Wednesday, October 12, 2016

Kembalikan kuasa kementerian yang diambil oleh JPM


MALAYSIA GAZETTE




Dewan Rakyat kembali bersidang pada 17 Oktober 2016 dan Bajet Negara 2017 akan dibentang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober.

Pada 5 Oktober lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan ingin menghapuskan pertindihan fungsi antara kementerian-kementerian dalam usaha untuk menguruskan perbelanjaan mengurus atau 'operating expenditure' (opex) dengan berkesan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) melihat kenyataan menteri tersebut secara positif dan ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan seperti berikut:

Pertama, ini merangkumi pertindihan fungsi agensi-agensi kementerian telah lama wujud dalam pentadbiran kerajaan.

Kedua, pelbagai pihak telah membangkitkan masalah berikutan pertindihan seumpama, khususnya kesan pertindihan terhadap tatakelola, pelaksanaan dan koordinasi dasar kerajaan sehingga menjejaskan keupayaan kerajaan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Ketiga, kerajaan sedang berdepan dengan era penurunan mendadak pendapatan daripada hasil sumbangan berkaitan petroleum dan produk petroleum.

Keempat, kutipan hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada suku kedua tahun ini berkurangan sebanyak 30 peratus atau RM3.1 bilion, iaitu daripada RM10.2 bilion pada suku pertama 2016 kepada RM7.1 bilion pada suku kedua.

Dalam keadaan sedemikian, kenyataan Menteri Kewangan menonjolkan kebijakan dasar dan betapa kerajaan harus mengambil tindakan segera apabila Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2017 minggu depan.

Seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, pertindihan fungsi kementerian dan agensi berkaitan bukan sahaja menjejaskan tatakelola tetapi juga menyumbang kepada pelbagai bentuk pembaziran.

Dalam keadaan ekonomi hari ini, pembaziran adalah satu bentuk kegagalan keupayaan kerajaan yang begitu menonjol.

Tetapi apa yang tidak dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua ialah, penelitian kabinet pimpinan Perdana Menteri menunjukkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan kementerian yang paling banyak bertindih dengan kementerian-kementerian lain.

Sesungguhnya, terdapat satu trend di mana setiap Perdana Menteri baharu cenderung membentuk agensi baharu dan melakukan rombakan tertentu sehingga bilangan agensi JPM meningkat dan bertindih dengan agensi kementerian lain.

Trend ini begitu terserlah setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan juga setelah Najib menggantikan Pak Lah.

Sesungguhnya, JPM adalah agensi utama yang mempunyai kontroversi di mana peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan kementerian.

Dengan demikian, JPM harus diteliti semula aktiviti-aktiviti dan bahagian yang berkenaan serta membuat penyusunan semula bagi mengatasi masalah pertindihan tersebut.

Jabatan Perdana Menteri terlalu besar.

Daripada penelitian terkini portal rasmi JPM , terdapat 93 entiti, merangkumi 58 jabatan, 15 badan berkanun, 14 syarikat, lima yayasan, dan satu pertubuhan antarabangsa di bawahnya.

Banyak 'agensi' JPM didapati memaparkan fungsi yang sama atau hampir sama dengan kementerian lain.
Penghapusan agensi tertentu, susun semula agensi-agensi tertentu dan pemindahan kuasa agensi-agensi tertentu daripada JPM kepada kementerian lain, bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, tetapi juga mengangkat kedudukan kementerian-kementerian tertentu yang agak tersisih, malah dapat mengembalikan kuasa kepada kementerian-kementerian tertentu yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa tertentu sehinggalah kuasa sedemikian dipindah ke JPM.

KPRU telah membuat kajian atas sejumlah besar 'agensi' di bawah JPM.

Berdasarkan butiran-butiran Bajet 2016, seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU di bawah, terdapat 12 'agensi' yang didapati bertindih dengan agensi atau kementerian lain dan 10 'agensi' kewujudannya boleh dipertikaikan apabila dibandingkan dengan agensi lain, atau kementerian lain, atau dipertimbangkan kontroversi fungsinya.

Jadual KPRU: 'Agensi' JPM yang bertindih dengan kementerian lain

Butiran'Agensi' JPMBertindih dengan kementerian lainBoleh dipertikaikan apabila dibandingkan
010300

010400

16200

16300
Kawal selia Felda

Seranta Felda

Projek Jalan Felda

Projek Sistem Bekalan Air Felda

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
Cadangan: Felda di bawah jagaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
010500


30000
Bahagian PERMATA

Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Care and Education-ECCE)
Kementerian PendidikanKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
010900Biro Tatanegara
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN);
Catatan: Biro Tatanegara satu agensi yang penuh dengan kontroversi
020000


020300
Unit Perancang Ekonomi (UPE)

Malaysian Development Institute (MDI)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)Cadangan: UPE wajar diutamakan berbanding PEMANDU
030000Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan  (PEMANDU)Cadangan: UPP wajar diutamakan berbanding PEMANDU
140000 & 140100Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
Persoalan: Apa beza Bahagian Hal Ehwal dengan Agensi?
160000, 530400, 540400 & 18000Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
220000






230000
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak)

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah)
Kementerian Pengangkutan
270000Pejabat Tanah dan Galian Wilayah PersekutuanKementerian Sumber Asli dan Alam SekitarKementerian Wilayah Persekutuan
330000




04200
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Projek-projek PERDA

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
370000Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)Unit Perancang Ekonomi (UPE)
390000Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)Kementerian Pengangkutan
410000 & 83000Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT)Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiKementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
440000 & 92000Agensi Inovasi Malaysia (AIM)Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
450000TV AL-HIJRAH
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
460000Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
470000 & 90000Talent Corporation Malaysia Berhad (TALENTCORP)Kementerian Sumber Manusia
490000 & 00110Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
500000Majlis Profesor Negara (MPN)
Kementerian Pendidikan Tinggi
540700





98000
NKEA – (Oil, Gas, Energy) (Malaysia Nuclear Power Corporation)

Malaysia Nuclear Energy
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Nota: 'Agensi' merujuk kepada entiti yang wujud, termasuk agensi, lembaga, bahagian, unit dan seumpamanya menurut konteks perbincangan artikel ini.
Sumber: Bajet Negara 2016

Sebagai contohya, PERMATA yang fokus dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bertindih dengan Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dalam pendidikan awal atau prasekolah.

Oleh itu, PERMATA lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjaga kebajikan kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau di bawah Kementerian Pendidikan.

Pandangan pakar pendidikan wajar diambil kira sebelum keputusan dibuat.

Selain itu, PERDA adalah lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang kini telahpun mempunyai lembaga-lembaga yang mirip dengan PERDA bagi negeri lain, iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga pernah berkata PERDA lebih sesuai dikendalikan oleh KKLW berikutan fokus utama agensi berkenaan yang menumpukan kepada projek pembangunan luar bandar dan wilayah.

Seterusnya, salah satu agensi yang sering dibincangkan adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD berlaku pertindihan dengan Kementerian Pengangkutan dalam hal ehwal kereta api (KTM, LRT, ERL) di Semenanjung Malaysia.

Melalui Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD telah mengambil alih Jabatan Keretapi Malaysia (beroperasi di Semenanjung), yang selama ini mentadbir melalui Akta Keretapi 1991.

Oleh itu, SPAD yang bertanggungjawab dalam hal ehwal segala kenderaan perdagangan darat lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk pemantauan pengangkutan awam dengan lebih berkesan.

Dengan perbincangan dan cadangan di atas, kami berharap masalah pertindihan fungsi kementerian dan agensi kerajaan dapat diselesaikan bagi mengembalikan kuasa kementerian yang telah diambil oleh JPM, melicinkan tatakelola kerajaan, dan yang penting memenuhi objektif penjimatan yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua.

Justeru, kami berasa cadangan ini harus dibawa ke Bajet Negara 2017 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib.

Dikeluarkan oleh,
Ooi Heng, Pengarah eksekutif KPRU.
-MalaysiaGazette

Tuesday, October 11, 2016

Siasatan Switzerland saksikan 'derma' RM2.6b jadi tumpuan semula



Tindakan pihak berkuasa Switzerland memaparkan urusniaga yang dipersoalkan membabitkan Falcon Private Bank sekali lagi menjadikan "derma Arab" RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tumpuan.

Antara lain, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) memaparkan urus niaga dana berkaitan 1MDB berjumlah AS$681 juta dan pemulangan semula AS$620 juta.

Pihak berkuasa Swiss, bagaimanapun, tidak memberikan butiran tentang bagaimana AS$681 juta itu berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan, tetapi jumlahnya sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib pada tahun 2013.

Pada Januari tahun ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ketika membebaskan perdana menteri daripada sebarang salah laku, mendedahkan bahawa Najib telah memulangkan sejumlah AS$620 juta kembali kepada "penderma" itu beberapa bulan kemudian.

Tidak segera balas e-mel

Sementara itu, Finma juga mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".

Walaupun ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu, namun spekulasi bertiup kencang bahawa pihak berkuasa Switzerland menunjuk kepada Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.

Low juga adalah antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.

Menonjolkan persamaan antara urusniaga Falcon dan "derma" kepada Najib, agensi berita perniagaan Bloomberg juga cuba mendapatkan ulasan Pejabat Perdana Menteri mengenai kenyataan Finma itu.

"Pejabat Najib tidak segera membalas e-mel bagi mendapatkan ulasan berhubung kenyataan Finma," katanya.

Perdana Menteri berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan menyalahkan dakwaan itu didalangi individu dan kumpulan yang berkomplot untuk menjatuhkannya.

Kenyataan Finma, dan arahan pihak berkuasa Singapura supaya cawangan bank Falcon di republik itu ditutup berlaku ketika Sarawak Report dalam laporan terbarunya mendakwa bahawa RM3.5 juta dalam bentuk tunai dimasukkan ke dalam akaun bank Najib pada sekitar Februari dan Mac, 2015.

Memetik kebocoran maklumat siasatan, ia mendakwa akaun berkenaan diuruskan oleh bekas Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

Nik Faisal adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.

Rakyat Tidak Mudah Di Bohong..!



Cukup cukup la berbohong..! Rakyat bukan dungu untuk menilai apa yang berlaku..!

Anda Pegang 3 perkara ni ,nescaya kita faham permainan politik jahat yg dimainkan oleh UMNO dan PAS mengatakan cina nak rampas kuasa
1.YDPA/Raja2 Melayu sbg payung menjaga hak melayu di Msia bwh Fasal 32 dan Fasal 70 Plembagaan Psekutuan
2.Hak keistimewaan org melayu Fasal 152 dan 153
3.Tanah Rezab Melayu Fasal 89
Nak ubah kena ada 2/3 majoriti parlimen 148 kerusi 
PRU13 DAP bertanding 51 kerusi dan menang 38
*Kawasan majoriti melayu*
80% 46 krusi- 45 Umno 1 MCA
60-79% 42 krusi- 41 Umno 1 MCA
Kwsn majoriti melayu 60-80% dkuasai parti melayu Umno
2 kerusi ditandingi MCA
Hj Hadi dan Najib Tun Razak tanam ke dlm pemikiran melayu PAS/UMNO bahawasanya DAP nak rmpas kuasa .Hj Hadi dengan menggunakan status ulama dari dirinya yg berpengaruh untuk rakyat ( org melayu ) supaya ramai mendengar arahannya.
Isu ini dicipta untuk menakut2kan org melayu terutama pengundi bagi mengekalkan kuasa politik yg sedia ada.

Klu DAP bertanding maksima kerusi campuran skitar 90 krusi...blm ckup dpt 2/3 untuk membuat pindaan perlembagaan
Kerusi bercampur2 ada maksimum 90 kerusi.Kalau DAP bertanding menang 90 kerusi sekali pun tak boleh memerintah Malaysia .Harus bergabung dgn kerusi majoriti melayu 120 kerusi.
Nk ubah plembagaan msia perlu 2/3 bersamaan 148 kerusi
Kalau semua 90 calon MP dari org cina menang skali pun ,melayu tetap ada lebih 120 kerusi
Melayu - umno pas keadilan amanah
Dap plg byk bertanding 50-51 krusi klu campur smua parti2 non bumi/malay sabah sarawak tak boleh memerintah malaysia
Sabah Sarawak ada 56 kerusi...kerusi majoriti melayu/melanau/umno/pbb ada 25 baki bcampur 31.
Klu 31 non-malay bergabung dgn Dap 60 kerusi baru lbh kurang 90-91 kerusi.
Itu sahaja kerusi maksima bkn melayu di msia
*MP Melayu Islam dlm parlimen di pihak pembangkang*
1.PKR 16
2.Pas 14
3.Amanah 6
4.Dap 2

Total 38
*Jumlah MP Melayu dlm parlimen*
1.Umno 88
2.Pkr 16
3.Pas 14
4.Amanah 6
5.Dap 2

126 kerusi
MP bkn Islam Keadilan sekarang ada 14
*SILA VIRALKAN KESEMUA GROUP ANDA BAGI MENERANGKAN KEPADA RAKYAT YANG MASIH TIDAK TERBUKA MINDANYA DALAM CORAK PEMERINTAHAN MALAYSIA*

Kebangkitan rakyat mempertahankan watan tercinta..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rakyat Malaysia Masih Ingat..!



Jerat tak pernah lupa pelandok..!

Takkan saya nak guna akaun dalam negara

SEMENYIH - "Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Iftar Bersama Rakyat Selangor di sini, hari ini.

"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya.

"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara," katanya  lagi.

Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.



Dah saman WSJ ke belum???

SIapa yang cakap tak serupa bikin???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dr M harap tiada lagi permusuhan antara dia dan Anwar


Posted: 10 Oct 2016 08:12 PM PDT
Selepas salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.
"Saya sudah berdamai," kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.
Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.
Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:
"Saya patut harap begitu".

Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

"Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah)," katanya.
Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.
Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.
"Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri)."
Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur "jarak kerjasama" tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS.

Siasatan dana 1MDB: S'pura tutup sebuah lagi bank


Posted: 10 Oct 2016 08:15 PM PDT
Pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menarik balik status bank perdagangan Falcon Private Bank Ltd cawangan negara itu susulan kaitannya dengan aliran dana berkaitan 1MDB.
MAS mengumumkan perkara itu susulan "kegagalan serius kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juta cawangan Singapura".
Kenyataan itu menambah: "MAS juga mengenakan denda kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana melanggar keperluan AML MAS."
Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap aliran dana berkaitan 1MDB melalui ketiga-tiga bank itu antara Mac 2013 dan Mei 2015.

MAS bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa kawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).
Falcon menjadi bank kedua ditutup, selepas bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.

Tun M: GST dimansuh, ikut gaya Selangor jika menang


MELAKA, 11 OKT: Pakatan pembangkang komited membantu rakyat dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Pengerusi Parti Pribumi Rakyat Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan Perdana Menteri itu berkata Pakatan juga berusaha sedaya upaya membantu rakyat dengan apa cara sekali pun seperti dilakukan Kerajaan Selangor.

"Apabila Datuk Seri Najib dijatuhkan, maka kita pulihkan semula negara ini. Kita hapuskan GST. Kita bantu rakyat seberapa yang mungkin seperti yang dilakukan Selangor.
"Selangor ini kaya, dia boleh bagi air percuma tetapi Kedah tak bolehlah sebab negeri miskin, kena caj juga tetapi kita boleh kurangkanlah," kata Mahathir pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelasnya, kerajaan baru itu nanti sedia membantu rakyat sebaik mungkin termasuk mempermudahkan permohonan lesen kepada peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
Katanya, 'kerajaan menanti' itu juga akan membantu masyarakat untuk berdiri di atas kaki sendiri melalui pelbagai kursus bagi membolehkan golongan terbabit memperolehi pekerjaan dengan bayaran upah setimpal.
"Cara Najib sogok rakyat, dia bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tak payah kerja, bagi BR1M. Ini tak baik tuan-tuan. Sepatutnya kita dapat duit dengan tenaga yang kita sumbang. Kalau dia tak tahu kerja kita hantar dia belajar dengan biasiswa. Itulah caranya bukan dengan cara kita bagi duit," katanya lagi.
Jelasnya lagi, bagi tujuan itu kerajaan baru itu nanti berusaha meningkatkan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat.
"Bagaimanapun untuk dapatkan itu semua, mula-mula tuan-tuan kena jatuhkan Umno dan Najib terlebih dahulu," kata Dr Mahathir.

3 wakil rakyat Kedah langgar keputusan Pas tidak sertai Bersih


08 Oktober 2016 | BORHAN AHMAD
Amirudin, Mahfuz dan Nasir menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani semalam.

Walaupun Pas secara rasmi menolak tawaran untuk bersama-sama Bersih 5, namun tiga wakil rakyat Pas di Kedah melanggar keputusan itu.
Ketua pembangkang Dun Kedah, Datuk Amirudin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa serta ahli parlimen Kuala Kedah Datuk Mahfuz Omar menyertai konvoi Bersih semalam.
Amirudin turut berucap di pentas Bersih 5."Berani bersama Bersih walaupun ditegah oleh pemimpin Pas Kedah serta Pusat," tulis Aris Awang, pemimpin Amanah Kedah dalam facebooknya.
Mereka menyertai konvoi Bersih yang diadakan di Sungai Petani semalam selepas kumpulan konvoi ini memulakan perarakan mereka di Kangar, Perlis 1 Oktober lalu.
Sebelum ini, Amirudin telah meletakkkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah dengan alasan tidak dapat memikul arahan dari Pas pusat.
Beliau yang baru pulang dari menunaikan fardhu haji turut memberikan ucapan di perhimpunan konvoi Bersih 5 itu.
Konvoi Bersih 5 akan berakhir di Kuala Lumpur 18 November depan sebelum perhimpunan besar pada keesokan harinya di Dataran Merdeka.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Pas secara rasmi telah menolak untuk menyertai Bersih 5 walaupun dipujuk hampir tiga minggu oleh pemimpin Bersih.
"Saya mengambil masa tiga minggu untuk memujuk mereka agar menyertai Bersih 5, tetapi Pas tetap menolaknya," kata Maria Chin Abdullah, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Amanah.
Katanya, selain beliau, ahli jawatankuasa pemandu yang lain juga menghubungi pemimpin Pas, namun ditolak.
"Kami hubungi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden), Datuk Mustafa Ali (pengarah pilihan raya), Idris Ahmad (naib presiden) dan lain-lain lagi. Selepas bermesyuarat, mereka menolak untuk menyertai Bersih 5," kata Maria kepada mingguan Amanah.

"Takutnya Saya Dengan Ekonomi Negara Sekarang...", Datuk Terlajak Laris' Luah Rasa Bimbang.

"Takutnya Saya Dengan Ekonomi Negara Sekarang...", Datuk Terlajak Laris' Luah Rasa Bimbang.

Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari meluahkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi negara yang dilihatnya semakin menghimpit dari sehari ke sehari.
Alif Syukri, yang terkenal dengan nama 'Datuk Terlajak Laris', meluahkan perkara itu menerusi Facebook rasminya.
Menurut belau, peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan selain mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.
Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.
“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Melihat kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.
“Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.
Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.
Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.
“Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia, saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia yang bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf; seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi.
"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?", tulis Alif
Selain itu, beliau juga berkata kerana keadaan ekonomi sekarang, ramai pekerja yang terpaksa berniaga secara 'part-time' kecil-kecilan sekaligus menimbulkan perasaan bimbangnya jika kadar peniaga dan pembeli tidak seimbang.
“Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga secara 'part-time', sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.
"Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami", tulisnya mengakhiri status itu.

Perbezaan Minda dan pemikiran antara pimpinan di bawah dan diatas didalam PAS ketika ini


Setiap hari semakin banyak isu semasa yang perlu kepada penjelasan pimpinan Pas atasan. Pimpinan Pas bawahan menunggu dengan penuh sabar. Sekiranya tidak dijawab, maka seolah-olah pihak atasan mengesahkan segala perkara yang dibangkitkan oleh parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Pan) dan Dato Husam Musa adalah benar.
Pimpinan Pas bawahan sudah banyak kali berpesan sebelum ini supaya beringat dengan Dato Husam ini. Tindakan pecat Dato Husam ibarat serah ulu golok kepada pihak Amanah dan Pas pegang mata golok yang tajam. Pas akhirnya terluka dan menderita.
Segala maklumat dalaman parti dan kerajaan negeri serta hubungan baik dengan jentera parti dan kerajaan menjadikan maklumat dan hujjah anak buah alMarhum Tok Guru Nik Aziz ini sukar untuk dipatahkan. Parti Pan mendapat semangat baru dengan kemasukan Dato Husam. Hampir setiap hari DH turun mengadakan majlis dialog dan menubuhkan cawangan amanah di seluruh Kelantan.
Kalau isu pejabat Pas Dun Salor yang bertukar warna oren sudah jadi isu makan diri Pas sehingga  seorang pemimpin Pas digelar sebagai pembohong apabila mendakwa tanah asal pejabat dun salor tersebut adalah tanah kerajaan. Bukti dokumen geran tanah dan saksi bekas Adun Salor Dato Rosli  menafikan sebaliknya.
Isu balak yang terbaru lebih merungsingkan pimpinan bawahan kerana ianya ibarat bom jangka yang menunggu mangsanya. Senarai pembalak yang rapat dengan pimpinan atasan sudah dibongkar sedikit demi sedikit oleh Dato Husam. Dokumen-dokumen penting dijangka dikeluarkan selepas ini bagi membuktikan ada pimpinan Pas atasan yang juga mendapat habuan dari tauke-tauke balak ini.
Pas dijangka akan terus tersepit apabila Usul RUU 355 tidak dibentangkan dalam persidangan Parlimen dalam bulan Oktober sebagaimana diwar warkan sebelum ini. Ahli-ahli Parlimen Pas akan diperhatikan setakat mana mampu berhujah mempertahankan usul Ruu A355 tersebut oleh tuan guru Presiden sendiri. Jangan pula ada yang menyokong sambil duduk sahaja tanpa berani bangun berhujah dengan puak sekular umno, mca, mic, dap dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang telah isytihar menolak Ruu 355 tersebut.
Tiada isu lain lagi bagi Pas untuk terus menuduh Dap sebagai anti Islam sekiranya Ruu 355 ini gagal. Isu penyelewengan 1mdb dan persempadanan semula pilihanraya Pas masih senyap tanpa suara dan tindakan. Amat pelik apabila Bersih 5 juga Pas tidak akan sertai pada kali ini dalam keadaan parti-parti lain membuat bantahan persempadanan pilihanraya yang dijangka memberi kelebihan kepada Umno-Bn.
Apa nak jadi tentang nasib masa depan Pas,  pimpinan Pas bawahan hanya tunggu dan lihat. Sekiranya jawapan diberi tidak memuaskan hati, maka jangan harap kita kekal istiqamah dengan Pas. Kemungkinan besar kita juga akan berhijrah ke arah parti baru ( Pan dan Bersatu) yang jelas akan menolak parti zalim Umno-Bn sebagaimana kehendak alMarhum Tok Guru Nik Aziz sejak dulu lagi.
Pemimpin Pas Bawahan

Bekas blogger UMNO BN mohon maaf dan dedah kerja buat mereka burukkan pembangkang suatu masa dahulu


Teringat dulu masa sebelum PRU13. Kami semua di feed kan untuk sebarkan agenda BERSIH konon songsang. Saya sampai keluarkan duit sendiri taja belanjan & tenet pada kawan-kawan yang tidak berkemampuan untuk berjuang naikkan BN dan fitnah serta burukkan BERSIH, pembangkang & Ambiga.
Macam-macam grafik kami sebarkan dan kami tulis, padahal ia tak benar, masa itu saya ingat BN yang terbaik nak jaga kebajikan rakyat dan negara. Tak sangka pula lepas Najib naik semua jadi sebaliknya
Menyesal saya, sekarang ni kifarah saya terima kerana bantu pemimpin zalim kekal memerintah. Macam mana saya nak tebus semua kembali supaya tahu saya dah buat kesilapan dulu.
Maafkan saya, saya sangat kesal apa yang dah kami lakukan.
Ratu Naga

Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Polis rupanya




LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.

Baca — Samseng Baju Merah terajang penyokong Bersih depan Polis

Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.


Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.

Baca —  Biker langgar kumpulan Baju Merah

Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.

Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.

Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.

Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.

Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.

Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.


Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/lelaki-kena-terajang-samseng-baju-merah.html#ixzz4Ml6cUsQg

PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.


PRESS RELEASE
SUNDAY 9 OCT 2016
PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.
1. Perbuatan kumpulan baju merah untuk bertindak ganas terhadap anggota Bersih 5 sungguh-sungguh memalukan bangsa Melayu.
2. Jelas perbuatan provokasi dengan bertindak agresif secara fizikal mencerminkan sikap tidak bertamadun kumpulan samseng ini.
3. Negara ini adalah sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya bebas menyatakan pendirian mereka. Hak ini termaktub dalam perlembagaan negara.
4. Baju merah tidak mewakili bangsa Melayu. Malahan mereka yang berfikiran cetek ini tidak boleh mendakwa bahawa mereka bertindak secara bodoh dan membuta tuli kerana ingin mempertahankan maruah Melayu. Nyata apa yang mereka lakukan hanya meruntuhkan pandangan masyarakat Malaysia dan dunia terhadap Melayu yang semakin lama semakin bercelaru pandangan mereka.
5. Bersih 5 tidak membawa sebarang isu perkauman. Ia tidak membawa mesej yang memperlekehkan atau berkonfrontasi dengan bangsa Melayu.
6. Apa yang dilakukan oleh Bersih 5 ialah untuk memastikan bahawa isu-isu meruncing dalam negara perlu diselesaikan dengan segera sebelum terlambat.
6. Bersih 5 mahukan negara ini diurus tadbir dengan baik dengan penuh  semangat. Apakah agenda Bersih 5 yang tidak disenangi oleh Baju Merah? Atau adakah Baju Merah sendiri yang mempunyai agenda  tersembunyi?
7.Baju Merah perlu belajar untuk hidup harmoni sebagai anggota masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia perlu keluar dari kepompong perkauman yang telah ketinggalan zaman.
8. Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang telah memukul penunggang motosikal anggota anghota Bersih seperti yang dapat kita tonton dalam video yang telah diviralkan ke seluruh negara.
9. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis terhadap Jamal kerana beliau jelas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bentidak lebih agresif lagi?
10. Siapakah Jamal apabila beliau berani mengeluarkan kenyataan sedemikian? Besar sungguh kah Jamal...atau beliau ada orang besar di belakangnya?
11. GKCM memandang serius tentang tindak tanduk ganas kumpulan bertamadun ini. Pihak polis tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bertindak.
12. Rakyat Malaysia perlu menolak budaya samseng yang dibawa oleh kumpulan ini. Malahan kita perlu menolak pihak yang mendokongi kumpulan ini.
13. GKCM akan membulatkan tekad memberi sokongan yang padu kepada Bersih 5 setelah melihat undang-undang negara diperbodohkan oleh kumpulan Baju Merah.
14. Orang-orang Melayu juga perlu mengasingkan diri daripada kumpulan ini jika tidak mahu dilabelkan sebagai bangsa Melayu yang tidak rational.
BERANI KERANA BENAR
CIKGU KAMARULAZMAN
PRESIDEN GKCM
KENYATAAN MEDIA
AHAD 9 OKT 2016