka untuk menegakkan negara Islam melalui saluran demokrasi.
Terdahulu, di Indonesia, Muktamar Alim Ulamak dan Muballigh Se-Indonesia di Medan pada 11-15 April 1953 yang turut disertai oleh Setiausaha Agung Muktamar Islam Sedunia, In’manullah Khan bersama 205 ulamak seluruh Indonesia, telah mengambil pendirian bahawa umat Islam diwajibkan menyertai pilihan raya dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan turun mengundi pada hari pembuangan undi, dengan maksud untuk menegakkan sebuah negara Islam. Majlis Syura Pusat Masyumi yang bersidang pada 24 Februari 1953 turut mengambil pendirian yang sama dalam menghadapi Pemilu Indonesia 1955. KH Abdul Rahman Shihab, Ketua Majlis Syura Pusat Masyumis mengumumkan pendirian ini bagi menggesa umat Islam supaya tidak memandang penglibatan mereka dalam pembuangan undi sebagai perkara remeh.
Muktamar Ulamak di Medan seperti mana yang disiarkan oleh Aliran Islam, No. 47, Thn. Ke-VII, 1953, telah memutuskan supaya semua parti Islam (Masyumi, Partai Sarekat Islam Indonesia, Perti dan PSII) serta badan-badan Islam yang besar (Nahdatul Ulamak, Muhammadiyah, Liga Muslim Indonesia dan Kongres Muslimin Indonesia) bersatu untuk memenangi pemilu bagi membentuk negara Islam, menggubal perlembagaan Islam, membela para ulamak dan memperkukuh perjuangan Islam. Demikian juga laporan majalah Perbaikan, No. 1-2, Thn. Ke-X, 1953 yang memetikan keputusan muktamar tersebut supaya umat Islam bersatu secara ukhuwah Islam bagi menjamin kemenangan Islam dalam pemilu.
Oleh kerana desakan parti politik di Tanah Melayu sejak awal 1953 menerusi National Conference dan National Convention supaya pilihan raya umum diadakan segera ke arah berkerajaan sendiri yang turut disokong oleh PAS, British telah bersetuju supaya satu pilihan raya umum diadakan dalam tahun 1955. Seperti mana di Indonesia, persoalan penglibatan umat Islam dalam pilihan raya ini juga menjadi isu, terutama hukum penyertaan umat Islam sebagai pemilih di Tanah dan Indonesia. Satu Muktamar Islam Tenggara Asia telah dianjurkan, di mana PAS sendiri telah menghantar tiga wakil iaitu Haji Sulaiman Basri, Haji Zabidi Ali dan Mohamad Hanif, manakala Setiausaha Pilihan Raya PAS, Abdul Hamid Sharif bersama Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Mohd Asri Haji Muda, Haji Ahmad Ali dan Kiyai Yasiin hadir mewakili PAS sebagai pemerhati.
Muktamar ini, seperti yang dilaporkan oleh Berita APB, No. 94, Thn. Ke-VIII dalam kolum yang bertajuk ‘Alim Ulama Malaya Dan Soal Pemilihan Umum di Indonesia’. Berbunyi: “Seluruh alim ulama Malaya dalam satu sidangnya yang diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para alim ulama Malaya dari berbagai tempat telah memutuskan, bahawa penyertaan umat Islam Indonesia di dalam pilihan raya umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya, dan adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikutserta dalam pilihan raya umum nanti.”
Kesimpulan daripada keputusan-keputusan para ulamak Asia Tenggara dalam dalam soal pilihan raya ini ialah:
I. Penyertaan Parti Islam dalam pilihan raya umum dengan menghantar calon-calon dan berkempen untuk kemenangan mereka bagi menegakkan negara Islam adalah wajib;
II. Penyertaan umat Islam sebagai pemilih dalam pilihan raya umum adalah fardhu ain; dan
III. Haram bagi umat Islam jika tidak ikut serta (tidak mengundi) dalam pilihan raya umum.
#MalaysiaSejahtera
#BangkitPertahan
MOHD FADLI GHANI
Head House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS
24 Rejab 1439 / 11 April 2018

Hak Golongan Kaya dan Miskin Terjaga dalam Islam


 
6 views

BATU, 21 April – Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi P115 Parlimen Batu menyatakan bahawa PAS komited menjaga hak-hak yang diberikan kepada kedua – dua golongan kaya dan miskin. Perkara ini ditegaskan beliau di dalam siri ceramah beliau baru-baru ini.
Merujuk kepada ketidakadilan GST yang memungut cukai daripada rakyat tidak kira kaya atau miskin, alternatif daripada PAS dilihat lebih adil iaitu melalui cukai saham dan cukai simpanan korporat.
“Dalam Islam, orang kaya mempunyai hak. Tetapi tanggungjawab orang kaya ialah berkongsi kekayaan tersebut dengan orang miskin, sebagaimana disebut di dalam terjemahan Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat 7, ‘supaya harta itu tidak berlegar-legar dalam golongan kaya antara kamu’,” kata Ustaz Azhar.
Cukai yang ditawarkan PAS itu dilihat lebih adil kerana hanya dikenakan kepada golongan kaya sahaja dengan kadar yang sangat rendah iaitu 2.5%, mengambil konsep zakat dalam Islam.
Ustaz Azhar dalam pidato beliau turut menegaskan kemampuan PAS untuk melupuskan hutang peminjam PTPTN jika diberikan mandat untuk memerintah. Hal tersebut melihat kepada kemungkinan kutipan cukai saham dan cukai simpanan korporat sekitar RM50 billion setahun, melebihi kutipan cukai GST.

TIGA PENJURU - SIAPA YANG AKAN RUGI?






- Gambar hiasan 

PADA 9 Mei ini akan menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (Harapan) yang dilihat akan menentukan keputusan PRU14. 

Namun, adakah benar tiga penjuru ini akan menguntungkan BN dan merugikan Pas serta Harapan, atau sebenarnya Harapan dan Pas mampu cipta kejutan pada hari pengundian nanti. 

Beberapa pemerhati politik melihat senario ini sangat penting dalam menentukan keputusan siapa yang akan memerintah negara selepas PRU14 kerana kuasa undi orang Melayu amat penting termasuk di kerusi-kerusi campuran Melayu, Cina dan India. 

Sukar ramal siapa akan menang 

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpandangan, keputusan untuk menilai parti yang akan memenangi dalam persaingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti sukar diramal kerana terdapat beberapa faktor penting bagi menilai perkara itu, antaranya adalah peratusan pengundi iaitu Melayu, Cina dan India.

 “Sekiranya pengundi Melayu lebih daripada 80 peratus, BN ada peluang kerana pengundi Pas dan PKR berpecah dua. Andaian undi bukan Melayu sebanyak 20 peratus itu juga akan pecah. 

“Situasi ini juga serupa sekiranya jumlah pengundi di bawah 80 peratus tetapi lebih daripada 60 peratus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Mengulas peluang Pas, Nik Ahmad Kamal berkata, Pas berpeluang memenangi kerusi Parlimen atau Dun sekiranya pengundi Melayu lebih daripada 80 peratus. 

Namun, sekiranya pengundi Melayu lingkungan 40 hingga 60 peratus, peluang PKR untuk menang adalah cerah dengan sokongan pengundi bukan Melayu. 

“Jika pengundi bukan Melayu majoriti, Harapan lebih banyak peluang untuk menang,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, itu adalah andaian dalam senario pengundi Melayu majoriti dan minoriti sahaja, belum dilihat dalam angkubah lain seperti peratusan pengundi muda di bawah 30 tahun, pengundi pertama dan sebagainya. 

BN dapat kelebihan 

Menurut Pakar Geostrategis, Azmi Hassan, analisis sesetengah pihak berhubung situasi tiga penjuru yang dijangka memberi kelebihan kepada BN mungkin ada benarnya. 

“Apabila Pas memberi kenyataan akan bertanding 160 kerusi Parlimen maka isu pertandingan tiga penjuru sudah pasti berlaku di kebanyakan kerusi Parlimen dan juga Dun. Ini kerana Pas dianggap sebagai pembangkang walaupun ketika ini mesra BN dan semestinya penyokong Pas terdiri daripada kumpulan yang tidak akan undi BN. 

“Sebab itu dihujahkan perpecahan undi akan berlaku dan pihak yang paling terkesan secara negatif adalah Pas dan Harapan, manakala status quo kekal bagi BN iaitu BN akan terima kesan positif,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir pula berkata, dalam pertembungan tiga penjuru, Pas dilihat tidak mempunyai kelebihan kerana kekuatan parti berteraskan Islam itu tidak sama seperti PRU13. 

“Harus diingat pada PRU13 kemenangan besar itu adalah disebabkan dokongan kuat parti komponen Pakatan Rakyat. Jadi saya menjangkakan kekuatan Pas terhakis 30 peratus,” katanya. 

Disebabkan itu Jeniri mendakwa, Pas tidak boleh bermimpi untuk menjadi ‘kingmaker’ andai PRU13 menjadi kayu pengukur. Pas sukar menang 

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula berpendapat, pada PRU14 ini, Pas tidak berupaya untuk menang kerusi Parlimen atau Dun kerana parti berkenaan bertanding di atas tiket parti itu sendiri dan tidak bertanding berdasarkan kerjasama dengan parti-parti politik yang lain. 

Katanya, Pas boleh menang sekiranya mendapat kerjasama daripada parti-parti lain. 

Jelasnya, peperangan hanya berlaku antara BN dengan Harapan dan di antara kedua-dua parti ini, keputusan bergantung kepada sejauh mana sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu. 

Beliau menambah, kajian statistik dari Invoke, Ilham Center, Merdeka Survey Center, Unisel dan beberapa NGO menunjukkan bahawa secara umumnya, tahap sokongan pengundi Melayu terhadap BN kurang daripada 40 peratus dan tahap sokongan pengundi Cina pula melebihi tahap sokongan Melayu. 

“Jadi, kalau tidak ada apa-apa aral melintang dan semua berjalan dengan baik, Harapan boleh memenangi lebih daripada tujuh atau sembilan negeri. 

“Cuma Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Perlis, BN boleh menang,” katanya. Harapan terima kesan negatif 

Sementara itu, Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib pula berpendapat, pertembungan tiga penjuru yang sengit pada PRU14 ini pasti menyaksikan salah satu parti ‘bungkus’ atau kalah serta mengulangi episod PRU13 yang lalu. 

Menurutnya, jika berlaku pertempuran tiga penjuru antara BN, Pas dan Harapan, sudah pasti Harapan akan mendapat kesan negatif.

 “Parti yang akan mengalami trauma ialah PKR berbanding DAP, itu pun jika masyarakat Cina berterusan tidak mengubah polarisasi sokongan dan dalam hal ini yang dapat untung besar ialah DAP,” katanya. 

Apapun pandangan dalam isu ini, tiada siapa pun menolak PRU14 kali ini akan berkisah tentang kuasa undi Melayu. 

Pengundi Melayu walaupun dipecahkan kepada pelbagai parti politik, namun masih lagi merupakan penentu kepada pembentukan kerajaan. 

Sama ada BN dapat untung atau Pas jadi ‘kingmaker’ selepas PRU14 atau Harapan mampu cipta kejutan merampas Putrajaya, diharap perjalanan pilihan raya kali ini berlangsung dengan harmoni. 


Ini penting supaya rakyat dapat keluar mengundi dengan tenang dan boleh membuat pilihan tepat pada 9 Mei nanti.

Puad Zarkashi mengamuk lagi: Muafakat Johor Khaled umpama sampah


 Saya tahu ramai yang akan mengecam saya kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.
Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak.

Saya tidak mengkritik 'Umno Perjuangan'. Sebab itu saya meletak jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak terikat dengan apa apa.

Datuk Seri Khaled Nordin menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi pemilihan parti akan datang.

Orang yang bersama beliau mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam grup Whatsapp semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak dirundingi Umno Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi.

Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.

Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di sana?

Apa khidmat yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon.

Kawasan difaraidkan sesama mereka

Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan?

Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor? Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.

Begitu juga Datuk Onn Hafiz Ghazi iaitu setiausaha politik kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli Umno di Bahagian Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya?

Begitu mudah kawasan-kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata-mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.

Gambar calon atas katil

Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh mereka yang ada kuasa mengubah.

Sebab itu saya kata sistem kita sudah rosak oleh mereka yang mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.

Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya.

Saya tidak terikat apa-apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan ketua pengarah JASA adalah tepat.

Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.

Thursday, April 26, 2018

Ada bertanya kepada saya tentang hudud - S Kumaresan



KopiO Selasa, April 24, 2018 politik, pru14

SOALAN TENTANG HUDUD? INI JAWAPAN SAYA.

Ada yang bertanya kepada saya tentang hudud. Saya berikan contoh mudah.

Orang Islam berpuasa ramadan, yang bukan Islam tidak berpuasa ramadan. Kerana puasa hanya untuk orang Islam.

Orang Islam sembahyang 5 kali setiap hari dengan cara mereka. Agama lain sembahyang dengan cara agama masing-masing. Kerana sembahyang cara agama Islam hanya untuk orang Islam.


Begitulah hudud. Orang Islam kena hudud. Orang bukan Islam tidak dikenakan hudud. Ada undang-undang lain untuk orang bukan Islam. Kerana hudud hanya untuk orang Islam.

Jadi orang bukan Islam tidak perlu takut apa-apa tentang hudud.

Orang Islam pula jika anda tidak bercadang melakukan kesalahan, tidak perlu juga anda takut kepada hudud.

S Kumaresan
N.55 Pasir Bedamar

Gagasan Sejahtera yakin rakyat cari pilihan alternatif kepada BN dan PH


Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Demam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU4) datangi lagi. Suruhanjaya Pilihanraya telah umum harian pengundian akan diadakan pada 9hb Mei, 2018 dengan penamaan calon diadakan pada 28hb April, 2018.
Banyak pihak mengadakan ‘survey’ sama ada secara online atau pun turun kelapangan. Kebanyakkan survey yang dibuat memberikan dapatan mereka adalah kepada pakatan pembangkang, terutama Pakatan harapan. Paling ketara adalah sebuah agensi propaganda Invoke yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang semakin jatuh reputasinya bila tidak memberikan sebarang kerusi dimenangi oleh PAS.

Saya terkejut melihat dapatan awal survey atas taian oleh portal berita 1Media.my dikalangan pembaca 1media. Setelah beberapa survey online ini dimulakan, hamper 1,000 orang daripada 100,000 pembaca 1media telah mengundi.
Dapatan awal ini amat mengejutkan kerana PAS yang tak diberikan harapan oleh banyak pengkaji politik mendahului dengan jauh, dengan mendapat 89 %. Manakala BN baru mendapat 4 % undian, parti-parti PH mendapat 6 % (DAP – 1%, PKR 3%, PAN 1%, PPBM 1%).
Pertandingan 3 penjuru
Pertandingan 3 penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (Harapan) dan juga Gagasan Sejahtera (Gagasan) memberikan satu landskap baru politik Malaysia pada PRU ke-14 ini. Barisan Nasional kekal dengan 14 parti kompen sedia ada.
Manakala Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR-PAS-DAP sebelum ini pada PRU ke-13 yang lalu telah berpecah kepada 2 blok yang baru, Pakatan Harapan (Harapan) dan Gagasan Sejahtera (gagasan).
PKR dan DAP selepas mematikan PR untuk menyingkirkan PAS telah bekerjasama dengan dua parti, Parti Amanah Negara (PAN) serpihan dari PAS ekoran krisis 2015 dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), serpihan UMNO membentuk gabungan baru yang dinamakan Pakatan Harapan (harapan).
Sementara PAS yang disingkirkan oleh DAP dan PKR dari gabungan PR sebelum ini mengorak langkah baru membentuk gabungan baru dinamakan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), sebuah parti majmuk yang ditubuhkan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, seorang bekas Menteri Persekutuan pada tahun 2015 dan Barisan jamaah Islamiyyah Semalaysia (Berjasa), sebauh parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan pada tahun pada tahun 1978 ekoran krisis politik 1970an di Kelantan serta Parti Cinta Malaysia (PCM) yang sebahagian permimpinnya seperti Datuk Huan Cheng Guan bekas Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Generasi Baru (NewGen), yang sebahagian pemimpinnya dari Parti Malaysian Congres (MIC) diketuai Presiden Parti Generasi Baru (NewGen Party),Datuk G Kumar Aaman adalah bekas Setiausaha Agung MIC serta blok NGO yang bernaung dibawah Kongres Rakyat.

Parti kecil pun ada sokongan tersendiri

PAS menafikan bahawa hubungan kerjasama yang dijalin bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jamaah Islamiyyah SeMalaysia (Berjasa) serta Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Generasi baru (NewGen)menerusi Gagasan Sejahtera sebagai Blok Ketiga tidak memberi keuntungan kepada mereka khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Ikatan walaupun merupakan sebuah parti baru, namun ia tetap mempunyai segmen penyokong tersendiri dan diyakini memberi impak kepada gabungan berkenaan.
“Setiap parti ia ada segmen penyokong, mungkin tak banyak, tapi ada segmen penyokong, kadang-kadang segmen penyokong itu kuat di sesuatu lokaliti. Ia kuat di Sabah misalnya, walaupun ia tak ada kesan besar di Semenanjung. Kita melihat semua segmen ini.
“Parti-parti kecil ada penyokong tersendiri. Parti Ikatan, PCM dan Newgen walaupun baru tapi ada penyokong tersendiri seperti juga parti lain seperti Berjasa” katanya dalam satu temubual sebelum ini
Ujar Mohd Zuhdi, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, PAS yang merupakan ‘parti tonggak’ dalam Blok Ketiga akan memainkan peranan menjadi ‘pembesar suara’ kepada parti-parti kecil lain dalam menyuarakan kepentingan penyokong mereka.
“Mereka mendapat manfaat daripada gabungan bersama blok ke3 ini dan pada masa yang sama PAS dan parti-parti lain juga mendapat manfaat daripada penyertaan, walaupun parti kecil, tetapi mereka ada segmen penyokong mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zuhdi berkata, Blok Ketiga tidak hanya terhad kepada parti politik bahkan ia turut mengalukan penyertaan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Bahkan kemungkinan NGO-NGO ini mungkin akan bertanding dalam pilihan raya, mereka wakili NGO mereka, bertanding dalam PRU 14 menggunakan lambang mana-mana parti dalam blok ini sama ada lambang PAS, Ikatan dan sebagainya tapi ia akan didokong oleh jentera PAS yang ada di seluruh negara,” kata beliau.
Bahkan tokoh atau orang perseorangan yang mempunyai pengaruh (NGI) namun tidak berkecimpung dalam politik atau mana-mana NGO turut boleh terlibat dalam blok ketiga, menurut Mohd Zuhdi.
Tambah beliau, mereka juga boleh menjadi calon dalam PRU14 atas kapasiti sebagai tokoh individu dengan menggunakan tiket mana-mana parti yang ada dalam Blok Ketiga.
“Ini konsep blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang pernah diuarkan oleh pimpinan PAS sebelum ini,” ujarnya lagi.

Sunday, April 22, 2018

Calon PAS-Malaysia Sejahtera Jadi Bualan Netizen



Calon PAS-Malaysia Sejahtera Jadi Bualan Netizen
Oleh : Nadzirah Razaq
Senarai Calon PAS-Gagasan Sejahtera yang telah diisytiharkan dalam Majlis Pengisytiharan di 11 negeri secara serentak telah mengejutkan netizen.
Hal demikian adalah kerana kebanyakan profil calon PAS sama ada mewakili Parlimen atau DUN membuktikan PAS mempunyai gabungan calon yang merangkumi pelbagai latar belakang.
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS, Syed Ahmad Fadhli mencatatkan gambaran secara keseluruhan calon PAS yang akan bertanding.
“PAS tidak gentar dalam menghadapi calon dari mana-mana pihak. Sama ada Najib , Zahid , PAN dan DAP .
“PAS meletakkan lebih 10 orang calon wanita bukti keterlibatan wanita dalam PAS.
“PAS meletakkan tidak kurang 3 calon di kubu kuat DAP bukti PAS tidak takut berhadapan dengan DAP.
“PAS meletakkan wakil DHPP yang beragama Hindu dan Buddha bukti PAS tidak menindas orang bukan Islam.
“PAS ada meletakkan calon berkelulusan agama , perubatan, farmasi, pergigian, kejuruteraan, senibina, perniagaan dan banyak lagi,” ulas beliau.
Keseluruhan calon PAS yang ditampilkan menafikan persepsi bahawa kelompok profesional meninggalkan PAS pada tahun 2015 dan hanya tinggal Tok Lebai sahaja dalam PAS.

MERBOK/TANJUNG DAWAI ada wakil macam ni x?

AMBIK SEBIJIK...

Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebas


MALAYSIA DATELINE 
Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebasAhli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dijangka akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ekoran namanya tidak tercalon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Batu Pahat.
Beliau dijangka akan melepaskan jawatan selaku Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada Khamis bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRU14.

Melalui satu tulisan yang tersebar, keputusan Mohd Puad untuk bertanding calon bebas bukan bertujuan menentang Umno, sebaliknya sistem pemilihan parti yang dianggap sebagai tidak telus.

“Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 Dun Senggarang.

“Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat lalu saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat (Umno) untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC 21 April, tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

“Saya memenangi kedua-dua pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya. Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan “Perjuangan Umno’. Tetapi bukan untuk kali ketiga.

“Cukup-cukup, saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya umpama seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya, evendoor saya MT yang dipilih,” katanya seperti dipetik Watan online.

Difahamkan Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah dicalonkan BN bagi merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi PKR pada PRU13.

“Saya tidak menentang “ Perjuangan Umno”. Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga saat akhir,” tambahnya lagi.

Kita selalu dengar, PAS jadi King Maker.



❓Persoalannya PAS akan tubuh kerajaan dengan siapa?

✅TGHH menjawab, iaitu dengan parti yang menerima syarat yang dikemukakan PAS iaitu menerima Islam.

❓Sebelum ini, ada soalan jika semua tak terima syarat PAS macam mana?

✅TGHH jawab, PAS akan jadi pembangkang, biarlah PH dan BN bergabung, tak terima syarat PAS, PAS terus jadi pembangkang.

❓Menariknya hari ini, TGHH ditanya soalan wartawan di Sarawak, jika semua parti (BN &PH) menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa?

✅TGHH jawab, jika semua terima syarat PAS, kita boleh tubuh Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.

Jelas Presiden PAS mengajar kita bagaimana politik yang punya prinsip.

Tidak terima ISLAM, PAS rela jadi pembangkang, salah satu terima ISLAM, PAS akan bersama dengannya, jika dua dua terima ISLAM, PAS akan bersama keduanya.

Teruskan kempen/dakwah kita. Menangkan parti Islam Se Malaysia PAS.👍👍💚💚💚💚🌟🌟🌟🌟