Monday, April 25, 2016

Siapa PENGKHIANAT sebenar sehingga negara luar masuk campur urusan negara?


Tiada negara luar yang akan masuk campur urusan hal ehwal negara sekiranya syarikat pelaburan sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membuat onar di negara asing dengan pelbagai urusniaga yang meragukan.
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kesal dengan tindakan negara luar yang cuba masuk campur hal ehwal dalam negara sememangnya menjengkelkan dan menggelikan hati.
Mungkin bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang nyanyuk tetapi Najib sendiri sudah nyanyuk, atau mengalami sindrom lupa.
Agaknya Najib sudah lupa syarikat yang membuat onar di negara-negara ini; Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.
Negara-negara ini sedang giat menyiasat dan mereka tidak mahu terpalit dengan skandal wang haram yang dilakukan oleh individu tidak bwrtanggungjawab.
Siapa yang mengundang negara ini menyiasat dan menyebabkan imej negara tercalar?
Jika pihak berkuasa negara tegas dan berdisiplin dan melaksanakan tanggungjawab, mana mungkin negara-negara luar ini akan mencampuri urusan negara.
Lebih menghairankan, mengapa Najib sedih melihat negara asing campur tangan dalam urusan negara, bukankah beliau sendiri juga yang meminta bantuan negara Arab Saudi membantunya dalam menjelaskan isu wang derma RM2.6 bilion. Jadi mengapa pula mahu membangkitkan mengenai negara luar yang sedang menyiasat salah laku 1MDB sebagai mencampuri urusan hal ehwal negara?
Kenyataan Najib ini menunjukkan seperti beliau sudah menyedari risiko yang bakal dihadapinya jika didapati bersalah dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara ketika ini.
Apa lagi jalan yang ada pada Najib ketika ini? Adakah beliau masih mengharapkan Pak Arab lain yang akan tampil mempertahankan dirinya atau adakah beliau akan menggunakan hujah-hujah sempit untuk melepaskan dirinya?
Atau adakah Najib akan menggunakan isu kedaulatan negara untuk menjaga legasi kuasanya?
Bukankah kedaualatan negara sudah terobek dek kerana Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) yang ditandatangani oleh kerajaan beliau sendiri? Jadi apakah kedaulatan yang ingin dimaksudkan oleh Najib lagi?

1MDB - MULA MERESAHKAN RAKYAT



Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR

Isu 1MDB kini mula menampakkan bebebanan yang perlu di tanggong oleh rakyat, tapi apa yang menyedehkan pihak pemerintah langsung tidak peka dengan apa yang terjadi. Tapi bagi pihak pembangkang mereka telah terhidu apa yang berlaku.

Berikut adalah pandangan dari Yb Dato Hj. Mahfuz kaitan dengan bebanan tersebut.

1.Selamat pagi Datuk Seri Najib.Dua hari yang lalu (19 April 2016) adalah hari di mana faedah (interest) sebanyak USD50 juta bagi salah satu bon 1MDB perlu dibayar.

 Sekiranya bayaran ini gagal dibuat ia akan menjadi satu pelanggaran kepada keseluruhan bon tersebut yang bernilai USD3.5 bilion dan boleh mencetuskan kemungkinan pelanggaran kepada kesemua bon-bon 1MDB yang lain berjumlah dalam lingkungan USD5.1 billion.Sapa nak bayaq tu Datuk Seri?.

2.Sekira ianya di isytiharkan sebagai pelanggaran kepada kesemua bon-bon (dan juga pinjaman-pinjaman) yang lain, maka pemegang-pemegang bon dan peminjam berhak menuntut bayaran tebusan bon dan pinjaman serta merta sebelum tempoh matang.Ish Takut aih Datuk Seri.Nanti Macam kena ligan dengan CHETI dan ALONG.

3.Sekiranya ada di antara bon-bon atau pinjaman-pinjaman tersebut yang dijamin dengan jaminan kerajaan maka kerajaan akan terdedah kepada OBLIGASI dan LIABILITI untuk membuat bayaran kepada pemegang-pemegang bon dan pemberi pinjaman (pemiutang) bagi jumlah hutang yang tidak kurang dari USD5.1 billion.Nak ambik duit mana nak bayaq ni Datuk Seri.Ada lagi ka baki duit RM2.6 bilion yang tok arab tu bagi?.

4.Ish! Ada duit ka Datuk Seri nak bayaq?.Ghimaih kami ni.Kami Nak tolong derma bayaq pun kami tak kenai TOK ARAB nak minta DERMA.Harap Getah sekerap pun masih murah,walaupun RM2.50 kupang sekilo hari ini tapi Musim panas Elnino ni susu getah pun kurang.Padi pun baru RM1.50 kupang sekilo sekali subsidi.Itu pun baru bendang (sawah) baru masuk ayaq dan nak menaboq.Yang kerja makan gaji dengan kerajaan atau swasta pun terbeban dengan barang mahai.Nak tolong pun TOL dan GST Datuk Seri dah balaih.Ni nak pasang 1,200 kamera AES lagi semua rakyat kena dengan cuaca panaih Elnino dan El Umno.

5.Jadi saya harap Datuk Seri kena bayaq lekaih.Jangan bagi kami rakyat tanggung malu kerajaan 1Malaysia tak bayaq hutang.Jangan pi berhutang pula untuk nak bayaq hutang.keghosek lah tantang mana pi bayaq bagi selesai.Saya harap Datuk Seri dapat segera bayaq hutang no dan bagi tau kami bayaq ka dak lagi.Terima kasih Datuk Seri.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

PANAS ~ Lulus Usul Gesa AG Letak Jawatan..!



Kesian Pandi..! Dia orang tak hormat langsung Pandi..! tak hormat Pandi bermakna tak hormat Najib..! Apa la weii..! Pahlawan dan Panglima tu..!

Badan Peguam M'sia lulus usul gesa peletakan jawatan AG


Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia telah mengundi untuk meluluskan satu usul semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini menggesa peletakan jawatan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Ini telah disahkan oleh peguam yang hadir di AGM tersebut, walaupun mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi dari Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.
Badan Peguam itu mahukan peletakan jawatan AG berikutan keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan deposit wang yang besar di dalam akaun Najib.
"Ia adalah gesaan peletakan jawatan, sepertimana gesaan peletakan jawatan yang lain, tetapi ini adalah gesaan yang dibuat oleh Badan Peguam Malaysia," kata Thiru dalam sidang akhbar selepas berakhirnya AGM ke-70 badan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata ini sepatutnya boleh memberi tekanan kerana Badan Peguam Malaysia adalah badan tunggal yang mewakili peguam di Semenanjung Malaysia.
Usul yang dicadangkan oleh tiga ahli badan peguam itu menggesa Apandi meletakkan jawatan sebagai AG "untuk kebaikan Malaysia dan untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan persepsi terhadap kedaulatan undang-undang, khususnya pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia".
Ia juga menggesa Apandi meletakkan jawatan sebagai pengarah Lembaga Tabung Haji dan apa-apa jawatan dalam mana-mana syarikat, badan berkanun dan entiti undang-undang, melainkan jika dikehendaki secara khusus oleh undang-undang.
"Peguam negara juga pendakwa raya, tidak boleh menjadi pengarah mana-mana entiti undang-undang, kerana ini akan menjejaskan kebebasannya," demikian menurut usul tersebut.
Usul itu juga menggesa peguam cara negara untuk mengambil alih tanggungjawab pendakwa raya dalam kes-kes yang berkaitan dengan Najib - 1MDB, SRC International, dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib.
Badan Peguam Malaysia juga akan menggalakkan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk memilih dan mencadangkan calon-calon untuk jawatan peguam negara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, pada masa ini, Yang di-Pertuan Agong melantik AG atas nasihat perdana menteri, kata usul itu.
"Dalam amalan, ini bermakna perdana menteri memutuskan pelantikan dan penyingkiran peguam negara," kata usul itu lagi.
Thiru menegaskan bahawa usul menggesa peletakan jawatan Apandi adalah berasingan daripada semakan kehakiman yang difailkan oleh badan peguam itu terhadap Apandi.
Walaupun Thiru mengesahkan bahawa usul itu telah diluluskan oleh undi majoriti, tetapi beliau tidak mahu menyatakan undian tersebut kerana menurutnya, mesyuarat itu adalah mesyuarat peribadi.
AGM hari ini telah dihadiri oleh 1110 ahli Badan Peguam Malaysia dan kesemula lima usul telah diluluskan. Baca berita penuh]
Sementara itu, Badan Peguam Malaysia menafikan bahawa ia bersifat politik atau menjadi 'penyibuk' apabila membentangkan usul berkaitan dengan AG dalam AGM hari ini dan juga memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap AG.
"Badan Peguam bukan penyibuk. Apabila terdapat kebimbangan bahawa perlembagaan tidak dipatuhi atau berlaku salah faham atau disalah tafsir, maka sebenarnya setiap rakyat Malaysia mempunyai kepentingan di dalamnya," kata Thiru.
Sudah tentu, tegasnya, Badan Peguam mengambil berat tentang hal itu, "kerana di bawah Akta Profesion Undang-undang, kita wajib menegakkan kedaulatan undang-undang".
"Badan Peguam Malaysia diberi mandat untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, maka anda tidak boleh mengatakan kami penyibuk," katanya lagi.
Beliau menjawab kepada mereka yang mengkritik Badan Peguam kerana bersifat politik atau menjadi penyibuk kerana usul mereka menggesa peletakan jawatan Apandi, dan juga kerana memohon semakan kehakiman untuk mencabar keputusan AG yang tidak membuat pendakwaan terhadap Najib.
Sabar Pandi..! dia orang tu jealous..!
Jealous???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Senarai lengkap calon-calon bertanding PRN Sarawak 2016




Kosmo melaporkan:
KUCHING - Barisan Nasional (BN) hari ini menang tanpa bertanding dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Kerusi-kerusi itu dimenangi oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di pejabat SPR Sarawak di sini selepas selesai proses penamaan calon. -Kosmo.
Portal Umno MyKMU melaporkan:
KEJAYAAN BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak sebentar tadi, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut. Sejak Anwar masuk jail ni, PKR nampaknya bergantung kepada persepsi semata-mata nak menunjukkan kononnya dia kuat, hakikatnya, PKR lemah, kelam kabut dan tak terurus.

Ketika kecoh PKR berebut 5 kerusi dengan DAP, 2 kerusi yang sepatutnya mereka bertanding iaitu di Bukit Kota dan Bukit Sari, calon PKR tak muncul seterusnya memberikan kemenangan percuma kepada BN. - MyKMU.
Apa pun, sebenarnya aku malas nak komen kat posting ni, cuma nak letak senarai calon yang bertanding dalam PRN Sarawak kali ke 11 ni ja.
Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding pada PRN Sarawak ke 11 :

N.1 OPAR
Ranum Mina - Calon langsung BN
Francis Teron Kadap (PKR),
Partick Anek Uren (PBDS)
Niponi Undek (Bebas)

N.2 TASIK BIRU
Henry Harry Jinep (SPDP)
Mordi anak Bimol (DAP)
Johnson Bilok (DNP)

N.3 TANJUNG DATU
Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB).
Jazolkipli Numan (PKR)

N.4 PANTAI DAMAI
Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi (PBB)
Zainal Abidin Bin Yet (PAS)

N.5 DEMAK LAUT
Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB)
Mohammad Fidzuan Zaidi (Amanah)

N.6 TUPONG
Fazzruddin Abdul Rahman (PBB)
Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR)

N.7 SEMARIANG
Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB)
Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (PAS)
Nani binti Sahari (Amanah)

N.8 SATOK
Datuk Amar Abang Johari (PBB)
Mohamed Salleh Shawkatali (PKR)

N.9 PADUNGAN
Peter Pau (SUPP)
Teo Kuang Kim (Star)
Wong King Wei (DAP),

N.10 PENDING
Milton Foo Tiang Wee (SUPP)
Violet Yong Wui (DAP)

N.11 BATU LINTANG
Sih Hua Tong (SUPP)
See Chee How (PKR)
Lina Soo (Star)

N.12 KOTA SENTOSA
Wilfred Yap Yau Shin (SUPP)
Chong Chieng Jen (DAP)

N.13 BATU KITANG
Lo Khere Chiang (SUPP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Abdul Aziz Isa (DAP)
Sulaiman Kadir (Bebas)
Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

N.14 BATU KAWAH
Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP)
Christina Chiew Wang See (DAP)
Liu Thian Leong (Bebas)

N.15 ASAJAYA
Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
Soebiandono Andrew (DNP)
Abang Junaidi Abang Gom (PKR)

N.16 MUARA TUANG
Datuk Idris Buang (PBB)
Zulkipli Bin Ramzi (PAS)
Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah)

N.17 STAKAN
Dato Sri Haji Mohamad Ali Mahmud (PBB)
Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
Jatan Pangau Abas (DNP)

N.18 SEREMBU
Miro Simuh (Calon langsung (PBB)
Athina Klaywa Sim (PKR)
Buln Ribos (Star)
Ressa Billie (DNP)

N.19 MAMBONG
Datuk Dr Jerip Susil (UPP Calon langsung)
Willie Mongin (PKR)
Sanjan Daik (DAP)
John Sireg (DNP)

N.20 TARAT
Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB)
Musa anak Ngog (PKR)
Jospin (DNP)

N.21 TEBEDU
Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong (PBB)
Mark Barau (DAP)
Alex Saben Nipong @ Nyipong (PKR)

N.22 KEDUP
Martin Ben (PBB)
Andrew Nyaie (DAP)
Mark Murau (PBDS Baru)

N.23 BUKIT SEMUNJA
John Ak Ilus Calon Langsung- (PBB)
Andrew Edward Luwak (DAP)
Cobbold John (PBDS Baharu)
Johny Bob (Star)
Fredrick Bayoi Manggie (Bebas

N. 24 SADONG JAYA
Ir. Aidel Lariwoo (PBB)
Asan Bin Singkro, 63, (PAS)
Othman Bin Mustapha (Amanah)

N.25 SIMUNJAN
Awla Dris (PBB)
Petrius Lagan (DNP)
Jamilah Baharuddin (PKR)

N.26 GEDONG
Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB)
Rapelson Richard Hamit (Amanah)

N.27 SEBUYAU
Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB),
Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS)
Andrew Anak Jain (Amanah)

N.28 LINGGA
Simoi Haji Peri (PBB)
Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Dato Wan Abdillah Edruce (Bebas)

N.29 BETING MARO
Razaili Haji Gapor (PBB)
Hamidah Binti Mokhtar (PAS)
Andri Zulkarnean Hamden (Amanah)

N.30 BALAI RINGIN
Snowdan Lawan (PRS)
Nicholas Mujah Ason (PKR)
Sentosa Imam (Bebas)
Pok ak Ungkot (PBDA Baharu)

N.31 BUKIT BEGUNAN
Datuk Mong Dagang (PRS)
Juperi Atak (PKR)

N.32 SIMANGGANG
Datuk Francis Harden Holis (SUPP)
Norina Umoi Utot (PKR)
Datuk Dr Ngu Piew Seng (Bebas)
Leon Jimat Donald (DAP)

N.33 ENGKILILI
Dr. Johnical Rayong Ngipa (UPP Calon Langsung)
Nicholas Bawin ak Anggat(PKR)
Adan Sandom (Bebas)
Dr Ridi Bauk (Bebas)

N.34 BATANG AI
Malcom Mussem Lamoh (PRS)
Kolien Liong (PKR)

N.35 SARIBAS
Mohamad Radzi Sitam (PBB)
Yakup Daud (PKR)

N.36 LAYAR
Gerald Rentap Jabu (PBB)
Vernon Aji Kedit (PKR)
James Stanley Mikai (DNP)

N.37 BUKIT SABAN
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
Noel Changgai Bucking (PKR)

N.38 KALAKA
Datuk Wahab Aziz (PBB)
Jemat Panjang (PKR)

N.39 KRIAN
Kilat Beriak (SPDP)
Ali Biju (PKR)
Polycarp Danson (DNP)

N.40 KABONG
Mohamad Chee Kadir (PBB)
Novert Sullang (DNP)
Jini Bin Sahini (Amanah)

N.41 KUALA RAJANG
Datu Haji Len Talif Salleh (PBB)
Sufian Bin Julaihi (Amanah)

N.42 SEMOP
Abdullah Haji Saidol (PBB)
Fadillah Bin Sabali (Amanah)

N.43 DARO
Shafiee Hj. Ahmad (PBB)
Ibrahim Bayau (Amanah)

N.44 JEMORENG
Datuk Dr Juanda Jaya (PBB)
Dolah bin Shahminan (Bebas)
Kiprawi Bin Suhaili (Amanah)

N.45 REPOK
Dato Sri Huang Tiong Sii (UPP calon langsung)
Yong Siew Wei (DAP)
Wong Ching King, 50 (Bebas - Keluar DAP)

N.46 MERADONG
Ding Kuong Hiing (SUPP)
Ting Tze Fui (F) (DAP)

N.47 PAKAN
Tan Sri William Mawan (Calon Langsung BN)
Rinda Juliza Alexander (DAP)
Dr Jawie Jingot (Bebas)

N.48 MELUAN
Rolland Duat (SPDP)
Semana Sawang (PKR)
Jerry Clement (Bebas)
Elly Lawai Ngalai (Bebas)

N.49 NGEMAH
Alexander Vincent (PRS)
Thomas Laja (PKR)
Richard anak Lias (DAP)
Matthew Mudai (DNP)

N.50 MACHAN
Allen Siden Gramong (PBB)
George Chen Nguk Fa (PKR)
Playmond Raynold (DNP)

N.51 BUKIT ASSEK
Chieng Buong Toon (SUPP)
Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
Moh Hiong Kiong (Star)
Lina Kujak (DNP)

N.52 DUDONG
Datuk Tiong Thai King (UPP calon langsung)
Yap Hoi Liong (DAP)
Casper Kayong Umping (Bebas)
Dr Benny Lee (Bebas)
Mary Tiong Yiik Hong (Star)

N.53 BAWANG ASSAN
Datuk Sri Wong Soon Koh, (Calon langsung)
Wong Sing Wei (Star)
Chiew Sung Ngie (DAP)
Watson Bangau Ak Jonathan Renang (Bebas)
Yeu Bang Keng (Bebas)

N.54 PELAWAN
Datuk Janet Lau (UPP calon langsung)
Priscilla Lau (Star),
David Wong (DAP)

N.55 NANGKA
Dr. Haji Annuar Rapaee (PBB)
Abdul Raafidin Majidi (PKR)
Simon Tiong (Star)

N.56 DALAT
Datuk Hajah Fatimah Abdullah (PBB)
Sim Eng Hua (PKR)

N.57 TELLIAN
Yussibnosh Balo (PBB)
Asinii @ Hasni bin Yahya (PKR)

N.58 BALINGIAN
Abdul Yakub Arbi (PBB)
Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)

N.59 TAMIN
Christoper Gira, 45 (PRS)
Simon Joseph Usau (PKR)

N.60 KAKUS
Datuk John Sikie (PRS)
Clement Bayang (PAS)
Joshua Jabing @ Jabeng (PKR)
Anthony Ejau (DNP)

N.61 PELAGUS
Wilson Nyambong (PRS)
Yong Sibat (Bebas)
Frankie Bedindang (DAP)

N.62 KATIBAS
Ambrose Blikau
Paren Nyawi (DAP)
Munan Laja (SWP)
John Esot (DNP)

N.63 BUKIT GORAM
Jefferson Jamit anak Unyat (PBB)
Larry anak Asap (DAP)
Rentap Salau (DNP)

N.64 BALEH
Tan Sri James Jemut Masing (PRS)
Agong Linsong (DAP)

N.65 BELAGA
Liwan Lagang (PRS)
Alex Lihan (DAP)

N.66 MURUM
Chuk Pai Ugon, 47 (PRS)
Abun Sui Anyit,, 42, (PKR)
Kenneth Adan Silek (DAP)

N.67 JEPAK
Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB),
Kiprawi Bin Aman (PAS)
Abdul Jalil Bujang (PKR)
Jok Padan (DNP)

N.68 TANJONG BATU
Datuk Pau Chiong Ung (SUPP)
Chiew Chiu Sing (DAP)

N.69 KEMENA
Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB)
Leighton Manjah (DAP)

N.70 SAMALAJU
Majang Renggie (PRS)
Engr. Zharudin bin Narudin (PAS)
Michael Lias (Bebas)
Baba Emperan (DAP)

N.71 BEKENU
Rosey Yunus (Calon Langsung, Teras )
Bill Kayong (PKR)
Peter Jilin (Bebas)
Austin Sigi Melu (Bebas)

N.72 LAMBIR
Ripin Haji Lamat (PBB)
Mohammad Arifiriazul Bin Paijo (PAS)
Mohdak Ismail (PKR)
Attak Lee (Bebas)

N.73 PIASAU
Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew (SUPP)
Alan Ling Sie Kiong (DAP)

N.74 PUJUT
Datuk Hii King Chiong (UPP calon langsung)
Jofri Haji Jaraiee (PAS)
Fong Pau Teck (Bebas)
Dr Ting Tiong Choon (DAP)

N.75 SENADIN
Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
Dr Bob Baru Langup (DAP)
Steve Teo (PKR)
Bill Kayong (DNP)

N.76 MARUDI
Datu Dr Penguang Manggil (SPDP)
Elia Bit (PKR)
Louis Jalang (BEBAS)

N.77 TELANG USAN
Dennis Ngau (PBB)
Roland Engan (PKR)

N.78 MULU
Gerawat Gala- Calon Langsung (PBB)
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)

N.79 BUKIT KOTA
Dr Haji Abdul Rahman Ismail (PBB)
Menang tanpa bertanding

N.80 BATU DANAU
Paulus Palu Gumbang (Teras) - Calon langsung
Nick Nabau (DNP),

N.81 BA’KELALAN
Willie Liau (SPDP)
Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)

N.82 BUKIT SARI
Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
Menang tanpa bertanding

Sumber: Sarawakiana

Rahman Dahlan terdesak, lari daripada berdebat – Guan Eng


 
Abdul Rahman sengaja mahu Guan Eng mengambil tindakan saman fitnah agar beliau boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat.


Rahman-Dahlan-Lim-Guan-Eng-Penang


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam keadaan terdesak untuk lari daripada cabaran debatnya.

Menurutnya, Abdul Rahman sengaja mahu Guan Eng mengambil tindakan saman fitnah agar beliau boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat.

“Abdul Rahman Dahlan nampaknya begitu terdesak dan mahu lari daripada cabaran debatnya sendiri, sehingga beliau mencabar saya membuat saman fitnah terhadapnya di mahkamah.

“Rahman tahu bahawa jika saya menyamannya, beliau dengan mudah boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat dengan saya,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, beliau tidak akan terperangkap dengan helah yang pernah digunakan sebelum ini, seperti isu wang derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita tidak lupa, apabila skandal derma RM2.6 bilion Perdana Menteri diisytiharkan sub judice, hanya kerana semakan kehakiman yang difailkan di mahkamah oleh Majlis Peguam.

“Hasilnya, skandal derma RM2.6 bilion diisytihar sub judice oleh Speaker Parlimen dan tiada soalan boleh dibangkitkan di Parlimen.

“Jelas sekali peraturan yang sama turut terpakai dan seluruh drama serta sandiwara akan diulang tayang, di mana beliau akan mengambil nasihat supaya tidak meneruskan debat, kerana hal tersebut kini menjadi urusan mahkamah dan hanya boleh berdebat dengan saya, selepas saman fitnah itu selesai,” jelasnya.

Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah, selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa beliau tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.

Malah, Abdul Rahman turut menyatakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan seperti individu tidak bertamadun dan gagal memperlihatkan gaya seorang ketua menteri.

Krisis Terengganu: Pilihanraya Atau Kerajaan Campuran PAS-UMNO!


Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.



Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.


Hubungan Ahmad Razif, istana kini timbulkan persoalan

Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa gelaran lain.

"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.

Portal AMANAH, Malaysia Dateline semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.

Menurut laporan Harian Metro pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah secara lisan.

Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri daripada membuat spekulasi ke atas perubahan menteri besar kerana perkara itu di bawah budi bicara penuh sultan.

"Sebagai ADUN, saya bersimpati dengan MB. Tetapi saya bersimpati lagi dengan rakyat kerana kerajaan negeri tidak akan dapat memberi tumpuan kepada menjalankan tugasnya," katanya.

Azan berkata, 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kini "tergantung" selepas Razif menafikan bekas MB Datuk Seri Ahmad Said peruntukan di kawasannya. Ahmad Said adalah ADUN Kijal.

"Dengan menafikan peruntukan tersebut kepada Ahmad, menteri besar tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai seorang ADUN BN," dakwa Azan.

BN mempunyai 17 ADUN, termasuk Ahmad, manakala kerusi pembangkang terdiri daripada 14 daripada PAS dan Azan merupakan ADUN PKR tunggal di Terengganu.

Ahmad bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad mengesahkan Razif telah mengambil alih peruntukan untuk DUN Kijal. 
-mk


ULASAN GB

Kedudukan terkini ADUN Terengganu:

UMNO BN = 14
PAS = 14
PKR = 1
Bebas = 3

Jika mengikut kertas, UMNO BN sudah tumbang di Terengganu.

Cuma ada dua pilihan untuk UMNO BN, pertama adakan pilihanraya negeri untuk mendapatkan mandat semula dari rakyat Terengganu. Dan kedua ialah membentuk "kerajaan campuran" bersama PAS.

Pilihanraya mungkin bukan pilihan yang popular. Tetapi ia mungkin tidak dapat dielakkan jika PAS enggan untuk membentuk kerajaan campuran bersama UMNO. Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan 3 ADUN Bebas yang diketuai oleh Ahmad Said, maka UMNO akan mengambil langkah membubarkan DUN bagi pilihanraya negeri Terengganu diadakan.

PAS sepatutnya sudah boleh menerima pelawaan UMNO membentuk kerajaan campuran kerana inilah masanya Hadi Awang buktikan bahawa PAS boleh menjadi "Penasihat" kepada UMNO.

Kedua kegagalan PAS untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dahulu di zaman Mohd Nizar sebagai MB, dimana Ust Haron Din telah meminta PAS Perak membentuk kerajaan campuran bersama UMNO BN, kini boleh menjadi realiti di Terengganu. PAS tidak harus melepaskan peluang tersebut.

Ketiga, jika pilihanraya negeri diadakan, prestasi PAS dijangka mengalami kemerosotan paling parah. Ia sudah menjadi parti yang tidak popular di kalangan rakyat setelah membentuk "Blok Ketiga" bersama IKATAN. Sementelah lagi ramai ahli PAS telah meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH.

Apa selepas ini? Allah Maha Bijaksana di dalam mengatur perancanganNya sekalipun manusia ada rancangan masing-masing.

"Mereka merancang , Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang" - Ali Imran:54

Tuesday, April 19, 2016

NAMPAK TAK !!!.. Sejak bila pak arab belajar ilmu putar belit Umno ???



KENAPA hanya dlm tempoh 2 bulan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berubah-ubah ttg status dana AS$681 juta kpd Najib yg dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sendiri ???

BUKANKAH pada mulanya beliau menafikan ia derma, tetapi mengaku ia satu pelaburan.. KALAU DAH NAMANYA PELABURAN mestilah ada pulangan yg diharapkan.. Tak kan melabur nak rugi..

TETAPI SEKARANG mengiyakan pula dana AS$681 jutaitu derma tanpa mengharapkan apa-apa balasan plok..

KENAPA tiba-tiba kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berubah setelah tiba di Turki kebetulan Najib & Rosmah juga berada di Turki..

Monday, April 18, 2016

Pengakuan Saudi seolah-olah Najib telah dibeli - Mat Sabu


Pengakuan menteri luar Arab Saudi bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menggambarkan Malaysia dan perdana menteri sendiri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, ini kerana Arab Saudi kini sedang mengetuai blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.
"Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu," katanya pada kenyataan media.
Mat Sabu berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) atas sifatnya yang berkecuali.
Antaranya dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan sokongan terhadap Palestin.
"Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan," kata Mat Sabu.
Justeru katanya, untuk keluar daripada kemelut itu beliau memohon Najib supaya meletakkan jawatan 'secara terhormat'.

Ketoi taik disangka kayu penyelamat



Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemimpin Umno dan menteri-menteri yang menyangka kenyataan menteri luar Saudi yang mengesahkan derma negaranya kepada Datuk Seri Najib Razak umpama "ketoi taik disangka kayu penyelamat" untuk mereka berpaut.
Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kegembiraan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib.
"Kenyataan Adel itu 'bikin rosak ana punya program'," kata Mahfuz mengambil skrip dalam sebuah filem arahan dan lakukan seniman P Ramlee.
Ini kerana, bagi beliau Najib tahu rakyat tidak percaya dengan kenyataan Adel kerana Adel tidak mengatakan kenyataan dia sebelum ini yang wang RM2.6 bilion adalah 'pelaburan' tidak betul.
Kenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu hanya dibuat selepas pertemuan khusus beliau dengan PM Najib di Istanbul sempena Sidang Kemuncak OIC ke-13.
"Menunjukkan ianya adalah satu kenyataan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Ini kerana pada Februari 2016, Menteri yang sama iaitu Adel Al Jubeir menyatakan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma tetapi adalah PELABURAN," kata ahli parlimen PAS itu.
Persoalannya, katanya, kenapa menteri luar itu perlu mengambil masa dua bulan untuk menyatakan wang tersebut adalah derma daripada negaranya dan kenapa beliau perlu tunggu untuk menyatakannya selepas pertemuan dengan Najib?
"Ini menunjukkan dia dalam keadaan tertekan untuk buat kenyataan," kata Mahfuz.
"Bagi saya, Adel sangat bijaksana membuat kenyataan tersebut walaupun dalam keadaan tertekan kerana dia masih ingat Februari yang lalu beliau telah pun membuat kenyataan yang menyatakan wang itu adalah pelaburan.

Friday, April 15, 2016

BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...


Kami 'percaya' Najib satu2nya pemimpin bugis UMNO yg tak curi harta rakyat. Najib kaya hidup mewah, Rosmah pon hidup senang lenang penuh kemewahan lagi boros BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...

Mereka hidup mewah kerana simpan duit sejak dari kecik lagi...

Selagi nyawa kamu dikandung badan, tipu & perbodohkanlah kami.. Satu hari nanti pasti kamu di bawah jua..

Kenapa tiba2 muncul TONG BIRU di Sarawak...??





Apa boleh buat orang Sarawak pun terus bersyukurrrr pada KERAjaan BN.. sbb kerajaan DAP tak pernah bagi TONG BIRU camni kat rakyat..

Muncul 5 tahun sekali... paip kosong tanpa air pon xper.. TONG BIRU boleh tadah air hujan.. Janji rakyat berjimat cermat..

Skandal 1MDB: 'Saya sedia dipenjara, tapi yang lain pun akan ikut saya'


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau bersedia untuk dihukum penjara kerana mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan berkaitan dengan firma dana milik negara 1MDB tetapi menegaskan bahawa ramai lagi akan bersamanya di penjara.
Rafizi berikrar untuk 'mengheret bersama' semua individu yang didakwa melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada bertanggungjawab di atas kerugian besar dana awam yang melibatkan 1MDB.
Katanya, beliau bersedia sepenuhnya untuk ke penjara tetapi menegaskan bahawa bukan dia seorang sahaja yang akan masuk ke dalam.
 Rafizi berkata, jika terpaksa ke penjara,beliau akan mengheret bersama semua orang yang terlibat.
Minggu lepas ahli Parlimen Pandan itu mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, Rafizi memberitahu satu forum Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy boleh didakwa menghalang keadilan.
Beliau berkata Arul tentunya tahu isu-isu yang melanda 1MDB kerana beliau adalah ketua pegawai eksekutif syarikat itu semasa proses audit terkini syarikat.
Sebagai mesejnya kepada mereka yang dengan jelas dinamakan dalam laporan PAC, Rafizi berkata, tidak lama lagi "kita akan mengeluarkan senarai rakyat yang dikehendaki'."
Katanya, jika anda tidak boleh mendapatkan orang di atas, anda cari orang yang melindungi mereka.

Skandal 1MDB: Tony Pua ulangi cabar Arul berdebat...siapa nak tolong ni..!!!!


Dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen, Tony Pua sekali lagi mencabar CEO 1MDB Arul Kanda untuk berdebat secara langsung di televisyen.
Ahli Parlimen DAP itu memberitahu forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam bahawa beliau telah membuat cabaran itu kepada Arul tahun lepas ketika siasatan PAC itu masih berjalan.
Tetapi, katanya, Arul berkata ia tidak mungkin melainkan jika dia (Pua) berhenti menjadi menjadi anggota PAC.
 Speaker Dewan Rakyat juga, kata Pua menentang idea tersebut dengan memetik penglibatannya (Pua) dengan siasatan ke atas 1MDB sebagai alasannya.
,Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kini laporan siasatan itu telah dibentangkan, maka tidak ada lagi wujud konflik kepentingan.
"Jadi malam ini (Khamis) saya mencabar beliau (Arul) untuk berdebat secara langsung dan menjawab semua soalan mengenai 1MDB," kata Pua di hadapan lebih 500 hadirin.
Ketua publisiti DAP itu bertanya kepada hadirin sama ada mereka mahu menyaksikan debat itu, dan mereka menjawab: "Ya."
Siasatan PAC tidak lengkap
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberitahu forum itu bahawa siasatan PAC mengenai 1MDB perlu dibuka semula.
Lim berkata ini boleh dilakukan sebaik sahaja laporan itu dibahaskan di Dewan Rakyat yang akan bersidang semula pada 16 Mei.
Katanya, Dewan boleh membuat keputusan bahawa ia tidak lengkap kerana kekurangan dokumen dan testimoni, dan dengan itu, meminta siasatan lanjut dijalankan.

2016 tahun sukar, ekonomi menurun – Dewan Perdagangan Cina


Satu kajian oleh Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (Persatuan Dewan Perdagangan dan Industri Cina, Malaysia) baru-baru ini mendapati komuniti usahawan Cina masih pesimis terhadap situasi ekonomi Malaysia sepanjang 2016, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 30 Mac lalu.
Timbalan pengerusi seksyen kaji-selidik isu sosio-ekonomi ACCCIM, Peck Boon Soon berkata, suasana pesimis adalah selari dengan jangkaan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan turun ke paras sekitar 4% tahun ini daripada 5% tahun sebelumnya.
"Kalau anda melihat pada angka jualan, ia tidak meningkat banyak. Walaupun nilai ringgit telah naik pada masa kini, ia masih belum mencukupi untuk menaikkan angka jualan kerana kesan kejatuhannya pada tahun lalu telah menyerap masuk ke dalam negara kita dan ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk dibaiki-pulih," kata beliau dipetik.
Peck berpendapat kegawatan ekonomi sedunia dan keadaan ekonomi yang suram di rantau ASEAN menyebabkan usahawan sederhana dan kecil telah mendapat kesan negatif.
Pada tahun lalu, katanya, dari bulan Julai hingga Disember, 88% responden dari jumlah 401 dari berbagai sektor industri telah mengalami kenaikan kos yang mendadak dalam menjalankan perniagaan mereka.
Sebanyak 46% usahawan memberitahu bahawa mereka menjangkakan akan mengalami kesusahan pada masa depan sementara 56% pula berkata mereka akan membiarkan pengguna membayar kos pengeluaran tersebut.

PRN Sarawak: PAS sedia buat kejutan


Potensi semasa menyaksikan PAS Negeri Sarawak sedia melakukan kejutan dengan melahirkan Adun sulung daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11, kata Setiausaha PAS negeri, Muhtar Suhaili.

Katanya, PAS negeri melihat bahawasanya ia satu skala yang mungkin PAS akan membuat kejutan dalam PRN kali ini.

"Kita melihat bahawasanya potensi PAS melahirkan Adun sulung itu ada, ini keyakinan yang kita ada.

"Dan apabila kita melihat dari segi pembahagian kerusi kali ini, di Sarawak ini istimewanya mungkin berlaku dua tiga penjuru," ujarnya.

Tambahnya, kalau sejarah sebelum ini pun pernah berlaku sampai pertandingan lima penjuru di Sarawak.

"Jadi, Sarawak ini unik sikitlah dari segi pilihan raya dia. Cuma kita optimis dari segi peluang PAS itu tetap ada," ujarnya penuh yakin.

Menurutnya, penyertaan PAS pada PRN ini merupakan penglibatan kali keempat sejak 2001 di mana menyaksikan berlaku peningkatan pada kerusi ditandingi.

"Kemampuan PAS untuk bertanding 11 kerusi pun sudah merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan dengan sebelum ini kita paling maksimum pun PRN lepas kita bertanding 5 (kerusi).

"Daripada 11 ini matlamat kita untuk melahirkan Adun sulung. Kalau lagi lebih daripada satu lagi eloklah. Cuma sekurang-kurangnya kita usaha untuk hantar kita punya Adun sulung," ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei manakala penamaan calon 25 April.

PAS bertanding 11 kerusi iaitu Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sebanyak 82 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN kali ini.

Bukan Lupakan Anwar, Tapi Tumbangkan Najib Dahulu...


Mahathir elak gesaan untuk bebaskan Anwar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengelak langkah untuk mendapatkan pembebasan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan Deklarasi Rakyat.

Bercakap pada forum Pakatan Harapan di Shah Alam mengenai laporan PAC terhadap 1MDB, Mahathir berkata permintaan untuk membebaskan Anwar hanya akan memecahkan gerakan itu.


"Kalau nak buat keputusan tentang Anwar ini (atau) itu, kita akan berpecah.

"Kita mesti bersatu untuk satu tujuan sahaja. Dalam perjuangan apapun, kurangkan musuh, tambah kawan," katanya kepada lebih 500 hadirin.

"Kita mesti ada pemikiran waras berdasarkan pertimbangan bijak. Kalau kita ikut hawa nafsu, percayalah, kita tidak akan berjaya," katanya.

Turut menjadi panel ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad dan Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4, Cynthia Gabriel.

Semasa sesi soal jawab, seorang penyokong Anwar bangun dan menuntut Mahathir menggesa untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Beliau juga meminta Mahathir mengisytiharkan bahawa apa yang bekas perdana menteri itu telah lakukan kepada Anwar pada tahun 1998 adalah salah.

Isnin lalu, Mahathir dipetik dalam temu bual dengan The Australian sebagai berkata bahawa beliau percaya Anwar kini terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".

Mahathir, sementara itu, mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada pembaharuan atau perubahan boleh dilakukan semasa Najib kekal sebagai perdana menteri.

Seorang lagi lelaki dalam kalangan hadirin memetik kata-kata Mahathir sendiri bahawa "Umno kini busuk hingga ke usus" dan oleh itu beliau berkata mana-mana perdana menteri Umno akan sama-sama buruk.

Beliau berkata, oleh itu Mahathir perlu menyingkirkan bukan sahaja Najib tetapi keseluruhan pentadbiran Barisan Nasional. -mk

ULASAN GB

Kenyataan Mahathir di atas ada betul ada salahnya.

Pertama sememangnya di dalam mencapaikan sesuatu tujuan, maka kita hendaklah bersatu di dalam satu pasukan untuk mencapai tujuan itu. Di dalam prinsip peperangan, itu dinamakan"concentration of force".

Nak turunkan Najib, maka usah kita campur-adukkan dengan tujuan lain seperti nak bebaskan Anwar. Bukan bererti matlamat bebaskan Anwar itu dilupakan, tetapi setiap tujuan yang hendak dicapai perlu satu, satu.

Ada suara yang menyatakan apa gunakan turunkan Najib jika UMNO terus berkuasa?

Bagi GB, kita perlu turunkan Najib dahulu, sebab Malaysia perlu diselamatkan, rakyat perlu dibela dan dibantu akibat kezaliman dan kekejaman yang Najib telah lakukan ekoran dasar-dasar pemerintahannya yang amat menekan rakyat.

Runtuhkan Najib, maka dengan sendiri runtuhkanlah UMNO kerana tidak ada sesiapa pun dari kalangan pemimpin UMNO yang dapat memulihkan UMNO lagi hatta TDM sendiri.

Tentang isu Anwar, GB katakan tadi memang betul kenyataan TDM, iaitu kita usahkan bangkit ia di dalam usaha kita hendak menjatuhkan Najib. Ia adalah agenda selepas Najib berjaya dijatuhkan.

Walaupun Mahathir mungkin tidak suka dengan Anwar, namun Mahathir tidak dapat menolak jika rakyat mengkehendaki Anwar. Mahathir sendiri mengakuinya:


Jadi kita berharap semua bersabar. Halakan kekuatan untuk jatuhkan Najib terlebih dahulu ynag terpalit dengan pelbagai skandal korupsi dan rasuah itu. Bebaskan institusi-institusi utama negara seperti judiciary, keselamatan, peguam negara dan lain-lain dari cengkaman eksekutif. 

Tuesday, April 12, 2016

Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menghalang ceramah Dr. Zakir Naik





Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menghalang ceramah Dr. Zakir Naik.

Memang sudah terbukti, dalam setiap ceramahnya, seruan DZN supaya berlapang dada dan perpaduan Islam akan memecahbelahkan umat di Malaysia.

Umat Islam juga dijangka akan berpecah belah dan berperang kerana ceramah DZN.

DZN juga telah menyesatkan ramai orang. Ramai orang 'bukan Islam' yang telah sesat selepas mendengar penghujahan beliau.

Ada lagi yang perlu dihalang seperti DZN iaitu Mufti Ismail Menk, Thariq Ramadhan, Noumad Khan, Habib Umar, Syeikh Nuruddin dan lain lain lagi.

Mereka juga menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah dengan ketaasuban mengikut aliran masing-masing.

Untuk mengelakkan perpecahan dan menjaga ketenteraman awam, sebaiknya jemputlah seperti Jennifer Lopez, K-Pop, Psy, Lionel Richie dll.

Mereka lebih baik.Tidak ada yang akan berpecah dan semua orang akan tenteram.

GUNA DR ZAKIR NAIK, TUTUP ISU NAJIB MESTI LETAK JAWATAN.


VIRUS KEAGAMAAN MULA DITABUR.

1. Kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah menjadi satu perbahasan hangat di media sosial khususnya dikalangan agamawan dan anak muda.

2. Pandangan dan hujahan pastinya panas apabila dinilai dari sudut agama yang berbeza. Namun adakah ini kebetulan atau ada agenda disebaliknya?

3. Realitinya semua penganut agama apapun mahu melihat kebaikan dan keamanan. Sudah pasti apabila kita menyentuh isu sensitif ini akan membangkitkan kemarahan jika tidak di uruskan dengan baik. Dengan situasi ini sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh atau mengalihkan isu-isu tertentu, tambahan pula ramai yang mudah melatah dan emosi dalam menangani isu sebegini.

4. Maka dengan ini saya mencadangkan agar semua pihak bertenang dan jaga kata-kata dari menghina sesama kita. Bersama kita mencari jalan penyelesaian dengan perbincangan dan keterbukaan minda serta emosi.

5. Realitinya isu ini membuatkan ramai lupa bahawa isu sebenar negara sekarang adalah Dato' Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

6. Kesengsaraan rakyat pada hari ini harus dibela. Strategi perkauman dan agama sentiasa digunakan oleh pemerintah zalim untuk terus kekal berkuasa. Malangnya walaupun ramai yang sedar tapi ramai juga terus sedia ditipu dan terpedaya dgn virus ini. Selepas ini Dr. Zakir Naik akan pulang dan meneruskan kerjanya diluar sana. Sedangkan kita masih terus berperang dengan agenda sesama kita mengenai Dr. Zakir Naik.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Nkp Amanah Nasional

Mengapa 1MDB Bayar USD1.367 Bilion Kepada Syarikat Palsu?



Rakyat Malaysia’ ingin tahu’ mengapa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang didapati syarikat palsu.

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua berkata, syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS telah mengesahkan Aabar BVI bukan entiti kumpulan korporat kedua-dua syarikat berkenaan.

“Pengumuman ini adalah mengejutkan kerana ia akhirnya mengesahkan apa yang pengkritik 1MDB mengesyaki selama ini bahawa 1MDB telah membuat pembayaran berbilion-bilion dolar pembayaran kepada Aabar BVI rekaan, yang berpura-pura membuat bayaran kepada Aabar sebenar.

“Laporan PAC baru-baru ini juga mengesahkan bahawa Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan bayaran ini kepada Aabar BVI termasuk AS$1,367 bilion ‘deposit keselamatan yang akan dikembalikan’ pada 2012 sebagai cagaran untuk AS$3.5 bilion jaminan bon yang disediakan oleh IPIC kepada 1MDB,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mendakwa, Ketua Audit Negara juga mengeluh kerana 1MDB bukan sahaja tidak memberikan apa-apa penyata akaun bank asing tetapi ia turut gagal untuk memberikan apa-apa bukti dokumen pemilik Aabar BVI.

“Adalah jelas sekarang bahawa 1MDB tidak pernah mampu untuk menyediakan bukti pemilikan Aabar BVI, kerana Aabar BVI jelas entiti palsu yang diwujudkan untuk menyalurkan AS$3.51 bilion atau lebih daripada 1MDB,” katanya.

Pua menambah, pihaknya juga ingin mengetahui mengapa 1MDB mengambil masa yang lama untuk mengakui penyelewengan sejak perkara itu didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada November tahun lalu.

“Walaupun soalan dilontarkan berulang kali oleh media global dan pengkritik seperti saya, Presiden 1MDB, Arul Kanda telah berdegil enggan menjawab persoalan pemilikan Aabar BVI.

“Sebaliknya, beliau memilih untuk berulang kali kitar semula tuduhan bahawa kami (pembangkang) sebahagian daripada konspirasi yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan 1MDB dan kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurut Pua, keengganan Arul Kanda memberikan jawapan kepada soalan-soalan sebelum ini hanya membuktikan bahawa beliau menyedari 1MDB telah menandatangani perjanjian dan membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar BVI palsu yang tidak mempunyai kaitan dengan IPIC.

“Ia juga bermakna bahawa Arul Kanda dan 1MDB telah menipu Ketua Audit Negara dan PAC kerana kegagalan mereka untuk mendedah dan menerangkan kebenaran semasa siasatan,” tegasnya lapor Free Malaysia Today