Sunday, May 29, 2016

Calon BN Kuala Kangsar tidak sertai kempen jejas kemenangan


 
Ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan 'panas'.


Ahmad-Atory-Hussain--Datin-Mastura-Mohd-Yazid-


PETALING JAYA : Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN.

Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan "panas".

"Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut.

"(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar)," katanya.

Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut.

"Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.

Apakah nasib Jho Low ada kaitan nyawa politik Najib?




 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Kontroversi menyelubungi pemilikan Good Star Ltd telah menimbulkan banyak tanda tanya, sebagaimana banyaknya persoalan yang tertimbul daripada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang dikatakan memfitnahnya.

Pengumuman PM bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap WSJ berkaitan dokumen bocor yang didakwa di bawah OSA dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low (Jho Low) telah menimbulkan persepsi betapa seriusnya kerajaan dalam menjaga kesulitan maklumat mengenai Good Star Ltd.

Persoalannya mengapa?

Walaupun kerajaan menegaskan bahawa Good Star Ltd, yang kini sudah dibubar, adalah milik bekas rakan perniagaan 1MDB, iaitu PetroSaudi, namun bukankah pelik kalau kerajaan tidak mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan siapa sebenarnya di sebalik Good Star Ltd berikutan adanya informasi baru?

Bukankah pendedahan mengenai siapa di belakang Good Star Ltd akan membantu menjernihkan sedikit sebanyak mengenai dana 1MDB yang hilang, terutamanya hubungan dan urus niaga 1MDB bersama PetroSaudi yang melibatkan dana sebanyak US1.83 bilion, di mana US1.03 bilion daripada jumlah itu telah disalurkan kepada Good Star Ltd?

Sehingga hari ini, rakyat masih tertanya-tanya apakah peranan Jho Low sebenarnya dalam skandal kewangan 1MDB?

Dengan penyiasatan yang dijalankan di merata dunia, apakah akan terdedah hubungan Jho Low dengan 1MDB dan juga PM juga akan terbongkar satu hari nanti? Apakah nasib Jho Low ada kaitan dengan dengan nasib politik PM?

Bukan itu sahaja, rakyat juga tertanya-tanya di manakah suara PM apabila mengetahui Singapura melalui bank sentral telah memerintahkan penutupan unit bank swasta Swiss BSI yang digunakan 1MDB untuk menyimpan aset-aset dalam bentuk 'unit' yang melibatkan pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman bernilai hampir USD0.94 bilion?

Sebagai PM dan juga Menteri Kewangan, bukankah wajar Najib mengambil berat terhadap kehilangan USD0.94 bilion ini sebagaimana beliau kelihatan mengambil berat mengenai kebocoran dokumen mengenai Good Star Ltd?

Apakah kerana 1MDB telah membayar denda yang dikenakan oleh BNM atas kegagalan menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, maka unit-unit pelaburan yang terletak di BSI Singapura boleh dilupakan begitu sahaja?

Masih terlalu banyak misteri di belakang isu 1MDB yang jawapannya terus dinanti rakyat.

Isu 1MDB ini tentu akan menjadi salah satu topik perbincangan dalam kehangatan kempen PRK nanti.

*  TUAN IBRAHIM TUAN MAN,Timbalan Presiden PAS

Pas tidak akan hilang arah





MSTAR ONLINE
 

PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan muktamar lalu yang menyaksikan berlakunya 'pembersihan' dalam parti itu, di mana Pas kini sinonim dengan golongan ulama, sehingga ada yang melabel Pas terbelakang kerana diterajui ulama.

Selepas tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat bersendirian sebelum memeterai kerjasama dengan Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, mewujudkan pakatan blok ketiga. Timbul desas-desus parti Islam itu tidak lagi relevan dengan politik semasa selain lebih banyak mengambil pendekatan 'selamat' apabila tidak menunjukkan permusuhan dengan musuh politik tradisinya, BN.

Ini menyebabkan Pas dicemuh cuba menjalin hubungan dengan Umno sehingga ramai keliru dengan pendirian Pas. Namun Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi bertegas, Pas tidak hilang arah walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

ROSLINDA HASHIM mengupas intipati Pas Kedah berdepan agenda Muktamar Tahunan Pas ke-62 yang diadakan 1-3 Jun, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

Adakah muktamar merupakan medan melahirkan idea dan pandangan atau sekadar menerima bulat-bulat amanat disampaikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Muktamar Pas Pusat adalah medan untuk perwakilan mewakili kawasan masing-masing memberikan pandangan dan isu yang dirasakan perlu dibawa ke peringkat tertinggi. Ini termasuk buah fikiran yang mampu mengukuhkan kedudukan parti di semua peringkat. Perwakilan bermesyuarat mengikut skop ditentukan dalam perlembagaan Pas. Kita bukan terima bulat-bulat, disebabkan itu ada sesi membahas ucapan dasar Presiden, di mana setiap negeri menghantar wakilnya, Pas Kedah diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Najmi Ahmad.

Apakah usul dibawa Pas Kedah ke muktamar kali ini?

Pas Kedah tidak menapis sebarang usul dibawa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama yang diputuskan dalam muktamar masing-masing. Malah usul yang diluluskan pun saya tidak tahu, kerana mereka berhak kemukakan usul yang difikirkan penting dan menjadi keutamaan. Sayap parti ini diberi keistimewaan bawa usul secara langsung, Pas negeri tiada hak semak atau tapis, tidak boleh kacau daun! Inilah kelebihan Pas amalkan suara demokrasi dalam parti tanpa sekatan, yang termaktub dalam perlembagaan. Usul yang dikumpulkan dilihat jawatankuasa tapisan usul sama ada diterima atau ditolak untuk dibahas.
Walaupun muktamar kali ini lebih tenang berikutan tiada pemilihan jawatan, apa harapan Pas Kedah terhadap muktamar ini?

Gunakan kesempatan ini untuk mendengar amanat Presiden berhubung langkah-langkah politik dan perkara yang menyentuh asas perjuangan dan sumber rujukan, kerana intipati inilah yang sering diulang beliau. Muktamar juga adalah landasan untuk perwakilan dan pemerhati melunaskan persoalan. Saya percaya muktamar ini juga dijadikan medan untuk kupas pendekatan baharu yang akan diperjelas secara terperinci oleh Presiden, huraian ilmiah berhubung 'budaya politik matang sejahtera' termasuk pakatan blok ketiga. Perlu diingat perwakilan kali ini adalah petugas PRU14, yang akan laksana tanggung jawab mengukuhkan jentera dan ukhuwah.

Apa dimaksudkan dengan 'budaya politik matang sejahtera'?
Konsep dibawa Pas pusat ini dijangka menjadi intipati ucapan Presiden untuk dibahaskan. Pimpinan Pusat telah turun ke negeri-negeri untuk huraian kaedah ini. Pas kini menjadi peneraju dalam perubahan paradigma politik melalui pendekatan politik matang dan sejahtera berasaskan syarak dengan berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Politik Islam dibawa Pas berteraskan ketakwaan dan berbeza dengan politik perkauman yang diamalkan di Malaysia selama ini, di mana dipenuhi emosi, pembohongan, permusuhan, fitnah, retorik dan persepsi. Ini antara transformasi Pas mendepani cabaran, perjuangan dan persekitaran politik masa kini.

Pas kini dikatakan 'bersih' daripada golongan progresif yang mahukan modifikasi dalam tatacara perjuangan Pas pada pemilihan lalu. Muktamar ini, Pas dibarisi kumpulan konservatif atau ulama yang menjadi tunjang sejak sekian lama, kumpulan progresif pula sudah meninggalkan Pas, adakah ini menjadikan Pas terbelakang?
Sengaja ditimbulkan persepsi sebegitu, seolah Pas sudah tiada apa-apa, sedangkan Pas sentiasa progresif ke hadapan. Pas sentiasa berfikiran ke hadapan, sebab itulah kita adakan alternatif baharu antaranya budaya politik matang sejahtera. Ada yang cakap keluar semua (progresif) habis lah Pas! Itu hipotesis palsu! Siapa sahaja yang keluar masuk, Pas tetap relevan dengan politik semasa. Semua pihak berikan pandangan, fokus perkara yang perlu ditegah, bangkang isu tidak relevan, inilah pemikiran politik yang kita bawa, jika ada pihak hanya lihat satu sudut sahaja, mereka itulah berfikiran sempit. Parti politik sepatutnya menjadi fasilitator kepada rakyat, berikan pendidikan politik dan sebolehnya tidak meletakkan arah pendidikan hanya dua blok, sebaliknya membantu percambahan minda rakyat. Biar rakyat putuskan pilihan mereka. Jika kita masih lagi lihat kuasa melebihi pendidikan, sampai bila pun rakyat tiada kesedaran. Ahli politik harus ada usaha mendidik rakyat.

Pas didakwa mahu bersendirian sebagai pembangkang, setelah tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya membentuk pakatan blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu. Mampukah Pas bersendirian?
Ini satu lagi persepsi yang sengaja ditimbulkan seolah Pas bersendirian. Kita ambil pendekatan tubuhkan blok ketiga untuk beri peluang kepada parti yang boleh terima pendekatan Pas. Berpisahnya Pas dengan DAP kerana konsep awal 'bersetuju untuk tidak bersetuju', dari situ bermulanya bibit perpecahan kerana mereka tidak boleh terima konsep itu, menyebabkan Pas dilihat sebegitu. Namun hubungan dengan PKR masih terjalin, cuma kurang pasti pendirian mereka. Ikatan rakan kerjasama pertama bawah blok ketiga, saya yakin tahun akan datang akan ada kekuatan lain sertai kami.

Pelbagai perubahan berlaku dalam Pas, adakah Pas masih tercari-cari arah menjelang PRU14?
Perubahan antara pendidikan politik kepada rakyat, Pas sentiasa turun padang memperjelas isu dan kukuhkan jentera di akar umbi. Kita tidak bergantung pada arah angin. Kita jumpa akar umbi demi kelangsungan Pas. Ingin ditegaskan, Pas tidak hilang arah walau tidak lagi bergandingan dengan DAP/PKR. Kami ada kekuatan sendiri untuk bergerak seiring perubahan zaman/politik. Ada perkara boleh berubah, ada statik. Pendekatan kita ikut suasana semasa dan penerimaan rakyat. Kebijaksanaan pimpinan perlu ada untuk yakinkan rakyat bahawa Pas bukan parti sempit, sebaliknya berfikiran luas.

Tuesday, May 17, 2016

Rafizi: Peringatan Anwar tepat pada masanya



 Surat lapan halaman tulisan tangan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tepat pada masanya, kata Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli.
Katanya, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan.
Lebih penting lagi, ia mengingatkan pemimpin parti itu bahawa tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi kepadaMalaysiakini.
Memandangkan mesej itu telah diketahui umum, Rafizi berkata beliau pasti pemimpin parti, dari akar umbi hingga ke peringkat nasional, akan merenung dan menyesuaikan semula tumpuannya.
Apabila kandungan surat itu pertama kali disiarkan di satu laman Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang, Naib Presiden parti itu, Shamsul Iskandar Md Akin telah menafikannya, dengan berhujah bawa Anwar terus menyokong deklarasi itu dan objektifnya.
Bagaimanapun, Rafizi (gambar) kemudiannya mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen, yang membayangkan kemungkinan PKR berpecah berkaitan dengannya.
Bagi surat itu sendiri, ia menggambarkan Deklarasi Rakyat itu sebagai dokumen Mahathir pada dasarnya, cacat dan tidak selaras dengan agenda reformasi PKR.
Surat itu dibuat selepas Mahathir mengumumkan lebih daripada satu juta orang telah menandatangani deklarasi tersebut.

DERMA ARAB SAUDI..


3 BULAN LEPAS, kata Menteri Luar Arab Saudi..
"Funds deposited into M'sia PM's accounts NOT DONATION, but investment.."

BULAN LEPAS, tiba2 Menteri Luar Arab Saudi kata plok..
"Confirms DONATION to Najib came from saudi Arabia.."

HARI INI PULA, kata Putera Arab Saudi...
"I have no background on that.."

NAMPAK TAK !!!

SEHINGGA KE HARINI.. BELUM ADA LAGI pengesahan secara rasmi/ kenyataan rasmi dari Kerajaan Arab Saudi tentang derma tersebut.

YANG ADA PON.. hanya kenyataan yang SALING BERCANGGAH SATU SAMA LAIN setiap kali kenyataan dikeluarkan oleh individu/ menteri2 Arab Saudi sebelum ini.

HANYA pemakan dedak gred A sahaja percaya & tahu dari siapa.

11 Isi Penting Surat Anwar Yang Kita Perlu Tahu..



Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia.

Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat.

Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini:

(1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme.

(2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

(3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi.

(4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah”. Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. “Dokumen Tun M” itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi.

(5) Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah.

(6) Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal.

(7) Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah.

(8) Kumpulan elit penguasa hanya berusaha menyelamatkan Umno. Memetik penyair Inggeris William Shakespeare, Anwar berkata “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

(9) Anwar mengutuk sikap tidak peka yang mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah (anaknya) membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir. Hasrat mengambil hati Mahathir dengan menuntut pengorbanan keluarganya, terutamanya selepas cemuhan bekas perdana menteri itu, sangat tidak berhati perut.

(10) Dakwaan Najib menghantar Zahid bertemunya di Hospital Kuala Lumpur ketika beliau dimasukkan ke wad baru-baru ini adalah fitnah untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan.

(11) Anwar berasa sugul. Derita di penjara tidak sekusut perkembangan terkini PKR apabila idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Memetik penyair terkenal Indonesia Tawfiq Ismail, Anwar mengetengahkan sajak yang mengingatkan wujudnya golongan pengkhianat, penjilat dan pahlawan jadi-jadian dalam perjuangan ~ Malaysiakini

Sunday, May 15, 2016

Ohsenyum: (11 Gambar) Perkara Yang Pertama Berlaku Di Dunia



Semuanya adalah yang pertama berlaku di dunia.......banyak benda yang mungkin korang tak tahu......jom tengok sepenuhnya....












Ohsenyum : (6 Gambar) Kenapa Negara Kita Dikenali Di Switzerland


mungkin ramai tak tahu, kenapa negara kita dikenali di Switzerland.....antaranya tengok ini sepenuhnya.......









Mengkhianati UmNO





 

Oleh Tun Mahathir

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan MalayanUnion dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB


shahbudindotcom


GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

5. Oleh itu, atas sebab-sebab yang disebut saya sekali lagi menyeru agar Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai "Rahsia Rasmi",  diubah  kepada "untuk tatapan umum". Saya juga membuat seruan ini kerana mengikut Perlembagaan, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebenarnya berhak mendapat Laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada 16hb Mei, 2016. Isu-isu yang dibangkitkan itu amat penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa Laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Saya mengulangi juga keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Najib supaya Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil penyiasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat. Dalam membuat keputusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
14 Mei 2016 bersamaan
7 Syaaban 1437H.


Di atas adalah kenyataan akhbar oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang secara kesimpulannya mahukan kerajaan segera menarik balik label Akta Rahsia Rasmi atau OSA terhadap Laporan Audit mengenai 1MDB, sebaliknya diubah untuk tatapan umum berikutan wujudnya pelbagai kesangsian terhadap Laporan PAC dibentangkan di Parlimen kerana terdapat beberapa ayat dalam laporan itu didapati telah dipadamkan.

Ini adalah permintaan kali kedua oleh Tengku Razaleigh terhadap pembebasan Laporan Audit 1MDB daripada OSA di mana kali pertama beliau berbuat demikian pada 23 April lalu iaitu selepas bersama-sama Najib menghadiri majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba di Melaka.

Dengan sudah dua kali berbuat demikian dalam tempoh yang singkat, sekurang-kurangnya menggambarkan keprihatinan Tengku Razaleigh terhadap masalah 1MDB yang menjadi perbualan seluruh rakyat, lebih-lebih lagi sesi Parlimen akan memulakan sidangnya pada Isnin, 16 Mei ini.

Maka, jika Najib benar-benar jujur, ikhlas dan tiada apa yang cuba diselindungkannya, beliau seharusnya segera membenarkan Laporan Audit 1MDB itu bebas untuk ditatap, dibaca dan dianalisa oleh Ahli-Ahli Parlimen dan sesiapa saja menjelang sesinya yang akan datang ini.

Kepada Tengku Razaleigh pula, jika Najib terus buat "selamba" dan "keras kepala"  dengan tidak mengendahkan sama sekali dua kali desakannya ini, ada baiknya jika beliau segera bertindak menarik balik sokongan yang pernah diberikan sebelum ini kepada Perdana Menteri melalui kesediaan menandatangani Deklarasi Kelantan.

Hakikatnya jika Najib seolah-olah masih mahu melindungkan sesuatu berkaitan 1MDB, tidak guna sama sekali beliau terus diberikan sokongan, tambahan pula Deklarasi Rakyat sudah pun mendapat 1,271,997 tandatangan dan akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Bertindaklah, Ku....

PRK: Pas tak akan beri kemenangan percuma


PRK: Pas tak akan beri kemenangan percuma
Tuan Ibrahim Tuan Man


BUKIT MERTAJAM - Pas tidak akan sesekali memberi kemenangan percuma kepada BN dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas telah bersedia untuk menempuh kedua-dua PRK berkenaan dan yakin akan mencapai keputusan yang membanggakan.

Menurutnya, gerak kerja untuk kedua-dua PRK berkenaan telah disusun dan semua jentera dari seluruh semenanjung akan turun ke dua-dua lokasi berkenaan bagi menjalankan kempen.

"Saya sebagai orang politik malulah nak beri kemenangan percuma kepada mereka (BN) dan Pas tidak akan sesekali berbuat demikian,"katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang kali ke-36 di sini, sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut']

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas negeri, Fauzi Mohd Yusof dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden .

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mahu pembangkang mempertimbangkan untuk memberi kemenangan percuma kepada BN dalam kedua-dua PRK yang akan bermula 5 Jun depan.

Annuar sebelum ini berkata, BN pernah melakukan perkara yang sama di Dun Chempaka ekoran pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai senarai calon, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima empat nama untuk PRK Sungai Besar manakala tiga nama untuk PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, senarai nama yang diberikan itu akan diteliti oleh Majlis Syura terlebih dahulu untuk mengesahkan kelayakan.

Katanya, selepas diteliti kesemua nama itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk diputuskan calon yang akan bertanding pada kedua-dua PRK berkenaan.

"Setakat ini hanya itu sahaja (senarai calon) yang kami terima bagaimanapun sekiranya ada senarai nama lain kita masih boleh pertimbangkan kerana masih awal lagi sebelum menempuh PRK pada Jun depan,"katanya.

Bila Pakatan Harapan terpaksa bergantung pada PAS...


Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Reaksi rasmi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap isu kononnnya PKR mempelawa PAS kembali pada gabungan pembangkang menyerlahkan dinamika politik parti-parti musuh Umno-BN hari ini.
 
Pertama sekali, Wan Azizah mengesahkan bahawa pelawaan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali tidak mewakili partinya kerana itu hanyalah inisiatif peribadi. 
 
Kedua, reaksi itu juga menggambarkan bahawa PKR masih akur pada protokol politik Pakatan Harapan di mana setiap langkah politik harus diatur dan dipersetujui bersama. 
 
Lantas, ia membawa mesej perbalahan berhubung pembahagian kerusi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak awal Mei lalu, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap "rasmi" dan ada kemungkinan ia juga bersifat inisiatif peribadi.
 
Kemungkinan ketiga ialah, penjelasan Wan Azizah ini boleh dibaca sebagai ada masalah komunikasi dalam PKR di mana timbalannya dilihat  membuat keputusan yang tidak dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat parti. 
 
"Ia bukan pelawaan daripada kami, ia adalah daripada menteri besar (Azmin)," kata Wan Azizah.
 
Apabila diminta komen beliau mengenai syor PAS supaya PKR menyertai blok pembangkang dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Wan Azizah berkata ia adalah reaksi PAS terhadap jemputan Azmin.
 
"Biar saya jelaskan bahawa ia bukan satu langkah perdamaian (PAS). Ia hanya reaksi kepada jemputan oleh menteri besar," kata Presiden PKR itu.
 
Isnin lalu, Azmin menggesa parti-parti pembangkang  'bermuhasabah' dan sekali lagi berjuang dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu pakatan.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohammad Amar Abdullah sebaliknya mencadangkan PKR perlu menyertai 'kuasa ketiga' mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak menginsafkan banyak pihak terutamanya Pakatan Harapan bahawa pertelagahan sesama sendiri hanya menguntungkan Barisan Nasional. 
 
Malangnya, PH tiada pemimpin berkarisma untuk merapatkan kembali hubungan kerjasama politik sesama mereka sendiri. 
 
Dalam hubungan ini, PAS sudah awal-awal lagi membuat "tempahan politik" bahawa ia pasti meletakkan calonnya dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 
 
Kemuncak iltizam PAS ini ialah apabila Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran bahawa PAS tidak akan berganjak daripada keputusan untuk meletakkan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan. 
 
Beliau juga mengingatkan bahawa jika pembangkang tidak mahu kedua-dua kerusi PRK itu terlepas ke tangan Umno-BN maka "janganlah menganggap bahawa PRK berkenaan adalah tempat menguji populariti" sahaja.
 
Umum tahu amaran itu bulat ditujukan kepada Parti Amanah Negara (PAN). Dalam PRN Sarawak PAN meletakkan 13 calon, dua lebih daripada PAS. Ini membuktikan bahawa PAN memang menganggap PAS adalah musuh hakikinya. 
 
PAN kelihatan tidak sabar mempamerkan kekuatan politiknya. Selepas merasakan nikmat berkongsi kuasa dengan DAP, PKR dan PAS di Selangor, PAN  jelas mengidamkan kedudukan politik lebih besar dan berpengaruh. 
 
"Jika mereka berprinsip, PAS sepatutnya keluar dari Selangor," bidas Setiausaha Agung PAN, Haji Anuar Tahir yang kurang senang PAS hanya mahu berunding dengan PKR dalam isu membabitkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
"PAS sepatutnya sudah lama keluar dari (kerajaan negeri) Selangor. Tinggalkan kerusi mereka selepas menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menubuhkan blok pembangkang baru. 
 
"Itulah sikap PAS pentingkan diri sendiri…sebab itu mereka berpecah (dari Pakatan Harapan) dan bentuk blok Ketiga bersama Ikatan pula. Kononnya mahu letak PAS dalam kelas tersendiri, realitinya mereka pentingkan diri.
 
"PAS fikir ini pilihanraya Selangor agaknya, sebab itu mereka hanya mahu bincang dengan PKR. Sudah pasti ajakan kepada PKR mempunyai kepentingan sendiri, terutama kepentingan mereka dalam negeri Selangor," katanya.
 
PAN kelihatan tidak sabar kerana tidak selesa membayangkan PAS menjadi rakan kongsi dalam blok pembangkang. Ia khuatir PAS mengambil keputusan memperbaharui tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.
 
Bagaimanapun sebagai sebuah parti sekular lagi pragmatik, DAP juga mungkin masih menyesali akibat bertelagah dengan PKR di dalam PRN Sarawak. Persaingan dengan PKR dan PAS adalah satu pengalaman perit. 
 
Jika ia tidak ramah dalam dialog dengan PAS, ada kemungkinan keadaan akan bertambah kusut dan ia akan kehilangan rakan dalam bentuk PKR pula. Justeru ia pasti terpaksa bersikap terbuka dan berbaik dengan PAS.
 
Ada dua persoalan yang timbul di sini. Adakah DAP akan bersetuju PAS bertanding dalam kedua-dua PRK? Jika ia, bagaimana pendiriannya sebelum ini bahawa ia hanya menganggap PAN sahaja sahabatnya?
 
Sehubungan itu, jika bulat keputusan untuk mengizinkan PAS sahaja mewakili pembangkang dalam kedua-dua PRK, adakah DAP tergamak untuk berkempen supaya penyokong-penyokongnya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mengundi PAS?
 
DAP sudah menganggap PAS sebagai parti "pariah" dan secara unilateral memfasakhkannya dari Pakatan Rakyat dan kemudian tidak membuka pintu Pakatan Harapan pada PAS.
 
Ini semua berlaku dalam tempoh setahun lalu dan kemuncaknya ialah apabila PAS bertindak balas dengan memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP dalam muktamarnya tahun lalu. 
 
Kini muktamar PAS akan diadakan dua minggu lagi sementara tarikh penamaan calon adalah sehari selepas PAS bersidang. Jika PAS terus tegas dalam muktamar tidak mahu tarik diri dari bertanding di kedua-dua PRK berkenaan, apa PH boleh buat?
 
Adakah PH, terutama DAP bersedia membuat pengakuan terbuka akan menyokong calon PAS demi menafikan kemenangan untuk Umno-BN? Jika demikian bagaimana dengan rengekan PAN yang mahu membuktikan potensi politiknya besar?
 
PH tidak mempunyai banyak masa. Sebelum muktamar PAS isu kerjasama dengan PAS, mesti diselesaikan. Jika tidak PAS sukar dipersalahkan jika muktamarnya mengambil keputusan mengutamakan kepentingannya sahaja.
 
Jika tidak, Umno BN akan menang lagi…

BERITA BURUK DARI SINGAPURA


shahbudindotcom

 


 
 
Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib?

Kuala Kangsar, Sungai Besar kawasan majoriti Melayu - DAP


Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan DAP untuk tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah disebabkan faktor majoriti pengundi Melayu yang tinggi di sana .
 
Menurut Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, keputusan telah dibuat kepimpinan DAP bahawa kedua-dua kerusi berkenaan diserahkan kepada PKR mahupun Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan untuk mengemukakan calon.
 
Malah tambah beliau lagi, kerusi berkenaan juga tidak pernah ditandingi oleh DAP sebelum ini.
 
"Lim Guan Eng sudah cakap kita (DAP) takkan letak calon (di Pilihan
Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar).
 
"Ia dipersetujui dalam Pakatan Harapan, kami tidak akan bertanding sebab itu bukan kawasan yang pernah ditandingi oleh DAP, malah kedua-dua kawasan itu majoriti Melayu jadi lebih baik bagi rakan parti kita untuk bertandinglah," katanya kepada Antarapos.
 
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memutuskan parti itu tidak akan meletak calon pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Menurut Guan Eng, DAP akan menyokong calon dalam kalangan parti dalam PH yang akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden esok.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun.
 
Ia ekoran penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.
 
Pada PRU13, Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 14,218 undi sementara Noriah meperolehi majoriti tipis dengan hanya 399 undi.
 
Kedua-dua kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi oleh PAS pada PRU lalu.

Pemimpin PAS Kedah tak teringin nak komen ka kenyataan MB Kedah ni?



Mungkin sebab PAS Kedah cuma ada 'pemimpin belakang tabir' macam Sanusi Md Nor tak macam PAS Kelantan yang ada Ust Nik Amar.

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ‘berdoa’ supaya ada kerjasama di antara PAS dan Umno dan yakin kedua-dua parti itu akan menuju ke arah itu.

“Saya sebagai orang lama, saya selalu berdoa ada kerjasama antara Umno dan PAS. Dalam senario politik hari ini, saya yakin Umno dan PAS akan menuju ke arah itu,” katanya. -Mkini.
Pemimpim PAS Kedah takkan tak teringin nak komen kenyataan Ahmad Bashah ni. Sangat senada dengan cara politik terkini amalan Hj Hadi Awang.

Bila aku kata pimpinan PAS Kedah aku harap takdak lagi dah yang membayangkan muka YB Hj Mahfuz dan YB Amiruddin Hamzah.

Hj Mahfuz dah diberi surat tunjuk sebab yang bermaksud cuma satu step saja lagi sebelum di pecat manakala Ir Amiruddin pulak dah pun letak jawatan yang dia pegang dalam PAS.

Cumanya depa berdua ni tak senekad Hj Husam yang bersungguh-sungguh beraksi sampai PAS tak tahan dan pecat dia. Mungkin sebab PAS Kedah cuma ada 'pemimpin belakang tabir' macam Sanusi Md Nor tak macam PAS Kelantan yang ada Ust Nik Amar.

Malaysiakini juga melaporkan:
“Saya rasa dalam kepimpinan PAS di Kedah pun sudah ada perasaan itu. Mereka tahu dan nampak apa yang berlaku kepada (Presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS itu. - Ibid.
Bila Ahmad BAshah kata macam tu tentu dia terbayang kenyataan Hj Hadi macam yang dilaporkan berita bertajuk "Kemelut MB Terengganu, Hadi sifatkan ia urusan rumah tangga Umno".

FMT melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemelut menteri besar Terengganu sebagai urusan rumah tangga Umno dan tidak akan masuk campur urusan parti tersebut. - FMT.
Mungkin Ahmad Bashah mengharapkan ada kenyataan dari pemimpin PAS Kedah macam kenyataan dari YB Aman Razali At-Takiri yang nampak berusaha untuk membentangkan jalan yang lebih kondusif untuk berbaik-baik dengan Umno sampai keluar berita bertajuk "PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN".

FMT melaporkan:
PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu. - FMT.

Boikot PRK Jika PH Tak Tanding Mana-mana PRK




Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.

"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, Jumaat malam.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.

Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.

Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -MD



PRK: PAS kena guna petunjuk PRU 2004 bukan 2013
KUALA LUMPUR: PAS perlu menjadikan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) 2004 sebagai petunjuk kepada kekuatan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bukannya keputusan PRU lalu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, PAS bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, berbeza dengan keadaan sekarang di mana parti itu tidak lagi bergabung dengan DAP dan PKR.

“Keputusan PRU ke-13 bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS, kerana cerminan yang lebih tepat ialah PRU tahun 2004.

“Calon PAS dalam dua PRK ini tidak akan mendapat undi yang banyak berbanding pada PRU lalu, kerana PAS telah mengesampingkan segmen pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRU 2013, PAS hanya kalah tipis pada calon BN, dengan kekurangan 339 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Ia jauh berbeza pada PRU 2004, di mana PAS kalah dengan kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Justeru, beliau mengingatkan PAS agar mengambil kira perbezaan dua keputusan PRU tersebut jika ingin menang dalam dua PRK yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

“Ia lebih relevan berbanding angka-angka pada PRU 2008 dan 2013, dan harus diambil kira jika objektif utama adalah untuk mempertimbangkan cara terbaik bagi memenangi PRK ini dan terus memberi tekanan kepada Najib,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Beliau turut memaklumkan, Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat keputusan berhubung kedua-dua PRK tersebut, terutama soal meletakkan calon.

Beberapa pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sebelum ini mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak bertanding di sana, memandangkan ia adalah kerusi tradisi PAS dan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru. -FMT

ULASAN GB

Suka atau tidak suka, terima atau tidak, realiti senario politik Malaysia ialah BN vs PH.

Blok lain selain darinya tidak ada apa-apa signifikannya.

Justeru itu kita perlu realitik di dalam membuat keputusan samada untuk menyertai dan menyokong mana-mana blok untuk sesuatu pilihanraya kecil atau umum

GB telah pun menerima maklumat bahawa pihak akar-umbi AMANAH yang mahukan AMANAH bertanding di kedua-dua PRK yang akan datang ini. Dan ini adalah realitik berdasarkan kepada kenyataan di atas tadi.

PAS perlu melihat, seperti kata pemimpin veteran DAP, Sdra Lim Kita Siang kepada keputusan PRU 11, bukan PRU13. Kerana semasa PRU13 PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kini PAS berada di luar PR, justeru adalah tidak logik untuk mengguna-pakai keputusan PRU13.

Jika melihat kepada keputusan PRU 2004 iaitu sebelum terbentuknya PR, ternyata PAS kalah dengan agak besar iaitu kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Jadi apabila wal-hasil balim asal, iaitu PAS tidak lagi bersama PR, maka kepututusan PRU2004 itulah yang sepatutnya menjadi panduan untuk PAS.

Berbalik kepada PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Beberapa kumpulan akar-umbi sudah pun membuat keputusan mendesak pimpinan PH untuk memberi laluan kepada AMANAH untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Namun kita tidak dapat menghalang Majlis presiden untuk membuat keputusan yang upset, iaitu hanya membiarkan PAS yang bertanding melawan BN. Jika berlaku keadaan demikian maka, ada saranan dari akar umbi AMANAH untuk "memboikot" PRK tempat yang PH tidak bertanding itu.

GB tertarik dengan satu komentar di blog ini yang kebetulan menyamai keputusan yang dibincangkan sesama blogger PH sebelum ini:


Amanah, DAP, PKR, semua duduk diam2 jgn keluar duit, jgn keluar berkempen Dan ahli& penyokong jgn keluar mengundi. Begitu juga ahli2 UMNO team B. Biar Penykong NaJib dan walaun (PAS) saja bertempur, kita lihat siapa yg kuat.

Thursday, May 12, 2016

‘Pecat Husam: Pengaruh Pas Kelantan merosot teruk’


Pemecatan Husam Musa daripada Pas bakal mengundang kemerosotan pengaruh yang lebih parah ke atas parti Islam itu.

Hal ini kerana ahli melihat layanan Pas terhadap Husam sangat berbeza berbanding sesetengah pemimpin yang tidak diambil tindakan meskipun berbuat pelbagai salah laku menurut perlembagaan parti.

Khasnya di Kelantan, ramai ahli Pas bakal mengalihkan sokongan mereka kepada kumpulan lain bila mana Husam telah dipecat. Sesungguhnya sumbangan Husam kepada pemodenan Pas Kelantan amat besar dan bermakna.

Tanpa bela diri

Amatlah malang sekiranya pemimpin Pas baru atau yang telah pencen menghina Husam serta memburukkan peribadi beliau. Bukan bermakna Husam itu maksum tetapi ketika hayatnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak pernah ‘mengata’ Husam sama ada dalam hal politik atau peribadi.

Impak perpecahan dalam kalangan Pas Kelantan sebelum Husam dipecat telah pun jelas kelihatan, inikan pula selepas Daeng Sanusi Daeng Mariok sebagai pengerusi Jawatankuasa Disiplin mengumumkan pemecatan Husam.

Pemecatan tanpa membuka ruang perbicaraan dan memanggil Husam membela diri memperlihatkan seolah-olah Pas sangat gelojoh dan tidak sabar-sabar hendak memuaskan nafsu sesetengah pimpinan parti itu yang mahu menguasai sepenuhnya hirarki parti.

Kesan buruk kepada pemecatan Husam tentulah tidak boleh dielakkan pada pilihan raya akan datang. Kedudukan kerusi yang dimenangi Pas diramal menjunam kerana pengundi Kelantan adalah pengundi yang mengenang budi.

Untung Amanah

Kemunculan parti baru yang berhasrat meneruskan legasi Nik Aziz dan Fadzil Nor serta dipimpin oleh bekas-bekas aktivis Pas profesional yang membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) pasti akan mendapat sambutan di Kelantan. Hal ini kerana pengundi di Kelantan sangat berani untuk berubah.

Amanah dijangka mampu mengugat penguasaan Pas yang bertapak di negeri itu sejak tahun 1990an.

Secara umumnya, diramalkan 10 DUN Kelantan akan terlepas dari kawalan Pas. Perubahan ini bukan kerana pengundi beralih kepada Umno BN tetapi hilang kepercayaan kepada Pas yang sering bergolak dan tidak jelas perjuangannya menentang BN.

Catatan: Penulis merupakan rakan rapat bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato’ Harun Taib. Penulis bimbang dengan tindakan golongan muda Pas daripada Dewan Penyelidikan Pas Pusat hingga kepada penasihat Presiden Hj Hadi yang jauh terpesong daripada kaedah perjuangan Tok Guru Nik Aziz dan ustaz Fadzil Noor.