Tuesday, May 23, 2017

kita akan batalkan projek kondo dan bagi percuma tanah kepada Masjid untuk pembesaran – Dato Hj Husam Musa


Sekirannya PH diberi mandat oleh rakyat dalam PRU ke 14 nanti , kita akan beri secara percuma tanah itu pada pihak Masjid untuk pembesaran Masjid Telipot.Seperti yang diminta oleh ajk masjid dan penduduk sekitar masjid Telipot.Tak perlu bayar apa apa pada kerajaan kerana tanah itu milik kerajaan.kita akan bagi free saja kerana kerajaan tidak beli pun tanah tu.Dan kita akan batalkan projek kondominium itu.
In sya Allah sekiranya kerajaan bertukar dalam masa enam bulan akan datang dan ditakdirkan Amanah dapat memerintah kita akan batalkan projek kondominium itu dan kita akan bagi free tanah itu kepada Masjid.
 – Dato hj Husam Musa 18Mei 2017

Najib kata kuota jemaah haji ditambah kerana perjuangan Umno, tapi kantoi

Najib kata kuota jemaah haji ditambah kerana perjuangan Umno, tapi kantoi


PORTAL lidah rasmi Umno Utusan Malaysia melaporkan Najib cuba mengambil kredit dengan pertambahan kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang iaitu peningkatan sebanyak 2,300 jemaah.

Najib dilapor cuba mengaitkan pertambahan kuota jemaah haji dengan perjuangan Umno. 


"Esok saya pergi Riyadh, saya jumpa Raja Salman sekali lagi nak peluk, sebab beliau bagi kuota khas untuk Malaysia. Ramai berkat naik haji kerana perjuangan siapa? Umno," kata Najib dalam sebuah program anjuran Umno seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Bagaimana pun cubaan Najib untuk mempolitikkan isu pertambahan jemaah haji ternyata 'kantoi'

Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang menerima pertambahan kuota jemaah haji, negara-negara bukan Islam termasuk Singapura turut menerima pertambahan kuota jemaah haji bagi rakyat negara itu.

Malah negara bukan Islam India turut menerima pertambahan kuota jemaah haji. Sebagai contoh, India dilaporkan telah menerima pertambahan quota jemaah haji terbesar yang kini mencecah 1.7 lakh (170,000 jemaah) pertambahan sebanyak 34,000 jemaah.


Langkah itu dilapor sebagai strategi kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan ekonomi negara, bagi mengatasi penyusutan hasil minyak, belajawan defisit serta mempertingkatkan hasil ekonomi negara dari sumber bukan minyak (bussiness Haji).

Namun menjelang pilihanraya umum ke 14, Najib tanpa rasa malu mengaku konon-kononnya, Umno yang berjuang untuk meningkatkan kuota jemaah haji bagi rakyat Malaysia.

"Ini namanya kantoi busuk!"


Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/najib-kata-kuota-jemaah-haji-ditambah.html#ixzz4htM3ZJnQ


PORTAL lidah rasmi Umno Utusan Malaysia melaporkan Najib cuba mengambil kredit dengan pertambahan kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang iaitu peningkatan sebanyak 2,300 jemaah.

Najib dilapor cuba mengaitkan pertambahan kuota jemaah haji dengan perjuangan Umno. 


"Esok saya pergi Riyadh, saya jumpa Raja Salman sekali lagi nak peluk, sebab beliau bagi kuota khas untuk Malaysia. Ramai berkat naik haji kerana perjuangan siapa? Umno," kata Najib dalam sebuah program anjuran Umno seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Bagaimana pun cubaan Najib untuk mempolitikkan isu pertambahan jemaah haji ternyata 'kantoi'

Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang menerima pertambahan kuota jemaah haji, negara-negara bukan Islam termasuk Singapura turut menerima pertambahan kuota jemaah haji bagi rakyat negara itu.

Malah negara bukan Islam India turut menerima pertambahan kuota jemaah haji. Sebagai contoh, India dilaporkan telah menerima pertambahan quota jemaah haji terbesar yang kini mencecah 1.7 lakh (170,000 jemaah) pertambahan sebanyak 34,000 jemaah.


Langkah itu dilapor sebagai strategi kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan ekonomi negara, bagi mengatasi penyusutan hasil minyak, belajawan defisit serta mempertingkatkan hasil ekonomi negara dari sumber bukan minyak (bussiness Haji).

Namun menjelang pilihanraya umum ke 14, Najib tanpa rasa malu mengaku konon-kononnya, Umno yang berjuang untuk meningkatkan kuota jemaah haji bagi rakyat Malaysia.

"Ini namanya kantoi busuk!"


Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/najib-kata-kuota-jemaah-haji-ditambah.html#ixzz4htM3ZJnQ

Wednesday, May 17, 2017

Kenyataan Media PKR berkenaan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan mereka


KENYATAAN MEDIA
Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:
1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.
2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
16 Mei 2017

IJN: Hadi selamat jalani pembedahan, kini dalam rawatan rapi


hadi-ijn
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap (valve replacement) di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

IJN dalam kenyataan berkata, presiden PAS itu kini dalam unit rawatan rapi (ICU) bagi pemerhatian rutin pasca-pembedahan selama beberapa hari.

“48 jam seterusnya adalah tempoh paling genting bagi rawatan pasca-pembedahan dan beliau akan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh pasukan doktor dan jururawat,” kata kenyataan itu.

Hadi semalam dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan akan menjalani rawatan intensif mulai hari ini.

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebanyak 2 kali pada tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.

Rakan politik PAS iaitu PERKASA kata PAS dayus jika tak lepaskan jawatan EXCO


PERKASA: Kalau tak lepas jawatan exco, PAS dayus
Shakira Buang
Exco PAS di Selangor terus didesak untuk melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diterajui PKR.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana PAS sudah tidak lagi mempunyai hubungan kerjasama dengan pakatan pembangkang itu.
Malah, kata Ibrahim, PAS juga tidak boleh berdalih bagi mengekalkan exconya dengan alasan menjaga mandat rakyat selain menyifatkan pemimpin parti Islam itu sebagai "dayus" jika enggan berbuat demikian.
"Secara prinsipnya tiga exco PAS di Selangor patut letak jawatan, itu pandangan saya sebagai ahli politik.
"Mereka kena letak jawatan kerana tidak ada lagi hubungan antara PAS dengan Pakatan Harapan dan mereka tak boleh berdalih untuk terus pegang jawatan atas dasar mandat rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini.
Ibrahim berkata, apabila wakil rakyat PAS dilantik sebagai exco kerajaan negeri, perkara itu tiada kena mengena dengan mandat pilihan raya.
"Ia adalah kuasa menteri besar untuk memilih mereka menjadi exco kerajaan negeri.
"Jadi, kalau mereka tak letak jawatan itu namanya dayus dan kita boleh tafsir ini kerana mereka mempunyai kepentingan kebendaan, sayang nak lepas jawatan," kata Ibrahim.
Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Ekoran keputusan Majlis Syura itu, Umno Selangor mendesak ketiga-tiga exco PAS di negeri itu melepaskan jawatan mereka.
Bagaimanapun, PAS dalam sidang medianya hari ini menegaskan exconya tidak akan berganjak selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Takut masuk AMANAH
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata tiga Exco PAS itu perlu berani meletak jawatan jika mahu parti itu dipandang tinggi.
"Saya percaya jika PAS letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah PAS juga. Selebihnya biar rakyat menilainya tak perlu dolak dalih dan jangan guna institusi diraja untuk selindung (kekalkan jawatan).
"Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik," kata Ibrahim.
Selain itu, Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him turut menyifatkan PAS Pusat sebagai penakut kerana tidak berani meminta ketiga-tiga exconya melepaskan jawatan.
Ini kerana katanya, ketiga-tiga exco berkenaan mungkin akan keluar parti dan menyertai AMANAH sekiranya dipaksa meletakkan jawatan.
"Itu yang mungkin PAS takut untuk exco PAS Selangor letak jawatan," tambahnya.

Harga petrol Malaysia rupanya naik RM2.00 setiap liter



HARGA minyak petrol RON95 dan RON97 yang sepatutnya hanya naik masing-masing sebanyak 7 sen bagi setiap liter iaitu kepada harga RM2.08 (RON95) dan RM2.36 (RON97) didakwa telah melonjak sebanyak dua kali ganda (naik RM2.01 untuk RON95 dan RM2.36 bagi RON97 bagi setiap liter).


Perkara itu disedari oleh orang ramai yang telah mengisi minyak petrol sejak semalam. Harga yang dipaparkan pada pam minyak petrol bagi RON95 ialah RM4.09 seliter manakala RON97 pula berharga RM4.65 seliter.



Harga tidak munasabah itu juga turut dipaparkan pada resit pembelian bahan api itu. Orang ramai mengirimkan segala bukti-bukti bergambar berhubung dakwaan tersebut di facebook. Malah ada juga yang menyiarkan bukti dalam bentuk rakaman video.


Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan.



Cuba semak harga sebelum anda mengisi minyak kenderaan anda hari ini. Segelintir pihak mengesyaki pengusaha stesen minyak sengaja 'terlajak' letak harga mahal bagi menampung kerugian yang dialami mereka sejak beberapa minggu lalu akibat 

Tuesday, May 16, 2017

Kejutan Buat Penjawat Awam






Kejutan Buat Penjawat Awam. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengakui sektor awam menghadapi masalah integriti, susulan tangkapan demi tangkapan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas penjawat awam dalam kes rasuah kebelakangan ini.


Tetapi, katanya, ia bukanlah masalah besar mahupun terlalu kecil, namun ia perlu dijadikan peringatan kepada penjawat awam lain.


Kejutan Buat Penjawat Awam. “Saya tak boleh kata masalah integriti itu besar, tetapi saya tak boleh nafikan ia langsung tiada masalah. Tetapi, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mereka terhadap (pantau) penjawat awam.


“Tangkapan SPRM satu peringatan baik kepada penjawat awam untuk sentiasa memastikan integriti yang baik,” katanya selepas menyampaikan Majlis Anugerah Cemerlang Jabatan Perdana Menteri 2016 di Puspanitapuri hari ini.


Beliau merujuk sejumlah kakitangan kerajaan daripada pangkat rendah sehingga tinggi yang ditahan SPRM sejak kebelakangan ini.


Pada 8 Mac lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM menetapkan 3 tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.


Kejutan Buat Penjawat Awam


Katanya, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang 2016 sehingga Februari lalu melibatkan penjawat awam, dengan 548 kakitangan kerajaan ditahan dan 63 kes dihadapkan ke mahkamah.


Azam turut merujuk kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah sebagai indikator tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh “tidur” dengan wang lebih RM50 juta di rumahnya.


Mengulas lanjut, Ali berkata, masalah integriti di kalangan penjawat awam masih kecil serta terkawal dan kerajaan tidak akan melindungi mereka yang melanggar undang-undang.


“Masih seimbang, kita tidak boleh katakan orang bawahan atau atasan mana lebih banyak terlibat. Ini kes kecil daripada jumlah penjawat awam.


Kejutan Buat Penjawat Awam. “Kita sentiasa ingatkan mereka untuk tidak lakukan kesalahan berdasarkan mekanisme kita dan SPRM ada cara mereka untuk cegah,” katanya sambil menasihatkan penjawat awam supaya setia kepada kerajaan memerintah. - fmt

Monday, May 15, 2017

PAS Tidak Akan Hadir Kongres PKR





PAS Tidak Akan Hadir Kongres PKR. PAS mengesahkan ia tidak akan menghantar wakil ke kongres PKR minggu ini, selepas Majlis Syura Ulama minggu lepas menetapkan “tahaluf siyasi” antara kedua parti terbatal.


Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata mereka belum menerima sebarang undangan daripada PKR untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan yang akan berlangsung 19-22 Mei ini di Petaling Jaya dan Shah Alam.


PAS Tidak Akan Hadir Kongres PKR. “Kita belum terima lagi (jemputan),” katanya lapor Sinar Harian. “Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir.”


Awal hari ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution jemputan sudah dihantar kepada PAS tetapi pengesahan belum diterima.


Katanya, keputusan mengundang PAS ke kongres dibuat sebelum mereka memutuskan kerjasama dengan PKR.


Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama meluluskan usul sebulat suara muktamar PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR. Mesyuarat agung tahunan PAS di Kota Sarang Semut, Kedah itu dihadiri Naib Presiden PKR Shaharuddin Badaruddin mewakili partinya.


PAS Tidak Akan Hadir Kongres PKR


Shaharuddin disambut baik dan diletakkan di atas pentas bersama pimpinan PAS pada pembukaan muktamar.


Sementara itu, Saifuddin berkata DAP dan Amanah mengesahkan kehadiran mereka di kongres itu nanti.


Acara akan bermula di Petaling Jaya pada 19 Mei, diikuti sidang sayap pemuda di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) manakala sayap wanita bersidang di Dewan Sivik Petaling Jaya keesokan hari.


PAS Tidak Akan Hadir Kongres PKR. Dilaporkan seramai 2,167 perwakilan dan 2,000 pemerhati akan hadir menyertai sidang yang bertemakan pilihan raya umum ke-14. - fmt

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan





Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan. Selepas Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), sebuah lagi parti kecil mahu menyertai Gagasan Sejahtera yang dipimpin PAS.


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahterea bagi menghadpai Pilihan Raya Umum ke-14.


Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan PRU-14 perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan, dan boleh dipanggil bila-bila masa mulai sekarang.


“Kita alu-alukan sebarang usaha, sokongan dan dokongan kepada Gagasan Sejahtera,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.


Beliau berkata PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya.


“Insyaallah, kita akan teliti permohonan mereka ini dan kita akan adakan pertemuan dengan pihak yang mengatakan keinginan untuk bersama Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.


Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan


Gagasan Sejahtera diasaskan pada 16 Mac tahun lepas. Dalam gabungan tersebut, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme.


Pada mesyuarat agung tahunan PAS baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya memberitahu gabungan itu akan diperkemaskan dengan penyertaan badan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan bekas pegawai kanan kerajaan.


Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan. PAS dilaporkan meletakkan sasaran antara 40 hingga 10 kerusi Parlimen, dan empat negeri selain mempertahankan Kelantan, pada PRU-14 nanti. - fmt

Jangan jadi kartun di Selangor, Mahfuz beritahu PAS



 PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat PAS hari ini menyelar timbalan presiden parti itu kerana terus mempertahankan keengganan parti itu untuk mengarahkan exconya di Selangor meletak jawatan, susulan keputusan PAS menamatkan hubungan kerjasama dengan parti lain dalam pentadbiran Selangor.

 “Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan rakyat melihat PAS tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala,” kata Datuk Mahfuz Omar.

 Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengkritik Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba berselindung dengan pihak istana dalam mempertahankan jawatan exco PAS.

 “Tuan Ibrahim selaku seorang tokoh politik kanan sepatutnya arif bahawa di dalam konteks sistem raja berperlembagaan, pelantikan exco kerajaan negeri walaupun dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja, tetapi ianya adalah atas nasihat dan cadangan nama yang diangkat oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar,” kata Mahfuz.

 Mahfuz berkata sepatutnya tidak perlu ada tekanan ke atas PAS untuk exco parti itu melepaskan jawatan mereka.

 “Exco PAS sepatutnya meletak jawatan serta merta sebaik sahaja Majlis Syura Ulama mengesahkan keputusan muktamar yang memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tanpa perlu diminta atau dipaksa oleh sesiapa,” kata Mahfuz, yang berkata peletakan jawatan itu penting untuk menunjukkan pendirian PAS Pusat dan Selangor adalah selari dengan keputusan Muktamar dan Majlis Syura.

 PAS mempunyai 3 exco di Selangor – Datuk Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – serta ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan.

 Timbalan Speaker Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.

 Muktamar PAS pada 30 April lepas sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, dengan PKR. Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas.

 PAS akan menentukan status ketiga-tiga exconya pada mesyuarat Khamis ini.

 Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata semua exco PAS masih kekal dalam pentadbirannya.

 Mahfuz berkata pendirian Tuan Ibrahim sama seperti tindakan exco dari Semangat 46 di Kelantan, susulan parti Melayu itu memutuskan hubungan dengan PAS pada 1996.

 Mahfuz berkata ketika itu, exco Semangat 46 berkata mereka kekal kerana pelantikan mereka dibuat oleh Sultan Kelantan selain mahu meneruskan mandat yang diperolehi pada pilihan raya 1995. Bagaimanapun, mereka diarahkan supaya keluar daripada pentadbiran Kelantan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 “Situasi Politik di Selangor tiada pilihan bagi PAS selain menarik diri dari kerajaaan Selangor,” kata Mahfuz. ~ sumber

Tak betul dakwaan negara perlukan GST, kata Rafizi

"Kutipan cukai pendapatan sebenarnya lebih dari secukupnya."
SUBANG JAYA: Naib Presiden Rafizi Ramli menghentam pakar ekonomi yang menyokong hujah negara perlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana statistik kementerian kewangan mengatakan tidak.

 Januari lepas, Malay Mail Online memetik Firdaus Rosli, felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata “tidak munasabah” melayan idea memansuhkan GST apabila defisit belanjawan melebar lagi.

“Saya ingin tahu dari mana ahli ekonomi ini mendapat data mereka sebab saya dapat data dari perbendaharaan,” kata Rafizi.

 Bercakap di majlis pelancaran bukunya “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)”, Rafizi berkata statistik dari kementerian kewangan menunjukkan cukai pendapatan negara terbukti setanding negara lain, menyangkal “amat memerlukan” GST.

 “Statistik menunjukkan kutipan cukai pendapatan sejak 2 tahun lalu meningkat. Tahun depan, ia dijangka naik. Begitu juga di negara lain.

 “Jadi dari mana hujah mengatakan asas pendapatan kita terlalu kecil hinggakan kita perlu GST? “Ia adalah satu pembohongan.”

 Rafizi berkata seorang profesional tidak sepatutnya memberikan gambaran salah kepada rakyat.

 “Saya faham kalau ia dari (Datuk) Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) dan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri dan menteri kewangan) kerana mereka tidak faham pun, tetapi bagaimana pula dengan para ahli ekonomi?”

 Bulan lepas, theSundaily melaporkan Najib sebagai berkata janji pembangkang memansuhkan GST berdasarkan kepada keperluan politik bukannya realiti.

 Najib menambah sumber hasil yang kuat penting untuk kerajaan, menuduh pembangkang tidak memberitahu perkara sebenar mengenai keperluan GST.

Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM114 bilion cukai pada 2016.

 Ia mengatakan secara idealnya, kutipan cukai sepatutnya 14% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). KDNK negara semasa adalah RM1.2 trilion.

Oleh itu, IRB menyasarkan kutipan RM127 bilion cukai pada 2017, iaitu 10% daripada keseluruhan KDNK. Manakala bagi GST pula, Malaysia berharap dapat mengutip RM42 bilion tahun ini berbanding RM41 bilion tahun lepas.~ sumber

Era Hadi Awang - Manifestasi Keruntuhan Ijtihad "Politik Dakwah" Pas




Ikhwah dirahmati;

 Tulisan kali ini agak serious. Panjang. Teknikal.

 Kalau perlu utk dibaca, sila manfaat masa utk kefahaman yg cukup melalui contoh yg dinyatakan. Kalau tak kesempatan, sebaliknya cukuplah dijadikan sebagai sisipan masa depan, untuk rujukan pra-sejarah atas contoh serta video yg dikongsikan. Komentar tidak diperlukan kalau ianya sekadar pernyataan emosi marah atau ghurur.

 Saya akan bercakap berkaitan syura dan juga ijtihad jama'ie yg menjadi pra-syarat wajib sesebuah organisasi dakwah.

 Allah berfirman berkaitan syura dan kewajipan berpegang pada setiap keputusan yg telah dilakukan;

 فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 

Maksudnya: Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Dan sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan ber-mesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.

 Maka apabila kamu telah mencapai keputusan, maka hendaklah kamu bertawakkal (berpegang keputusan) kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya. [ Ali ‘Imran : 159 ]

 Ikhwah dan sahabat dirahmati Allah,

 Untuk muqaddimah, lihat dan nilai sendiri komentar kalangan pentaksub serta mereka yg ter"indoktrinasi" oleh perjuangan Melayu Islam Pas itu menulis dan berkata pada artikel kelmarin;

 https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155235016374876

Saya kenal sebahagian mereka. Majority itu tidak bersetuju dgn corak "politik kebencian" (hatred) dan ciri takfiri yg dibawa Hj Hadi Awang. Tapi disebabkan sang pelaku kesalahan itu adalah ketua mereka, presiden yg juga seorg ulamak dunia, maka mereka memilih posisi "pertahankan apa sahaja" perbuatan ketua itu. Setiap kalam dan tingkahlaku ketua itu ditsabitkan atas hidayah Allah, bersih dan disucikan dari segala dosa dan maksiat.

 Oleh itu bertebaranlah kata nista, makian serta labelan buruk berunsur FITNAH, pada siapa pun sahaja yg menegur ketua itu. Akhlaq dan hujjah dihumban jauh, sudah tidak bermakna keduanya itu.

 1. Pertamanya saya terpaksa akui, jauh di sudut hati saya berasa sedih, hiba (bukan kecewa) dgn perkembangan ini yg berlaku beberapa hari lepas. Umno berpesta sakan atas kejayaan mereka. Ahli-ahli bawahan Pas yg kurang terdedah pada politik diarah hanya dengar dan patuh sahaja. Walak seperti kata Najib. Situasi ini satu yg tak baik buat Islam. Digambar Islam versi fanatik yg menolak kebenaran dan mengharuskan perlakuan zalim demi pertahan ketua. Zaman takfiri politik disadurkan buat Islam. Dan pastinya ia menambah kerja kami utk menerangkan semula salah faham dan fitnah yg timbul itu.

2. Kedua, mengenangkan juga mereka itu barisan sahabat yg kami pernah berprogram, berdaurah tamrin sejak sekian lama. Ramai mereka juga anak-anak usrah yg cukup saya kenali. Bahkan lebih dari itu saya juga diberikan pelbagai kesempatan bermusafir, makan dan tidur bersama Presiden parti itu satu ketika dulu dalam atau luar negeri. Semua itu mewujudkan taaruf yg menyentuh jiwa tatkala kami sekarang ini dianggap sebagai musuh ketat yg mesti dihapuskan selamanya, sbg arahan ketua mereka itu.

3. Hingga hari ini Haji Abdul Hadi Awang masih belum pernah pun memberikan definisi pada amanatnya "akan dihapuskan" sesiapa sahaja yg bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan tidak pulang semula kepada Pas. Ahli dan kepimpinan Pas diberikan kebebasan utk mendetails maksud sendiri kalimah "hapus" yg Haji Hadi arahkan itu.

4. Sebenarnya inilah bentuk bahana indoktrinasi agama yg melanda negara ini. Disuburkan bersama oleh Umno dan Pas serentak atas kebencian pada semua mereka yg terlibat dalam Pakatan Harapan. Sasaran musuh mereka hanyalah pada siapa pun yg tak menganut party mereka. Ia akhirnya melahirkan saf pengikut tegar dan kepimpinan yg membuang segala akhlak, hikmah dari setiap tindakan dan perbuatan. Fakta dan hujjah jauh sekali langsung tidak dilaksanakan.

 Ikhwah dirahmati Allah,

 Kali ini izinkan saya memetik kenyataan bekas seorang pemimpin utama parti itu, Dr Daeng Sanusi (dikenali Pak Daeng) yg juga bekas Ahli Parlimen dan juga bekas seorg Naib Presiden Pas satu ketika dahulu. Kami mula menziarahinya Oktober 2013, 5 kali, sehinggalah program terakhir awal 2015. Masa itu beliau dalam keadaan uzur yg mengasingkan diri di rumah dari apa pun aktiviti parti. Perkembangannya hanyalah melalui media online, dan termasuklah beliau membaca beberapa tulisan saya di FB yg dinyatakan cukup kagum dan berterima kasih atas ketegasan yg saya kemukakan.

 5. Ziarah pertama saya sebaik pulang luar negara itu, hanya beberapa hari selepas Dewan Ulamak Pas melontarkan usul "kaji utk putus hubungan" dgn PKR ketika Multaqa Ulamak Pas yg pertama pada September 2013 di Kedah masa itu.

6. Pak Daeng sungguh marah dan kecewa atas usul Ulamak Pas itu. Katanya, sejak bersama al-marhum Ustaz Fadhil Noor membuat ijtihad politik turun bersama kebangkitan rakyat dlm GERAK 1998 dahulu, seterusnya menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) tahun 1999, beliau cukup gembira dan sgt yakin akan kejayaan ijtihad itu.

7. Bahkan katanya beliau sendiri ditugaskan oleh Ustaz Fadhil utk pergi ke pelusuk negara menerangkan pada kepimpinan dan ahli mengapa perlunya kerjasama politk dgn party yg berbeza atas nama Barisan Alternatif (BA) itu dilaksanakan. Tugas itu cukup berat katanya, sebab beliau terpaksa berhadapan langsung dgn ahli yg awalnya menolak sebarang kerjasama membantu DS Anwar Ibrahim seorg bekas Umno tersebut. Pas pada masa itu dikatakan masih marah dgn tindakan Parti Melayu Semangat 46 (PSM46) yg baru sahaja membatalkan kerjasama dgn Pas dan kembali kepada Umno. Ahli awalnya menolak apa pun usaha membantu apa bekas pimpinan yg terkeluar dari Umno.

8. Mengikut Pak Daeng, pada masa itu "Ustaz Hadi" (panggilan beliau utk Hj Hadi Awang) dlm banyak kali perbincangan bersama wakil party lain hanya berdiam diri sahaja tatkala ijtihad besar tahaluf siyasi itu dilontarkan. Beliau seolah tidak menyokong usaha itu. Bahkan menyerahkan segalanya pada Ustaz Fadhil sahaja, termasuklah dalam isu hukum-hakam berkaitan tahaaluf siyasi dgn kumpulan bukan Islam tersebut. Tiada bantahan atau sokongan dizahirkan.

9. Menurutnya kejayaan kerjasama "at-tahaluf as-siyasi" itu hanyalah dimuktamadkan tatkala Pas mengambil pandangan dan sokongan Dr Yusuf Qaradhawi dan pelbagai ulamak dunia yg lain dlm satu pertemuan khas di Leicester, UK yg dihadiri oleh ramai kepimpinan Pas pada masa itu. Keputusan pertemuan itu menjadi asbab yg begitu kuat utk Ustaz Fadzhil meneruskan ijtihad itu yg disokong oleh muktamar Pas sebulat suara hingga hari itu.

10. Apa yg disebutnya Pak Daeng, beliau berpandangan Ustaz Hadi itu seorg pemimpin yg seolah tidak memahami waqie' dan peluang politik pantai barat dan Malaysia yg jauh berbeza dgn politk sempit melayu Terengganu yg tidak ramai ahli dan penyokong PKR dan DAP di sana.

11. Maka seterusnya Pak Daeng menyatakan dgn jelas perasaan marah dan cukup kecewa beliau pada kami atas tindakan Hj Hadi 5 bulan sebelum itu (PRU13) yg meletakkan sahabat baik kepada menantunya sbg calon ketiga di Kota Damansara yg sangat jelas melanggar segala perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat (PR) masa itu. Itulah hadiah Pas yg cukup berharga buat Umno masa itu apabila menganugerahkan sebuah kerusi DUN buat Umno Selangor.

12. Menurut Pak Daeng, tindakan "mengkhianati perjanjian" oleh Hj Hadi Awang sebegitu sebenarnya adalah satu-satu tindakan yg belum pernah dilakukan oleh mana-mana pun kumpulan atau organisasi Islam sejak zaman kerasulan, yg pernah direkodkan. Dan jelas sekali katanya Presiden Pas itu telah memulakan tindakan yg jelas haram hukumnya itu, atas nama parti Islam dan kapasiti sbg Presiden. Seolahnya selaku Presiden atau amir jamaah, dia berhak membatalkan suatu 'aqad yg telah dipersetujui, termasuklah 'aqad dgn kumpulan-kumpulan lain.

13. Bagi Pak Daeng, Islam menolak sepenuhnya sebarang bentuk veto atau "sikap diktator dlm berorganisasi", sekalipun atas nama ketua. Kalau keputusan telah dibuat secara syura oleh JK Kerja Pas Pusat melalui wakil-wakil di dalam perjanjian Majlis Pakatan Rakyat, maka itu telah menjadi satu 'aqad yg haram hukumnya dibatalkan secara unilateral (sebelah pihak).

14. Menurut Pak Daeng lagi, konsep membuat keputusan secara veto atau disebut "syura mu'limah" itu hanya wujud dalam ajaran Syiah iaitu 'amalan yg dibuat oleh setiap ayatullah yg dilantik. Namun sistem veto itu ditolak oleh ulamak "ahlus sunnah waljamaah" kerana ia jelas bertentangan dgn konsep syura dalam Al-Quran itu sendiri. Namun katanya Presiden Pas itu membawa ciri kepimpinan Syiah itu ke dalam Pas!

15. Pak Daeng membayangkan pada kami masa itu, tindakan Presiden Pas memulakan tindakan khianat di Kota Damansara itu bakal mengundang pelbagai lagi tindak-balas serta perpecahan dalaman PR dan wajib diakhirkan segera dgn Pas memohon maaf atas kesalahan itu. Pak Daeng juga memuji YB Khalid Samad pada masa itu yg bersungguh berani menegur kesalahan Presiden Pas tersebut, walaju dihentam oleh ahli Pas. Ikhwah yg dirahmati,

16. Saya bertanya pada Pak Daeng, jika Presiden tetap berkeras tidak mahu memohon maaf tatkala pergeseran semakin memuncak apabila tuduhan "calon PKR mengambil pil kuda" dibawa ke mahkamah, adakah boleh utk "ditukarkan Presiden Pas" itu kepada seseorg lain yg boleh menyelamatkan Pas dan PR dan berhikmah? Jawapan Pak Daeng cukup jelas pada kami masa itu; "Ya akhie, tak salah pun untuk antum menukar Ustaz Hadi itu dengan Presiden lain, walau bukan ulamak sekalipun, asalkan hendaklah dia seorg yang boleh melaksanakan kepututusan syura dan melaksanakan ijtihad jama'ie, dan bukan ijtihad peribadi dalam Pas...".

17. Kenyataan Pak Daeng itu disokong oleh beberapa kepimpinan dan para pakar perlembagaan Pas, yg jelas semuanya berpandangan serupa. Sebab utama adalah kerana Pas itu sendiri mempunyai sistem syura berperingkat bermula dari Muktamar, Majlkis Syura Ulamak, JK Kerja Pas Pusat, hinggalah ke bawah. Maka menurut mereka Presiden : Pas sepatutnya hanyalah bertindak sbg pelaksana pada setiap keputusan, tanpa memiliki kuasa verto pembuat dasar atau keputusan sendirian.

18. Point utama Pak Daeng kepada kami adalah, dalam apa pun parti atau jamaah Islam adalah wajib hukumnya keputusan secara bermesyuarat atau "ijtihad jamaie" dilakukan. Maka baginya kaedah ijtihad peribadi, apatah lagi veto walau oleh ketua sekalipun telah tidak wujud lagi pada zaman sekarang. Beliau menyebut itu kerana beliau melihat Hj Hadi itu bukan seorg yg mudah menerima kepelbagaian pandangan. Ini kerana sifatnya sejak melibatkan diri di dalam ABIM dan Pas hanyalah sbg seorg yg menyampaikan syarahan secara satu hala sahaja, dan bukanlah seorg yg mampu berhujjah balas atau menguruskan kepelbagaian pandangan seperti dalam PR

19. Pak Daeng juga menyenaraikan kepa akami antara kegagalan politik yg pernah dilakukan oleh Hj Hadi sejak kematian Ustaz Fadhil tahun 2002, antaranya;

(a) Terus melancarkan Dokumen Negara Islam sebelum PRU11 (2004) kepada Barisan Alternatif (BA) dgn tujuan utk melaksanakan hudud dan undang-undang Islam, walau maklum hubungan Pas dan PKR/DAP masih diperingkat baru dan mentah.

(b) Kesan awal terjadi tatkala apabila Dap yg tidak memahami Islam dan hudud pada masa itu membuat keputusan keluar dari BA tanpa dilakukan usaha utk membina semula hubungan kerjasama yg telah dibina oleh Ustaz Fadhil tersebut.

(c) Ketiga, kesan dari kegagalan itu jugalah Pas terlepas pemerintahan Terenganu yg baru sahaja dikuasai sepenggal hasil kebangkitan rakyat dalam gerakan reformasi yg diusahakan oleh Ustaz Fadhil Noor dsan PKR / DAP tahun 1998 tersebut.

 Ikhwah yg dirahmati,

 Saya lakarkan perkongsian dari seorg yg berauthority di atas sbg pandangan beliau yg pernah duduk sekali bersama almarhum Fadhil Noor satu ketika dahulu dan pernah bersungguh melakukan ijtihad besar at-tahaaluf as-siyasi (kerjasama politik) bersama PKR / DAP satu ketika dahulu.

 ( Saya rasa mungkin sekarang pandangan Pak Daeng sudah agak berbeza selepas sudah lama saya tidak lagi menziarahinya, dan selepas beliau semakin kerap diangkut ke dalam pelbagai pgm dalaman Pas masa ini. Tak apa)

 20. Rentetan dari kegagalan Pas tahun 2004 itu juga, kegagalan seterusnya bagi saya adalah cubaan kepimpinannya utk mewujudkan kerajaan kerjasama antara Pas dan Umno pasca kekalahan Umno di Selangor dan Perak 2008. Namun ketika itu jugalah tindakan tegas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Ahmad Awang pada masa itu menolak langsung idea yg tidak pernah dibincangkan tersebut walaupun disokong oleh Ustaz Nasha dan Hasan Ali.

21. Ijtihad atau lontaran ketiga beliau yg paling kontroversi dan tak disangka adalah UG atau Unity Government yg kononnya mahu mewujudkan Kerajaan Malaysia tanpa pembangkang yg dianggotai oleh pelbagai parti politik yg menang dan yg kalah. Belum pun ijtihad itu disyarahkan, beliau sendiri menarik balik (membuat u-turn) terhadap idea yg tak pernah dibincangkan oleh mana-mana entiti parti itu.

 22. Dan pasca PRU13 pula, dalam isu pertukaran MB Selangor, pada Ogos 2014 tanpa diduga oleh mana-mana kepimpinan Pas dan PR, sekali lagi Hj Hadi Awang sanggup melakukan tindakan paling hina dan bersendirian apabila mengajak beberapa org ADUN PKR Selangor untuk memberikan sokongan pada beliau bagi membentuk Kerajaan Bersama Pas dan Umno dgn sokongan 3-4 org ADUN PKR yg diajak melompat menkinggalkan PRK. Bagi saya itu adalah salah satu siri pengkhianatan Presiden sebuah pemimpin Islam yg cukup hina, sungguh malu dan besar implikasinya dlm sejarah yg akan diingati oleh generasi mendatang.

23. Tidak cukup dengan itu, setelah kegagalan cubaan membentuk kerajaan dgn Umno tersebut, ijtihad politik ke-4 beliau pasca kewujudan PR adalah dgn mencadangkan nama ADUN Pas sbg usul kepada Istana Selangor utk ditabal sbg Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ia sungguh mengejutkan semua pihak kerana dalam semua perjanjian bertulis dan ucapan sebelumitu dgn jelas Hj Hadi Awang menyatakan bahawa ketiga-tiga party bersetuju utk Selangor dipimpin oleh PKR dan Pas tidak akan mengambil kerusi tersebut, meskipun pada masa itu kerusi dimenangi Pas melebihi kerusi PKR.

24. Apa yg saya lihat, Hj Hadi Awang seolahnya mahu cuba berijtihad secara peribadi dgn idea-idea politik luar jangka, tetapi tidak berani atau tidak ada kekuatan utk membahaskan idea tersebut di dalam party sendiri, jauh sekali di dalam Mesyuarat PR agtau Muktamar . Maka saya melihat Hj Hadi Awang cukup terasa bahawa cubaan-cubaan peribadi beliau tersebut tidak disokong oleh hampir semua kepimpinan Pas pada masa itu. Dan kita tidak pasti siapakah pula penasihat sebenar pada pelbagai idea karut yg pernah dikemukakan tersebut?

25. Seolahnya beliau ingat menjadi ketua sebuah party politik berlabel islam itu bermaksud beliau memiliki absolute power spt khalifah atau Nabi yg mampu meng"endorse"kan segala dalam kepalanya tanpa dibincangkan? Sedangkan suami isteri pun tetap bertanya pandangan mahu pulang ke rumah siapa Syawal kali ini. Apatah lagi dlm urusan imamah atau negara.

 Ikhwah yg dikasihi;

 26. Sejak segala gagasan dan ijtihad Ustaz Fadhil Noor 1998 itu dalam membina kerjasama PKR / DAP tersebut, saya lihat watak atau ikon utama yg menjadi pengawal dan agenda islah & tajdid itu adalah tidak lain al-marhum TGNA sendiri yg disokong penuh oeh DS Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Merekalah yg mengawal ketiga party utk terus kekal atas perjanjian strategi bersama tanpa mengubah ideologi atau matlamat parti masing-masing.

 27. Bahkan tanpa disangka, demi dakwah juga, TGNA sendiri menunjukkan qudwah (contoh) menuju ke rumah Karpal Singh hanya untk menyambut harijadi Karpal Singh. Walau hakikatnya TGNA sendiri bukan lah seog yg melakukan sambuat hari jadi utk dirinya sendiripun.

 28. Bahkan seorang anak TGNA pernah menyebut dgn jelas;'9 "Kami sebagai anak-anak merasakan ayahanda Tok Guru terlalu mementingkan kerjasama tahaaluf siyasi dalam setiap tindakan dan perbuatannya, walau pada masa itu di Kelantan sendiri pun tidak ramai ahli parti Keadilan atau DAP..." "Bahkan bagi kami Tok Guru tatang PR itu jauh lagi utama daripada keluarga beliau sendiri" Ikhwah diirahmati Allah, Itu semua sebahagian kisah satu ketika dahulu 'ibrah ketika saya mula berkecimpung dgn politik dakwah itu luar dari kampus sejak 20 tahun lepas (1998 - 2017).

29. Kisah itu telah bertukar sepenuhnya sekarang. Saya berpandangan politik bukan lagi wasilah dakwah bagi Pas. Politik hanyalah acuan dahagakan kuasa dan membuat hukuman sahaja cuba dilaksanakan. Agenda islah & tajdid buat rakyat yg dikebangkan oleh Ustaz Fadhil Noor bukan lagi matlamat Pas. Katanya mereka mahukan skrg hanyalah redha Allah, yg saya sendir pun tidak tahu dimana mahu dicari redho itu setelah pelbagai kisah khainat dan bohong itu dilakarkan.

30. Maka bagi saya hanya satu sahaja kejayaan ijtihad politik yg pernah berjaya dilakarkan oleh Hj Hadi Awang hanhyalah apabila Muktamar Pas 2017 dan MSU kelmarin memberikan sokongan pada utk beliau putuskan langsung hubungan politik dgn PKR dgn serta-merta. Ianya jelas rentetan setelah beliau sendiri dalam muktamar yg sama dua tahun lepas turut memberikan arahan putus hubungan dgn Dap secara usul veto tanpa bahas tersebut.

31. Bagi saya tidak ada apa lagi kejayaan ijtihad politik yg plg berjaya pernah dilakukan Hj Hadi Awang itu selain kejayaan memutuskan hubungan dan menjadikan kedua party PKR / DAP itu sbg musuh utama mereka.

32. Atau dalam ertikata lain, kejayaan yg dikenang dan terpahat dlm sejarah oleh kelak adalah, Ustaz Fadhil Noor adalah pencetus perpaduan politik pembangkang berlawan Umno/BN, manakala Ustaz Hadi sebaliknya pula hanya dikenang sbg pemusnah kerjasama tersebut yg membawa Pas berundur ke era 1980an zaman dibuang dari Umno pada masa itu.

 Ikhwah,

Sebagai penutup,

 33. Tanpa Ustaz Fadhil, tanpa Tok Guru Nik Aziz, dan tanpa DS Anwar Ibrahim di dalam saf politik ini, kami dgn ijtihad politik yg lebih segar bangkit membina semula sebuah gagasan baru yg lebih kuat dan kukuh menjunjung segala ijtihad yg pernah dilakarkan sebelum ini. Amanah bangkit menebus siri pengkhianatan hina atas nama politik Islam yg telah dicemari oleh Hj Hadi Awang sebelum ini.

34. Semuanya demi melakarkan semula konsep politik dakwah dan rahmah yg menjadi agenda utama politik Islam tersebut. Kerja berat ini kami pikul sama seperti peritnya usaha Ustaz Fadhil Noor dan Pak Daeng dan kepimpinannya satu ketika dahulu. Kerja ini besar dan ia hanya berjaya jika kesemua pemain party yg ada saling memahaminya dan memberikan sokongan tanpa-belah bagi.

35. Bahkan gagasan ijtihad kali ini alhamdulillah disokong penuh oleh sekumpulan besar mereka yg pernah berada dalam Umno zaman kezaliman Tun M ketika berkuasa satu ketika dahulu.

36. Dan yaa, rujuk video, dunia menyaksikan Najib, Umno dan sekutunya bersorak gembira dan sakan tatkala Hj Hadi Awang dan kepimpinan Pas itu telah berjaya merobek hancur ijtihad politik UstazFadhil Noor dan TGNA yg dah terbina 20 tahun lepaps melalui manifestasi kehgembiraan sambutan gemilang mereka tiga malam lepas.

 https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155243004724876

Bersaksikanlah ya Allah,

 Aku telah berkata, walau ianya sungguh berat bagiku.

 Wallahu'alam.

 Ahmad Sayuti Bashiron
 Nadwah 'Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI `17)
 13 Mei 2017 | Kota Bharu