Wednesday, March 23, 2016

Deklarasi Rakyat perlu disokong oleh semua pihak, selamatkan negara, bukan nak selamatkan Dr Mahathir



Deklarasi Rakyat yang diwujudkan oleh rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri wajar mendapat sambutan dan diterima oleh semua pihak untuk menyelamatkan negara ini dari cengkaman Najib yang semakin hari semakin ganas meruntuhkan moral dan kebajikan negara tanpa hentinya itu. Semua pihak dari semua pihak yang berbeza pendapat dan kecenderungan politik serta NGO-NGO yang waras wajar memberikan sokongan kepada deklarasi rakyat itu. Ini sahaja caranya bagi menyelamatkan negara dari terus merudum ditangan seorang pemimpin yang telah gagal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara.

Najib telah gagal dalam membawa obor kedaulatan negara kerana imej yang melekat dan terpahat di diri beliau itu terlalu buruk dan tidak dapat diperbetulkan dan dibersihkan lagi. Bukan tidak ada cara untuk beliau,membersihkan namanya dan negara, iaitu dengan menyaman semua akhbar dan majalah antarabangsa yang melibatkan dirinya dengan skandal terbesar yang pernah di saksikan oleh dunia, iaitu skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion yang menghantui dirinya sejak isu-isu ini diketahui umum ‘globally’.

Tetapi beliau takut dan tidak mempunyai kudrat untuk melakukan saman itu kerana beliau tidak mempunyai kudrat dan moral untuk menghadapi isu ini di mahkamah antarabangsa. Tentulah kita boleh mengagak kenapa beliau mempunyai ketakutan itu. Beliau hanya memberikan reaksi yang ada konspirasi antarabangsa bersama pihak dalam negara ini untuk menjatuhkan beliau terutamanya Dr Mahathir Mohammed tetapi beliau tidak berani untuk kemuka ke mahkamah untuk memberikan bukti tentang konspirasi itu.

Beliau hanya bertindak menggagalkan jawatankuasa penyiasat tentang dua isu mega ini dan membuang serta menamatkan perkhidmatan setengah dari mereka kerana takut dengan keputusan penyiasatan itu. Beliau bertindak dengan mengugut mana-mana individu dan pihak yang cuba untuk melakukan tindakan bagi mencari kebenaran ini. Undang-undang baru digubal untuk menyekat rakyat dari mengetahui isu sebenar dan peranan yang beliau mainkan dalam isu beliau menjahanamkan negara ini. Beliau tetap mahu kekal berkuasa walaupun dalam keadaan beliau sudah hilang kelayakan untuk memegang apa-apa ‘public office’ dari segi moral dan etikanya.

Sekarang rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang terlalu tinggi dan ‘standard of living’ yang semakin rendah. Tetapi disamping itu Najib masih petah berjanji untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tidak ada lagi kata-kata beliau sebagai pemimpin yang boleh diyakini. Beliau terus berbohong dan mengelirukan rakyat tanpa segan dan silu sedangkan rakyat ramai hanya mentertawakan apa-apa yang beliau kata serta janji-janji kosong yang beliau tidak akan mampu melaksanakannya. ‘Once a liar he will remain a liar’ bak kata perumpamaan Inggeris.

Oleh kerana itu semua pihak walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan bemusuh-musuhan telah bersatu dengan deklarasi rakyat untuk bersama-sama menyelesaikan isu negara yang sangat kritikal untuk diselesaikan ini. Masing-masing pihak sedar yang mereka tidak akan dapat membantu membetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya sekarang jika mereka terus dengan perbezaan dan perkelahian tentang isu politik masing-masing.

Kita memerlukan bersepaduan dalam menangani isu Najib dan skandalnya ini. Kita mahukan semua rakyat bersatu tidak kira mereka dari orang awam atau setiap individu dalam ‘uniform units’ dan pemimpin mereka untuk tampil bersama menyokong tindakan rakyat untuk memperbetulkan negara ini secara aman dan damai. Kita mahukan setiap Raja-Raja Melayu memainkan peranan untuk bersama rakyat tanpa takut kerana jika rakyat sengsara Raja-Raja Melayu pun akan hilang dari muka bumi Malaysia ini.

Kita mahukan sebuah negara baru yang dipimpin oleh orang yang berkemampuan untuk membina semula negara yang sudah hancur ini. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang teknokrat dan mempunyai sisik dan kualiti yang tinggi semata-mata untuk membina semua dasar dan pelaksanaannya dengan betul dan tepat. Kita mahu kembalikan institusi demokrasi di berikan nafas baru dan kembali segar melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepada mereka. Kita mahukan negara ditadbir dengan bersistem yang boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang.

Kita mahukan negara memberikan kembali peruntukan perubatan dan pelajaran yang sudah di potong oleh pimpinan Najib ini. Kita tidak mahu peruntukan untuk hospital awam di potong kerana itu adalah tanggungjawab asasi bagi semua rakyat dan manusia yang tinggal dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.

Kita mahukan pemimpin yang tegas dan bukannya pemipin-pemimpin yang garang. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ yang kuat dalam membina rakyat baik dari segi ekonominya mahu pun dari segi ‘spiritual value’ mereka tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan cara hidup mereka.

Rakyat tidak mahu lagi hidup yang sentiasa dihantui oleh ugutan dari pihak polis dan Ketua Polis Negara lagi. Kita mahukan AG yang adil dan saksama sebagai orang yang mengetuai undang-undang negara. Kita tidak mahu lagi menyaksikan undang-undang disalah gunakan oleh perompak dan penyamun untuk menutupi dosa dan noda mereka.

Itu sebabnya rakyat mahukan semua pihak termasuk mereka dan individu dalam unit beruniform dan semua NGO serta parti politik untuk bergabung mengnyahkan hanya seorang pemimpin yang sudah melebihi imej bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos dahulu.

Inilah impian rakyat sebenarnya dan ia memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat yang tegas untuk melihat negara kita kembali segar dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa yang rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan harga diri mereka, dan tidak seperti setengah pemimpin mereka.

Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.

Kalau Peguam Negara tidak ambil tindakan, memang sah barua

Zeti beri komitmen serah cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah ASD$1.83 bilion yang berada di luar negara.

Pada 9 Oktober tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB supaya menghantar balik ASD$1.83 bilion itu, selepas BNM menarik semula tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan luar negara.

Namun 1MDB dalam respon mereka menjawab penghantaran balik tidak boleh dilakukan kerana wang tersebut sudah diperuntukkan untuk menguruskan hutang luar negara dan penstrukturan semula.

“BNM menyatakan kesanggupan untuk menerima penjelasan itu tetapi mengarahkan mereka supaya menyerahkan bukti dokumen untuk menyokong sebab yang mereka berikan.

“Namun mereka masih tidak menghantar dokumen tersebut walaupun tarikh akhir sudah berlalu. Ekoran kegagalan mematuhi arahan BNM, kami kini dalam proses untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai, seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya dalam sidang media di BNM hari ini, seusai pembentangan laporan tahunan bank pusat itu.

Menjelaskan tindakan yang bakal diambil, Zeti berkata memandangkan BNM tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, langkah itu akan melibatkan badan penguatkuasaan lain.

“BNM akan menghantar kertas cadangan tindakan kepada badan penguatkuasaan, dan mereka melihat cadangan kami dan membuat penilaian mereka. Ini semua tentulah perlu melalui proses (yang sepatutnya),” kata Zeti.

Sebelum ini pada 21 Ogos 2015, BNM pernah menghantar kertas siasatan berhubung 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara namun dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September 2015 dan keputusan untuk tidak mendakwa dimaklumkan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Zeti memberikan komitmen untuk menyerahkan cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

“Tujuan BNM melakukan semua ini adalah untuk menegakkan integriti sistem kewangan kita. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi semua pihak,” katanya lagi.

Najib Menggelupur Dengan Perkembangan Terbaru Ini?



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’ anjurannya pada Ahad ini.


"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli Umno.

Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana (jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.

Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama, Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani."Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.

Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1 tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.

Menurut Zaid Ibrahim, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.

Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini."Dewan pasti penuh," katanya.

Oh!! Patutlah Najib Tak Saman-saman Lagi WSJ...



Setelah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. akhirnya terdedah juga kenapa hingga ke hari ini Najib masih belum saman WSJ yang pada mulanya dikatakan memfintan dirinya tentang RM2.6 Billion itu..

Bukan kerana Najib takut akan terbongkar segala kebenaran.. bukan juga kerana Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat seperti yang didakwa Peguam yang mewakilinya..

Bukan kerana Najib tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana kononnya...

Tapi.. sebenarnya kerana beliau terlampau penyabar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar. 
Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia. 
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar. 
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu. 
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini. 
Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi...lebih baik kita lari." 
Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat bukan pemimpin yang populis'," katanya. 
Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat. 
"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif. 
"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang," katanya lapor Sinar

Mahathir Saman Najib RM2.6 Billion..



Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.

Selain Dr Mahathir, dua lagi individu yang lantang mengkritik Najib, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin turut dinamakan sebagai plaintif kedua dan ketiga dalam saman itu.

Dalam tuntutan saman itu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina mendakwa Najib dengan sengaja mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO bagi melakukan salah laku berkenaan

Dalam tuntutan saman itu plaintif menyenaraikan kronologi tindakan Najib yang didakwa salah guna kuasa bermula Mac 2015 ketika siasatan dilakukan.

Antaranya, menamatkan lebih awal perkhidmatan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri; selain itu turut menafikan haknya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

“Kita boleh katakan kronologi tersebut telah membawa fakta dan kesimpulan yang menarik iaitu Najib berterusan campur tangan dalam proses undang-undang bagi memastikan segala pihak autoriti yang bertanggungjawab tidak dalam menjalankan tugasnya dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta,” kata kenyataan itu.

Mereka juga menyatakan telah terkesan dengan setiap tindakan yang dilakukan oleh Najib.

“Dr Mahathir telah hadir pada Himpunan Bersih 4, yang mana beliau telah membuat kenyataan yang mengkritik Najib. Kemudiannya telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan kerana didakwa melakukan jenayah fitnah.

“Dia sekali lagi menjadi perhatian pihak polis kerana posting yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,” kata plaintif dalam tuntutan saman itu.

Khairuddin pula telah membuat laporan polis di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura berkenaan tuduhan 1MDB dan akhirnya dia dan peguamnya, Matthias Chang didakwa kerana cubaan sabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Manakala bagi Anina, dia telah disingkirkan dari UMNO kerana tindakannya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib tahun lalu.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Peguam, Haniff Khatri Abdullah yang mewakili ketiga-tiga plaintif berkenaan telah memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Writ saman itu akan diterima oleh peguam Najib (Hafarimzam Wan dan Aisha Mubarak) pada minggu ini,” ujarnya lagi. 

MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA


INI BUKTI PUNCA BANGSA MELAYU MUNDUR ADALAH DISEBABKAN AGENDA YAHUDI DAN CINA.


PAS Kembali Ke Era Assabiyah & Semarakkan Budaya ISIS


Umat Islam perlu bersatu tentang DAP, kata Abdul Hadi

Umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini, lapor Utusan Malaysia.


"DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar mengawal ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah," kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ujar Khalid pula, DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.

"Mereka mengawal pendapatan per kapita yang lebih tinggi dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.

"Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon pilihan raya) di kalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid yang pernah menganggotai PKR dipecat daripada parti itu setelah enggan mengosong kerusi MB Selangor yang disandangnya bagi penggal kedua.

Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 berkubur apabila Muktamar PAS Pusat tahun lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, sebuah parti berbilang kaum bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai 'blok politik ketiga'. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

GB mengandaikan berita itu benar kerana sesudah 3 hari berita itu tersiar di media massa, belum ada penafian dari Lajnah Penafian PAS yang diketuai oleh Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dan begitu ketara perjuangan PAS kini telah jauh kesasar dari perjuangan Islam. Ia telah kembali kepada era perjuangan assibiyah zaman Datuk Asri. Seiring dengan semangat perkauman UMNO. Kata-kata Presiden PAS kini seperti yang ditebalkan oleh GB di atas, ketara seperti kata-kata seorang pemimpin UMNO.

DAP, katanya, adalah sebuah parti sekular. Itu semua orang tahu. Tetapi PAS terlupa bahawa sistem pemerintahan kita seluruhnya adalah sekular. Malah kewujudan parti-parti politik di dalam negara ini (termasuk parti Islam SeMalaysia) ditubuhkan di dalam kerangka sekular. "Demokrasi: itu sendiri adalah sekular, jadi PAS juga menggunakan platform sekular untuk mencapai cita-citanya. Ia tiada bezanya parti-parti politik lain di dalam negara ini.

Kedua katanya, mjoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah. Mungkin Presiden PAS itu tidak membuat kerjarumahnya untuk melihat berapa kerusi DAP bertanding. DAP selama ini bertanding maksimanya 50 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen. Jika menang semua sekalipun DAP tidak mampu dan tidak boleh membentuk kerajaan.

Ketiga, majoriti kaum Cina dan India telah menolak MCA dan MIC, 80%-90% kaun bukan Melayu ini memilih DAP sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Di dalam negara majmuk, adalah mereng sangat pemikiran jika menolak DAP sebagai sekutu kerana menolak DAP bererti menolak majoriti kaum bukan Melayu di dalam negara ini.

Malah UMNO sendiri pun pernah mencadangkan agar DAP diterima sebagai anggota BN untuk menggantikan MCA dan MIC yang semakin pupus kerana mereka tahu kepimpinan negara perlu kepada perkongsian kuasa dengan bukan-Melayu. Tiada satu parti pun di dalam negara ini yang boleh memerintah negara tanpa penyertaan kaum lain. Itulah sebab mengapa di dalam PRU13 yang lepas, PAS menang di beberapa kerusi campuran di atas nama Pakatan Rakyat berkonsepkan tahaluf siyasi. Apabila Pakatan Rakyat dikhianati, apakah PAS masih berangan untuk menang di kerusi campuran?

Keempat, gagasan menolak DAP adalah gagasan ekstreme PAS yang menampakkan ia sudah melangkaui "politik matang" yang digembar-gemburkan. Ia lebih kepada parti perkauman berfahaman sempit. Lebih menghairankan apabila ia juga menganggap parti Islam lain (AMANAH) sebagai musuh malah pernah mmewajarkan agar dihapuskan. Budaya "takfiri" dihidupkan tetapi kali ini bukan kepada UMNO seperti terkandung di dalam AMANAT HADI yang masyur itu, namun kepada AMANAH yang dituduhnya "pengkhianat". Sedangkan Perlembagaan PAS sendiri membenarkan ahli-ahlinya keluar parti. Pendirian PAS yang ekstreme ini lebih mirip kepada perjuangan ISIS walaupun mereka menafikan.

Maka tidaklah hairanlah perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini. Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS perlu dan pasti ditolak rakyat kerana telah menjadi parti perkauman sempit serupa UMNO.

Bandingkan pendirian 2 pemimpin PAS ini


Friday, March 18, 2016

Shahidan Potong Stim Ler..!















Terkedu para pencandu dedak..! kata baling kaca pun tak pecah..!
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak bahawa kedudukan parti Melayu itu terjejas susulan pengwujudan Deklarsi Rakyat yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bagi memastikan kedudukan UMNO kembali kuat, pemimpin tertinggi perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung kemelut yang berlaku.
Malah, penyertaan Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap deklarasi yang dibentang itu.
“Kalau kata (UMNO) tak terjejas tak betul. Dia mesti ada kesan. Kita (MT) harus jelaskan pada rakyat bahawa langkah terbaik menukar pemimpin adalah melalui proses demokrasi yang ada sekarang, melalui Parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Kalau cadangkan Shahidan di gantung, buang, pecat atau digugurkan bagus juga ni..! Untung untung dedak melimpah ruah..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Macam Nak Cabut Lari Jer..!



Mungkin dah sangat jelas kapal nak karam..!

Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, 67, hari ini menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam olitik berkata beliau mahu memberi peluang kepada orang muda untuk menjadi pemimpin.

Katanya, beliau percaya anak muda boleh menjadi pemimpin jika mereka diberi peluang dan kepercayaan.

"Pandangan saya ialah anda harus memberi kepercayaan kepada anak muda, jika anda tidak dapat menunjukkan bagaimana anda menaruh kepercayaan kepada golongan muda, maka apa gunanya bercakap.

"Saya tidak boleh hanya percaya kepada anak lelaki atau anak perempuan saya.

Saya rasa saya mempunyai rekod, setiausaha politik saya sekarang ialah MB Johor MB (Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) dan ada kemungkinan bagi saya untuk memberi laluan kepada satu lagi personaliti muda mengambil alih," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau telah mengenal pasti mana-mana calon berpotensi untuk menjadi pemimpin termasuk menggantikan beliau, Shahrir berkata beliau mempunyai ramai calon.

Shahrir berkata, beliau mungkin kekal dalam Umno walaupun beliau tidak lagi aktif dalam politik.

Sementara itu, Shahrir berkata beliau yakin Umno dapat "survive" dan memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun berdepan dengan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

"Hari ini ada isu-isu ini, kita tidak tahu apa isu akan datang. Kita
mempunyai dua tahun sebelum pilihan raya diadakan dan ia berbeza," katanya.


Layar dah kembang..! sauh dah di labuh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

alif mim nun wau... SARKAS a.k.a Umno



Kena tanya soalan dengan wartawan pun takut? kata darah pahlawan bugis...

Ingatkan rakyat M'sia jer tau UMNO tu 'sarkas' spt mana sindiran dlm filem P.Ramlee .. Tak heranlah kalau warga asing kata KERAjaan UMNO/BN sarkas.. hahaaaa

Rakyat Tak Bodoh..!















Kalau lucut boleh..tentu lantik pun boleh..!

Ahli Majlis Peguam Syahredzan Johan hari ini menyangkal dakwaan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang mendakwa rancangan Peguam Malaysia untuk membincangkan usul penyingkiran Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah seperti mencabar Yang di-Pertuan Agong yang melantiknya.
"Menggunakan logik sama, adakah penyingkiran Peguam Negara sebelum ini juga mencabar Yang di-Pertuan Agong kerana beliau juga dilantik oleh Seri Paduka?
"Sudah tentu tidak," kata Shahredzan yang juga adalah pengerusi bersama Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan.
Syahredzan berkata, walaupun peguam negara sememangnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda berbuat demikian atas nasihat perdana menteri.
"Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai budi bicara peribadi dalam pelantikan peguam negara, baginda mesti mematuhi nasihat perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan.
Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan sebagai peguam negara pada Julai tahun lalu, selaras dengan tindakan Datuk Seri Najib Razak membersihkan kerajaan BN daripada pemimpin dan pegawai kanan yang tidak sehaluan dengannya ketika perdana menteri terpalit dengan wang berbilion ringgit.
Badan Peguam Malaysia dijadualkan membincangkan kedudukan Apandi pada mesyuarat agung luar biasa Sabtu ini selepas menerima usul berhubung perkara itu.
Apandi mengisytiharkan Najib bebas daripada sebarang salah laku berhubung dana RM42 juta milik SRC International dan RM2.6 bilion daripada syarikat luar pesisir yang berada dalam akaun bank peribadinya.
Badan Peguam Malaysia juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Apandi itu dengan hujah bahawa peguam negara tidak mempunyai budi bicara mutlak dalam memutuskan untuk tidak mendakwa Najib
Syahedrezan berkata Hafarizam sebagai seorang peguam berpengalaman tidak boleh menuduh Badan Peguam Malaysia mencabar Yang di-Pertuan Agong secara melulu.
Logik rakyat ler..! tapi kalau tak menjilat serta merta tak logik bagi puak tu..!
Kesian Pendi..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Baca..Jangan Kata Apa Apa..!















Satu Manifestasi...
Grafiti wajah badut Datuk Seri Najib Razak dikesan dilakar pada dinding bangunan Malaysia Hall di Perth, Australia.
Perkara itu didedahkan aktivis, Fahmi Reza menerusi akaun Facebook beliau yang turut memaparkan gambar foto grafiti Perdana Menteri bermuka badut itu di bangunan berkenaan.
“Aku jumpa gambar ni di Twitter yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digrafiti dengan wajah muka badut Najib Razak (Perdana Menteri) sebagai tanda protes,” katanya hari ini menerusi Facebook.
Fahmi turut meminta rakyat Malaysia yang berada di Australia supaya memuat naik lebih banyak foto grafiti wajah badut Perdana Menteri yang dilukis di negara itu melalui laman sosial masing-masing.
Fahmi berkata, kewujudan grafiti berkenaan adalah disebabkan suara demokrasi rakyat negara ini terhad, menyebabkan wujudnya rasa ditindas oleh kerajaan.
Katanya, perasaan ditindas berkenaan dibuktikan apabila ada rakyat Malaysia yang bersuara untuk menegur kerajaan, disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political graffiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkah kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?
“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas, disiasat dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.

KITA BOLEH BERSAMA HANYA UNTUK MALAYSIA...


AMANAH SEDIA BERSAMA SEMUA PIHAK DALAM MISI SELAMATKAN MALAYSIA


Suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri culas melaksanakan tanggungjawabnya. Kegagalan Institusi Pejabat Peguam Negara mempertahan kepentingan rakyat menangani secara tuntas dalam skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International, sangat mengaibkan negara. Krisis kepercayaan (trust deficit) terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai kepada kemuncaknya.

2. Hari ini bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara daripada kepimpinan Perdana Menteri hari ini. Seruan Tun Mahathir selaku seorang tokoh perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan negara sudahpun diaktifkan lebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipenjarakan 2 kali) yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).

3. Antara sebab utama DS Najib sukar untuk diganti adalah kerana UMNO masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri. Ketua-Ketua Bahagian UMNO terbelenggu daripada melihat kepentingan yang lebih besar kerana terperangkap dalam budaya politik wang dan hanya mementingkan tembolok sendiri.

4. AMANAH bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun pada waktu yang sama AMANAH mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik.

5. Oleh itu, AMANAH dengan slogan HARAPAN BARU, bersedia melihat kepentingan gerakan SELAMATKAN MALAYSIA bagi membantu cita-cita perubahan dan reformasi yang telah digerakkan selama ini oleh PR dan PH serta masyarakat madani. Oleh itu, AMANAH akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

“Harapan Baru”

TN HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
1 MAC 2016

Mohd Najib Lari Dari Wartawan



KALAU kita mendalami peristiwa “serang hendap” wartawan Badan Penyiaran Australia (ABC) terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, pada 12 Mac lalu di Kuching dan tahu latar belakangnya, kita tidak akan terperanjat.

Wartawan Linton Besser dengan lantang bertanya mengenai dakwaan duit ratusan juta dolar dalam akaun peribadi Perdana Menteri. [Boleh tonton di sini.]
Sebenarnya itulah cara yang masih ada bagi wartawan mendapatkan maklumat terus daripada Mohd Najib, melainkan wartawan itu daripada media arus perdana (MAP) tempatan.
Itu pun, dalam temu ramah khas yang diatur lebih awal penemu ramah diberi taklimat apa yang haram, wajib, sunat dan makruh ditanya. Soalan perlu dikemukakan lebih awal.
Temu ramah televisyen pula akan dirakam dan disunting sebelum disiarkan. Kalau ada isu yang sensitif, yang dijemput melakukan temu ramah bukan wartawan tetapi profesional bidang berkenaan. Terketar-ketar si penemu ramah bertanya soalan pra-rancang.
Ahli ekonomi Charon Mokhzani temu ramah Najib


 Dulu, pada zaman yang disifatkan oleh media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa.
Habis sangat soalan tak dilayan atau wartawan kena herdik. Saya pernah diherdik di hadapan khalayak di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie aka King Ghaz kerana dituduh “menyerang hendap” beliau - lebih kurang macam krew ABC lakukan terhadap Mohd Najib.
Lepas itu dengan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allahyarham Tun Ismail Mohammad Ali, juga pada tahun 1981.
Alhamdulillah, akibat daripada peristiwa itu kedua-dua mereka menjadi kawan baik saya hingga ke hujung usia mereka. King Ghaz mengajar saya mengenai politik, perang saraf dan diplomasi. Ismail mengajar saya ketelusan dan amanah, perbankan dan pelaburan.

Najib Elak Wartawan 

Sekarang tidak ada cara lain “menemu ramah” Mohd Najib selain menyerang hendap. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

Menurut beberapa orang pengarang MAP, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau.
Untuk pengesahan, saya menghantar pesanan ringkas berikut kepada salah seorang setiausaha akhbar beliau: “Assalamualaikum. Apoplogies. Needs official confirmation. MSM editors told me, PM has not been holding PC or talk to reporters on the sideline. For my blog. Tq. A Kadir Jasin.”
(Assalamualaikum. Mohon maaf. Perlu pengesahan rasmi. Pengarang MAP memberitahu saya, PM tidak lagi mengadakan sidang akhbar atau bercakap kepada wartawan selepas majlis. Untuk blog saya. Tk. A Kadir Jasin.)
Tidak ada jawapan daripada beliau.
Mohd Najib dan pengawas media beliau takut kalau-kalau ada wartawan yang berani bertanya soalan menakutkan berkenaan skandal 1MDB, RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
Kemungkinan hal itu berlaku amat kecil kerana pengarang MAP sudah pun diberi taklimat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh ditanya. Manakala wartawan MAP pula tahu kalau mereka bertanya soalan sensitif mereka pasti akan dikenakan tindakan dan laporan mereka tidak akan disiarkan.

Kisah Zaman Dulu

Teringat saya kepada saat-saat terakhir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera sebagai Perdana Menteri pada tahun 1969/70.
Walaupun menghadapi kempen dari dalam dan luar Umno untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, Tunku tidak pula menyisihkan diri daripada wartawan.
Sebaliknya wartawan yang menyisihkan diri daripada beliau. Kalau sebelum itu sidang akhbar dan lawatan beliau dilaporkan oleh pengarang dan wartawan kanan, apabila kempen menjatuhkan beliau terjadi, pengarang dan wartawan kanan diarahkan agar tidak lagi memberikan beliau keutamaan.
Walaupun dipulau Tunku tidak lari dari wartawan


Sebaliknya prioriti liputan diberikan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Gerakan Negara (NOC).
Tetapi Tunku tetap Tunku. Sama ada kepada pengarang dan wartawan kanan atau pemberita kadet beliau memberi layanan yang serupa – mesra, tanpa kasta dan penuh lawak jenaka.
Waktu itu saya pemberita kadet di Bernama dan banyak membuat liputan kegiatan beliau di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Kemanusiaan dan rendah diri Tunku tidak ada tolok bandingnya. Moga-moga rohnya diberkati.
Kesimpulannya, kalau mahukan komen terus daripada Mohd Najib kenalah jadi warga MAP atau lakukan serang hendap terhadap beliau macam yang dilakukan oleh wartawan ABC.
Berkenaan respons lisan dan fizikal PDRM terhadap serang hendap ABC itu, saya serahkan kepada para pembahas dan pembaca mengadilinya. Hanya perlu tonton video YouTube yang saya pautkan. Wallahuaklam.

Wednesday, March 16, 2016

PAS adakan kerjasama dengan PARTI IKATAN membentuk blok ke 3


IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang
PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.
IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.
Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.
Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.
Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.
Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tuesday, March 15, 2016

Rakyat Bukan Bodoh Macam Umno...!!!


Beratus-ratus orang mengeliling PM tu ada juga polis, logik kah takut PM diculik oleh seorang 'reporter' yang hanya bawa mikrofon BUKANNYA PISTOL nak tanya soalan ? Jangan cuba perbodohkan rakyat !!

KENAPA MEREKA SANGGUP BOHONG SATU DUNIA !!!


KENAPA TV3 & RTM tak berani nak siarkan keadaan sebenar semasa wartawan Australia yg cuba menemubualNajib Razak..??

ADA TAK wartawan itu merempuh kawalan keselamatan Najib sebagaimana yg didakwa oleh Ketua Polis Negara !!!

ANDA KENAL BUKAN peranan TV3 & RTM pada UMNO/BN & kuncu2nya..

Kalau didedahkan pasti satu Malaysia tahu pembohongan mereka itu...

Carta Graf Menunjukkan Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Berjumlah RM16.82 Bilion.


SELAMA 51 TAHUN BN BUAT APA ?? SONGLAP KA !!!


Biar Fakta Berbicara...

KENAPA masa tempoh 51 tahun BN memerintah P.Pinang hanya mampu simpan rizab negeri sbyk RM373.6 juta berbanding DAP memerintah dgn hanya 7 tahun shj dah boleh kumpul simpan rizab negeri sbyk RM507.2 juta ???

TETAPI DAP juga yg disalahkannya...

Makna Deklarasi Rakyat..!


Keluarga bahagia yang perlu dicontohi rakyat dan dunia..!

NAJIB DAN PENCAPAIANNYA

1. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak perlu mengikut dasar-dasar Perdana Menteri yang terdahulu dari mereka. Mereka berhak menggubal dasar dan strategi mereka sendiri. Tetapi rakyat mempunyai hak untuk menilai prestasi mereka. Hak ini termasuk meluluskan, mengkritik atau menolak kerja-kerja PM. Hak rakyat termasuk menumbangkan PM baru secara aman dan melalui undang-undang. Hakikat bahawa PM telah dipilih tidak bermakna beliau tidak boleh disingkirkan sebelum sampai tempohnya. Mereka yang dipilih telah dibuang atau diberhentikan daripada jawatan atas pelbagai sebab di seluruh dunia berdemokrasi.

2. Terdapat banyak harapan di kalangan rakyat apabila Najib mengambil alih daripada Abdullah, yang juga seorang PM yang dipilih. Beliau meletak jawatan pada 2009 dan Najib sebagai Timbalan PM mengambil alih. Ini merupakan tradisi, bukan kerana sebarang peraturan atau undang-undang tertentu.

3. Harapan rakyat bahawa Najib akan merungkaikan beberapa dasar PM Abdullah yang silap dengan cepatnya menjadi pudar. Ini kerana beliau meneruskan dasar-dasar Abdullah yang menyebabkan beliau kehilangan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12. Najib juga memperkenalkan dasar-dasar yang menjejaskan kebebasan Malaysia dan menyumbang kepada persepsi negatif terhadap negara ini.

4. Di antaranya adalah seperti berikut: –

1). Beliau meminta izin PM Singapura untuk pembinaan jambatan bagi menggantikan tambak (causeway) bahagian sebelah Malaysia. Kemudian beliau bertanya kepada PM Singapura apabila beliau mahu membina kereta api kelajuan tinggi. Dalam kedua-dua kes ini permintaan beliau ditolak. Beliau nampaknya tidak mempunyai kawalan penuh atas segala hal ehwal negara sendiri.

2). Beliau mengambil perunding Eropah untuk menasihati mengenai dasar-dasar negara. Ini melibatkan kos RM 7 bilion. Perunding-perunding ini tidak memahami sifat pelbagai kaum Malaysia dan sensitiviti rakyat. Hasilnya ialah perasaan perkauman yang lebih besar dan ketegangan antara kaum di Malaysia. Orang Cina yang sebelum ini menyokong BN, menolak beliau sepenuhnya pada tahun 2013.

3) Beliau sebenarnya mengambil orang Eropah untuk bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Pengaruh mereka ke atasnya menjadikan beliau tidak sensitif dengan keadaan tempatan.

4) Beliau menubuhkan agensi-agensi luar Kerajaan untuk mengarah hal ehwal Kerajaan dan menepikan EPU dan ICU dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan Malaysia.

5) Beliau membayar agensi-agensi ini, di mana Pemandu adalah satunya yang besar, gaji dan faedah tidak mengikut skim gaji kerajaan, iaitu lebih tinggi. Beliau tidak mengikut prosedur kerajaan dan tidak mengambil kira pihak berkuasa yang berkaitan apabila melakukan ini.

6) Beliau telah menambah bajet Pejabat Perdana Menteri banyak kali ganda. Terdapat begitu ramai Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kabinet beliau adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

7). Beliau mewujudkan jawatan dengan gaji yang tinggi bagi mereka yang bersara daripada perkhidmatan supaya mereka akan menyokong beliau tanpa mengira kesalahannya.

8) Beliau mempunyai gaya hidup yang mewah dan membelanja di luar kemampuan seorang Perdana Menteri Malaysia untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

9) Beliau meletak Kementerian Kewangan di bawah bidangnya bersama-sama dengan tugasnya sebagai Perdana Menteri. Ini memberi beliau kawalan penuh ke atas hal ehwal kewangan Kerajaan. Beliau dengan ini dapat meminjam dana dari Kerajaan dan menetapkan harga yang sangat rendah bagi tanah Kerajaan apabila menjualnya kepada 1MDB.

10) Apabila gagal untuk mengambil alih pengurusan Terengganu Investment Agency, beliau menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat yang mempunyai modal RM 1 juta daripada Kerajaan.

11) Beliau melantik dirinya sendiri sebagai penasihat kepada syarikat ini. Jelas sekali apa-apa yang dilakukan mesti dengan pengetahuan beliau.

12) Beliau meminjam untuk 1MDB RM42 bilion kesemuanya dengan membayar komisen dan kadar faedah yang tinggi, sesuatu perkara yang sebuah syarikat dengan RM1 juta sebagai modal tidak akan dapat melakukannya. Pada hakikatnya pinjaman ini dijamin oleh Kerajaan.

13) Beliau kemudiannya membeli loji jana kuasa swasta dengan harga RM12 bilion. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Beliau juga mengambil alih hutang berjumlah RM8 bilion yang ditanggung oleh loji jana kuasa. Kemudian beliau menjual loji jana kuasa kepada China dengan harga yang merugikan.

14) 1MDB membentuk syarikat usaha sama dengan sebuah syarikat Arab dikenali sebagai Petro Saudi.

15) Syarikat ini dikatakan mempunyai dua konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan. Sehingga kini konsesi- konsesi ini tidak nampaknya telah diterokai. Malahan kewujudan konsesi-konsesi tersebut juga diragukan.

16) 1MDB telah membayar lebih daripada USD1 bilion untuk bahagiannya dalam syarikat usaha sama ini.

17) Usaha sama ini telah ditamatkan beberapa bulan kemudian.

18) Bukannya mendapat kembali wang itu, Najib sebaliknya meminjam lebih USD1 bilion dan USD0.8 bilion lagi kepada rakan kongsi Saudi.

19) Di mana wang ini berada pada hari ini tidak jelas kerana penjelasan yang diberikan tidak disahkan dengan dokumen yang boleh dipercayai.

20) Jumlah wang yang besar telah dilaburkan di Kepulauan Cayman.

21) Kemudiannya kita telah diberitahu bahawa wang tersebut telah dipulangkan ke Tanah Air. Tetapi sebahagian besar wang ini telah disimpan di bank Singapura. Kemudian bank tersebut berkata tiada wang di dalam bank. 1MDB kemudian mendakwa ianya bukan wang tetapi unit-unit. Tiada bukti dokumentari diberikan, sudah pastinya tiada juga bukti akan nilai sebenar unit-unit tersebut.

22) 1MDB tidak membawa balik wang ini ke Malaysia kerana Bank Negara mungkin akan mempersoalkan sumber wang ini. Ini adalah pengakuan yang jelas bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan wang ini.

23) Tiba-tiba telah dilaporkan oleh Wall Street Journal bahawa Najib mempunyai USD681 juta (kira-kira RM2.6 bilion ) dalam akaun rahsia peribadinya di Ambank.

24) Pada mulanya beliau menafikannya; kemudian mengakui, mengatakan bahawa ia adalah hadiah; kemudian menyatakan bahawa ini adalah sumbangan untuk memastikan beliau memenangi pilihan raya; kemudian menyatakan ia adalah sumbangan dari orang-orang Arab yang menghargai perjuangannya terhadap pengganas Islam; dan akhirnya bahawa ia adalah sumbangan daripada arwah Raja Arab. Sumber wang itu masih belum dibuktikan.

25) Kini seorang Menteri Saudi berkata tiada rekod wujudnya hadiah, kemungkinan ianya adalah satu pelaburan Saudi. Jumlahnya tidak begitu besar, katanya.

26) Tidak kira bagaimana beliau memperolehi wang ini, tetapi jumlahnya terlalu besar untuk disifatkan sumbangan. Tiada PM Malaysia patut menerima wang sejumlah itu, terutama wang dari negara asing. Sudah semestinya ia tidak seharusnya menjadi hadiah peribadi.

27) Wang dalam akaun sesiapa pun, sama ada daripada keuntungan atau pinjaman atau hadiah mesti diisytiharkan kepada Jabatan Cukai Pendapatan walaupun sekiranya ia tidak tertakluk kepada cukai pendapatan. Rupa-rupanya Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak dapat mengesahkan dari rekod rasmi tentang bagaimana pemerolehan atau kewujudan wang ini dilakukan. Juga tidak ada laporan yang jelas tentang wang ini oleh Bank Negara untuk menentukan sama ada ianya pengubahan wang haram.

28) Kemudiannya dikatakan wang itu telah dikeluarkan dan disimpan di dalam bank-bank di Singapura.

29) Dan Kerajaan Singapura dikatakan telah membekukan akaun.

30) Di Malaysia empat institusi Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas untuk menyiasat wang ini.

31) Sebelum laporan dapat dibuat Najib membubarkannya dengan memecat Ketua Audit Negara, menakut-nakutkan Gabenor Bank Negara. Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah pergi bercuti. Hanya polis terus berfungsi tetapi senyap mengenai hasil kerja-kerja pasukan petugas. Daripada ahli-ahli pasukan petugas hanya pihak polis sahaja yang tidak membuat sebarang laporan. Polislah pihak yang pertama yang sepatutnya membuat laporan kepada Peguam Negara.

32) Bank Negara dan SPRM menyerahkan laporan berasingan mengenai wang dalam akaun Najib kepada Peguam Negara yang baru.

33) Kedua-dua laporan telah ditolak oleh Peguam Negara baru dengan mendakwa Najib tidak melakukan sesuatu yang salah.

34) Kemudian Peguam Negara mengisytiharkan bahawa baki wang (RM2.03 bilion) telah dikembalikan kepada Arab Saudi. Bagaimana ini dapat dilakukan pada hal akaun dibekukan tidak dijelaskan.

35) Rakyat Malaysia berasa malu dengan laporan oleh akhbar asing yang berpengaruh tentang pengurusan 1MDB oleh Najib yang dapat dipersoalkan dan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadi beliau. Apabila membuat perjalanan ke luar negara, rakyat Malaysia yang dahulu sering dipuji atas kejayaan negara mereka malu apabila ditanya mengenai apa yang berlaku kepada negara mereka?

36) Rakyat Malaysia malu kerana Malaysia dinilai antara sepuluh negara yang paling korup di dunia dan Najib dianggap sebagai Menteri Kewangan yang paling tidak cekap.

37) Walaupun Najib mengugut untuk menyaman, dia tidak berbuat demikian sehingga kini, walaupun Wall Street Journal dan akhbar-akhbar lain mendedahkan lebih banyak cerita buruk mengenai beliau dan kerugian 1MDB serta wang dalam akaun peribadi beliau. Jumlah yang terlibat kini dilaporkan sebanyak RM4 bilion.

38) Akhbar-akhbar Malaysia tidak dibenarkan melaporkan 1MDB kecuali penjelasan oleh Kerajaan.

39) Semua institusi-institusi Kerajaan yang ditugaskan untuk melindungi kesejahteraan warganegara kini telah dilemahkan oleh Dato’ Seri Najib supaya orang takut institusi-institusi ini daripada bergantung kepada mereka untuk mendapatkan kebebasan dan kesejahteraan.

40) Kerana semua inilah warganegara Malaysia mendesak penyingkiran beliau.