Tuesday, July 28, 2015

HOT!!! (Video2) Inilah Punca PM Haji Naji Gugurkan TS Muhyiddin Dari Jawatan Timbalan Perdana Menteri.. Jom Terjah!!!

 



 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
 


Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
 


Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet

Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan menteri

Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr  Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani.


-MalaysiaKini

Digugur Tak Sampai 24jam terus ada kes diserahkan kepada SPRM untuk siasat bekas TPM



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.

Pecat Muhyiddin - Husam Gesa MP Bersatu Lawan PM






Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa para MP untuk mengambil tindakan bersama untuk “menyelamatkan negara” sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari Kabinet.

Kenyataan Husam itu dipercayai bermaksud agar para MP bergabung suara untuk mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas MP itu membuat seruan tersebut ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam yang mengarahkan Muhyiddin menutup mulut dalam isu 1MDB.

“Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan Datuk Seri Najib tidak lagi mengambil kira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

“Demi 1MDB, Datuk Seri Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

“Bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka terhadap rukun bernegara akan berlaku,” kata bekas MP Kubang Kerian itu dalam kenyataannya.

Susulan arahan Najib semalam, timbul spekulasi bahawa Muhyiddin akan digugurkan dari Kabinet.

“Andainya Tan Sri Muhyiddin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada,” kata Husam.

Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa seruannya itu bukan dibuat kerana Muhyiddin tokoh terbaik untuk memimpin negara.

“Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

“Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama,” katanya.

- mkini

UPDATE - Muhyiddin Dipecat.. Zahid Hamidi TPM





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Ngeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangany bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakujkan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Khidmat Gani Patail Sebagai Peguam Negara Ditamatkan






Tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika siasatan mengenai isu membabitkan perdana menteri tidak boleh diterima, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

Pada masa sama, Wan Saiful bertanya sama ada menteri kabinet yang lantang turut akan diketepikan kerajaan.

Dalam kenyataan dibuat sebagai reaksi kepada penguman kerajaan hari ini Wan Saiful berkata, penamatan itu menimbulkan banyak persoalan mengenai alasan di sebalik keputusan berkenaan.

"Saya maklum kemungkinan berlaku konflik kepentingan dalam peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya tetapi ia patu diselesaikan dengan perubahan sistem, bukan memecat peguam negara," katanya.

Memetik kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Bernama hari ini melaporkan perkhidmatan Abdul Gani (gambar) ditamat atas sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani.

Kata Wan Saiful tempoh perkhidmatan Abdul Gani sepatutnya berakhir hujung Oktober ini dan tiada sebab mengapa dia perlu ditamatkan perkhidmatannya.

Katanya, orang ramai sudah bercakap mengenai kemungkinan berlaku konspirasi terdesak untuk perdana menteri kekal dengan jawatannya.

Tindakan itu, katanya, mengukuhkan lagi teori konspirasi berkenaan dan tambah melemahkan alasan untuk Datuk Seri Najib Razak meneruskan tugas sebagai perdana menteri.

"Pemecatan Abdul Gani tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan.

"Saya kini bimbang anggota lain dalam pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB berada di bawah tekanan pihak atasan.

"Adakan menteri kabinet yang kritikal akan dipecat juga?" katanya.

Monday, July 27, 2015

Pejabat PM 'sound' TPM supaya tutup mulut..!!


PMO: TPM perlu tunggu siasatan 1MDB

 
Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan berkaitan 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Muhyiddin dilaporkan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.
Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau yang juga timbalan presiden Umno ketika berucap merasmikan penutupan mesyuarat agung Umno bahagian Cheras malam tadi.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, PMO berkata: "Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno.

"Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," kata PMO lagi.
Dalam hal ini, tambahnya, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan, turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.

"Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud.

"Pada masa yang sama, kita elakkan membuat kenyataan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara," tambahnya.

Menurut kenyatan itu lagi, kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangi tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB.

Ini, katanya, termasuklah arahan kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Selain itu, satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua menteri-menteri kabinet sebelum ini," tambahnya.

Satu pasukan petugas khas juga, katanya, telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan kerajaan.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka," tegasnya.

Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang?



Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang? Datuk Seri Najib Razak menikmati jamuan makan malam ini bertentangan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) meminta timbalan perdana menteri itu bersabar menunggu hasil siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang mengenakan baju batik hitam dilihat kurang bercakap dengan Muhyiddin yang duduk bersebelahan dengan Tuan Yang Terutama Melaka Tun Khalil Yaakob.

Rumah Terbuka CIMB diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.

Antara tetamu kehormat yang disaksikan memeriahkan majlis itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan lain-lain.

PMO petang tadi meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran kerajaan termasuk Muhyiddin perlu menunggu hasil siasatan ke atas 1MDB sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang?

Menurut PMO, seharusnya anggota pentadbiran kerajaan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap Putrajaya dan Umno.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka."

Semalam Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, laporan The Wall Street Journal (WSJ) RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Najib adalah satu perkara yang serius dan memerlukan penjelasan.

"Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: "Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya". Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian.

"Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur malam semalam.











Laman Pro-UMNO Desak Muhyiddin Undur Kalau Tidak Setuju dengan PM



 

Blog pro Umno MyKMU.net hari ini mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau tidak bersetuju dengan perdana menteri, beliau yang harus berundur.

Ia berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pedas dibuat timbalan perdana menteri itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara lain beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

"Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.

"Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada Umno/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi timbalan yang setia, ikut macam nasihat di bawah," tulis pengarang blog itu.

Di bawah teks itu dimuat naik klip video ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, “sekiranya anda tidak gembira dengan ketua anda, anda yang perlu berundur, bukannya ketua anda”.

Muhyiddin turut mendedahkan dalam ucapannya, beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi ia tidak diendahkan perdana menteri.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Menulis dalam artikel bertajuk Persepsi Tidak Bertambah Baik Dengan Berkata 'BN Akan Kalah Esok', pengarang blog itu bertanya, penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Muhyiddin yang menganjurkan beliau berkata begitu.

Beliau memetik kenyataan beberapa pihak yang sebelum ini mendakwa perdana menteri dikelilingi penasihat dan pegawai tidak berguna dan sering memberi nasihat yang salah.

"Adakah ia cara memberi persepsi positif kepada BN?," soal laman web itu merujuk kenyataan Muhyiddin mengenai kekalahan BN dalam PRU14 itu. – The Malaysian Insider

PANAS - SU Agung PAS Dipecat





Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan merasakan pemecatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Kota Baru tidak logik dan sukar untuk diterima, lapor Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun tiada sebarang surat rasmi daripada kawasan itu yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Benda (pemecatan) itu sahih tetapi saya masih belum dapat apa-apa surat lagi, saya cuma dimaklumkan saja. Saya sendiri tidak faham mengapa saya dipecat.

"Walaupun saya dulu adalah timbalan yang dipertua PAS kawasan, saya tidak kisah dilantik sebagai AJK saja, bagi saya berkhidmat tidak memerlukan jawatan. Bagaimanapun, apa yang berlaku ini, bagai tidak logik dan sukar diterima," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Apabila ditanya sama ada pemecatannya itu merupakan tanda Gerakan Harapan Baru (GHB) semakin agresif di Kelantan, Takiyuddin berkata, persoalan itu perlu ditujukan kepada Wan Abdul Rahim yang juga merupakan pengerusi GHB Kelantan, kerana masih belum ada penjelasan terhadap pemecatan dirinya.

Semalam, dilaporkan PAS Kawasan Kota Baru membuat keputusan memecat Takiyuddin dalam satu mesyuarat yang tidak dihadirinya pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat itu turut memutuskan untuk memecat pengarah pilihan raya PAS kawasan tersebut, Hamid Seman.

Takiyuddin berkata dalam perlembagaan parti, PAS kawasan itu mempunyai kuasa membuat keputusan tersebut namun memerlukan persetujuan undian daripada separuh AJK kawasan.

"Sebelum ini, saya timbalan yang dipertua PAS Kota Baru. Bagi mengelak pertandingan, saya menarik diri. Bila selesai pertandingan, saya dilantik sebagai AJK PAS kawasan selaku pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PAS kawasan," katanya.

Katanya, meskipun dengan hanya menjadi AJK PAS kawasan, beliau terlibat aktif dalam menyertai pelbagai program dan menghadiri beberapa mesyuarat. –

- tmi

Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat


Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU akan datang.

"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH beri kepada kita selepas PRU lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.

"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.

"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya.

TPM: Anggota kabinet tak senang saya baca The Edge

 




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang mampu memberi penjelasan sebenar berhubung skandal 1MDB yang sarat hutang, termasuk anggota jemaah menteri atau kabinet.

Justeru, katanya, beliau cuba mendapatkan maklumat daripada media termasuk akhbar minggan perniagaan The Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin




Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.

Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi hingga beratus juta dolar.

"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.

"Namun walau sudah nafi yang buat itu adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, saya kata balik beliau yang kena nafikan sendiri sebab tuduhan itu merujuk kepadanya, dan lepas itu baru ada penafian," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.

"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.

"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.

Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.

Beliau berkata, amat bersetuju sekiranya pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu menjalankan tugas mereka tanpa diganggu mana-mana pihak lain.

Katanya tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.

"Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas.

"Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti.

"Saya juga tidak ada halangan kalau laporan interim didedahkan umum supaya orang tidak akan tertanya-tanya atau diputar belitkan media antarabangsa," katanya.

- tmi

Muhyiddin - Orang Cakap The Edge Tak Betul, Cuba Cakap Apa Yang Tak Betul?


Saya baca The Edge untuk faham 1MDB, kata Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di mesyuarat Umno Cheras malam ini. Beliau mengaku 'sukar nak faham mengenai 1MDB sehingga terpaksa baca


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini.

- themalaysianinsider

PKR Akhirnya Bersuara, Sedia Kerjasama Dengan Gerakan Harapan Baru




PKR bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan Umno. Kita sama...kita mempunyai perjuangan.

"Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat Presiden di Butterworth hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri.

Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baru.

Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan PAS.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.

Ditanya mengenai pendirian yang diambil PKR terhadap GHB, anggota Parlimen Permatang Pauh itu memberi 'jawapan selamat' dengan berkata: "Kita semua kawan...kita ada keterbukaan, mereka kawan lama kita. Kita sebagai kawan, kawanlah...atas kerangka kerja dasar yang sama, kita bersama," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata keutamaan dan pendirian PKR ketika ini adalah bersikap lebih inklusif untuk menjaga keharmonian dan memakmurkan negara serta ekonomi.

"Kita harus bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan di sini Keadilan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan semua parti dan rakyat akan bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap bagi menyelamatkan negara," katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam muktamar parti bulan lepas.

GHB, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

-Bernama

Wednesday, July 15, 2015

#HarapanBaru : Antara bimbang dan sedih


 - Nazril Laharadi


Manusia hidup dalam keadaan salah satu antara dua perasaan gembira atau sedih. Sedih adalah apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, gembira pula adalah sebaliknya. Jadi manusia sentiasa hidup dalam keadaan bimbang, iaitu takut menjadi sedih dan tidak gembira.

Harapan adalah kata berlawan bagi bimbang. Sedih dan bimbang adalah menyakitkan. Harapan memberikan ruang kepada manusia untuk melegakan perasaan bimbang. Ia tidak hilang, namun manusia perlukan harapan untuk terus hidup. Tanpa harapan, manusia menjadi sedih sebelum sepatutnya menjadi sedih.

Menurut al-Quran antara nikmat syurga ialah tidak wujud perasaan bimbang dan sedih. Dalam surah al-A'raf 7:49 Allah berfirman: "Masuklah ke dalam syurga kamu tidak akan merasa takut dan sedih".

Apabila adam dan hawa diturunkan dari syurga, Allah memaklumkan mereka akan mendapat perasaan bimbang dan sedih di dunia. Hanya dengan petunjukNya perasaan bimbang dan sedih ini dapat dihilangkan (rujuk al-Baqarah ayat 38).

Rakyat kini rata-rata berada dalam keadaan sedih. Kenaikan harga barang, tekanan cukai barang dan perkhidmatan (GST), subsidi yang ditarik balik, tuduhan-tuduhan korupsi pemerintah, ketegangan antara kaum, menyebabkan rakyat menjadi hiba. Mereka bimbang, perkara yang lebih buruk akan berlaku, dan rakyat akan bertambah sedih.

Sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), slogan Pakatan Rakyat mencerminkan perasaan kebanyakan rakyat. Mereka bimbang jika kerajaan Barisan Nasional terus memerintah, mereka akan sedih dan tidak gembira. Ini dicerminkan menerusi peratusan undi popular. Walaupun akhirnya PR tewas dan kebanyakan rakyat tetap juga sedih.

Apabila parti komponen PR bercerai-berai, rakyat seolah-olah hilang harapan. Akibatnya, mereka menjadi sedih sebelum masanya. Seolah-olah tiada lagi sinar bahagia. Satu harapan baru diperlukan, agar rakyat diringankan daripada beban kesedihan sedia ada. Walaupun harapan baru ini tidak menjamin kegembiraan, setidak-tidaknya ada satu harapan baru tempat berpaut.

PR sudah tiada lagi. Harapan baru akan menjadi galang gantinya.

Bagi PAS yang dicengkam kebimbangan akibat wujudnya harapan baru ini, tidak seharusnya bimbang. Ini kerana, Allah berfirman. Dalam surah al-Ahqaf 46:13 "mereka yang istiqamah tidak akan rasa bimbang dan sedih". Dengan itu hendaklah mereka istiqamah hingga kemenangan. Istiqamah itu akan memberikan mereka kelazatan hidup, jadi mengapa perlu bimbang dan takut?

Adapun bagi kebanyakan rakyat, cukuplah harapan baru ini sebagai penawar takut dan bimbang buat masa sekarang. – 14 Julai, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider
 

Mat Sabu : Dari #ABIM dan sertai #PAS kini ke Gerakan #HarapanBaru


MENELAAH INSAN YANG BERNAMA MOHAMAD SABU YANG SERBA SEDERHANA SEJAK SERTAI PAS SEHINGGA KINI MENGGERAKKAN #‎HARAPANBARU‬


Tuan Hj Mohamad Sabu, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, bukanlah nama yang begitu besar dalam arena politik tanahair, tetapi dia punya keistimewaan sendiri di kalangan peminat politik. Beliau seorang tokoh yang sederhana, hidupnya sederhana, sikapnya sederhana, dan profil politiknya juga sederhana. Beliau aktif bersama ABIM sebelum menyertai PAS. Dia menyertai PAS setelah PAS kalah di Kelantan tahun 1978. Waktu itu, PAS berada dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu PAS dalam keadaan yang lemah itulah, Mat Sabu menyertai PAS. Dia bukan menyertai PAS ketika PAS kuat. Dia menyertai PAS setelah PAS baru saja hilang kuasa kerajaan negeri di Kelantan. Dia punya visi untuk menguatkan PAS dan mengembalikan PAS ke arus perdana politik tanahair.

Penyertaan beliau di dalam PAS dibuat bukan kepalang. Merengkok dalam ISA dan dibuang daerah. Ditangkap puluhan kali. Didakwa atas pelbagai tuduhan. Mengalami kecederaan semasa demonstrasi.

Itulah sikap Mat Sabu. Ketika beliau dalam ABIM, beliau berikan 100% komitmen pada ABIM. Ketika beliau bersama PAS, dia berikan seluruh hidupnya dan kesetiaannya kepada perjuangan PAS. Dia bukan jenis manusia mencari kepentingan. Bukan jenis manusia kepalang tanggung. Dia Mat Sabu. Dia tidak pandai berpura-pura. Ibarat kata Datuk Zaid Ibrahim, "In Mat Sabu, what you see is what you get. There is nothing artificial about him". Dalam kata lain, dia punya sosok peribadi yang transparen.

Krisis dalaman PAS membawa titik baru dalam hidupnya. Beliau sering menekankan tentang kepentingan manhaj muwajahah silmiyyah, menentang keganasan, menentang sekterianisma, menentang ta'sub buta, menentang kepura-puraan atas nama agama, menentang rasuah, tentang peri pentingnya amanah, ketelusan, dan urustadbir yang baik.

Beliau berkata dalam satu taklimatnya, "dalam ruang demokrasi kita perlu berjuang dengan tangan kosong (tanpa senjata). Ini sangat penting. Apabila kita mula pegang senjata, kita hilang legitimasi dalam perjuangan kita."

Beliau mahu Islam dibawa ke dalam masyarakat secara inklusif, progresif dan penuh kepedulian terhadap derita rakyat.

Tetapi, idealisma ini semakin terpinggir dalam parti yang dianggotainya selama beberapa dekad. Bukan sahaja idealisma ini terpinggir, malah tokoh-tokoh pimpinan parti yang bersama membawa dan menyokong idealisma ini juga tersisih, secara en-bloc tanpa ampun.

Mat Sabu mengaku dia tidak pandai bergaduh dan bertengkar sesama rakan dalam parti yang sama. Baginya, kalau dirinya dan idealisma yang diyakini sudah tidak ada tempat lagi dalam parti yang dianggotainya maka jalan penyelesaian terbaik ialah membuka wadah baru untuk memastikan mesej Islam rahmatan lil aalamin dalam bentuknya yang inklusif, progresif, amanah dan peduli terus dapat di bawa ke dalam masyarakat. Ini adalah pilihan paling jujur yang beliau boleh lakukan. Pasti ada kebaikan dan keburukan ke atas pilihan ini. Tapi, manusia mesti membuat pilihan bila tiba masanya untuk membuat pilihan. Manusia yang jujur akan membuat pilihan yang jujur, walaupun sukar. Amat sukar sebenarnya!

Kecaman demi kecaman ke atas beliau tidak beliau pedulikan. Pelbagai provokasi dibuat. Beliau langsung tidak menjawab kecaman tersebut. Beliau sangat fokus untuk memposisi wadah baru ini dalam arus perdana politik tanahair. Dia mahu idealisma yang selama ini diperjuangkan terus dapat dikembangkan.

Allah Maha Adil. Manusia seperti Mat Sabu ini ada penolong-penolongnya yang sanggup sama-sama membantu beliau disaat susah mahupun senang. Mat Sabu tidak menjadi manusia terbuang begitu saja. Beliau dikutip dan digilap untuk terus bercahaya. Permata kecil ini masih ada nilainya untuk kita. Masih ada peranannya untuk agama dan negara.

Samada beliau berjaya atau tidak dalam perjuangannya, ia akan hanya diketahui bila tiba masanya. Tetapi, dia telah membuktikan dirinya adalah pejuang yang teguh dengan prinsip dan sanggup berhadapan dengan apa jua cabaran untuk mengangkat apa yang diyakininya.

Dia tidak takut menempuh jalan sukar.
Dia Mat Sabu. Semoga Allah merahmatinya.

Sunday, July 12, 2015

Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan



Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan. PAS kawasan Bukit Katil mempertikaikan pengumuman lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan PAS negeri atas alasan ia tidak memenuhi syarat yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Yang Dipertua (YDP) Mohd Sofi Abdul Wahab mendakwa, beliau tidak dipanggil pesuruhjaya PAS negeri bagi menghadiri mesyuarat pertama membincangkan pelantikan AJK seperti termaktub dalam Fasal 40 ceraian 5 perlembagaan parti.

"Saya sebagai YDP PAS kawasan Bukit Katil ingin menegaskan, pelantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.

Untuk makluman, sehingga kini saya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Katil dan setiausaha PAS kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat perhubungan negeri sebelum ini.
Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan

"Sepatutnya pesuruhjaya PAS negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua YDP dan setiausaha PAS kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan bagi membincangkan pelantikan AJK seperti dalam fasal 40 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau ada menghubungi pesuruhjaya PAS negeri bagi membincangkan perkara itu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan mengenainya."Apa yang menghairankan, bagaimana pesuruhjaya PAS negeri boleh membelakangkan YDP PAS Kawasan, ketua Dewan dan setiausaha masing-masing dalam hal pelantikan ini.

"Saya menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini, tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan menyelesaikannya," katanya.Justeru, Sofi menggesa agar pelantikan itu ditarik balik."

Saya mencadangkan kepada pesuruhjaya PAS Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang pelantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua YDP dan setiausaha kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan yang dibelakangkan," katanya.

Sumber

Kaitan Rahsia Antara 1MDB Dan Parti Baru GHB


ramziredang 

Benarlah hidup kita ini penuh dengan rahsia tersirat. Mereka merancang, Allah swt merancang tetapi perancangan Allah swt mengatasi segala perancangan. Ada dua peristiwa besar yang melanda negara kita, iaitu rentetan rentetan 1MDB dan juga buhan parti Islam baru menggantikan PAS iaitu Gerakan Harapan Baru. Tanpa kita sedari keduanya ada kaitan rahsia rancangan penubuhan.

 Peristiwa 1 

Hampir semua rakyat yang tidak pekak, yang tidak tuli atau yang tidak buta, serta waras akalnya sedang membicarakan 1MDB. Kerana ianya adalah barah cancer tahap 5. Apa yang kita tahu, cancer tahap 4 memang sudah dikira parah, tetapi 1MDB adalah cancer tahap 5. Ianya adalah barah ekonomi yang teruk, yang apabila ianya betul betul pecah, tidak akan ada sesiapa mampu membayangkan lagi buruknya kesan kepada kita semua. 

Ia isu yang menyatukan rakyat samada dia pembangkang, dari parti kerajaan, NGO, peniaga, rakyat marhain dan semua lapisan masyarakat yang sangat bimbang, kenapa bala menimpa sebegini parah terhadap negara kita. 

Belum pernah ada dalam sejarah, isu kerajaan UMNO ditentang oleh pemimpin UMNO sendiri disebabkan masalah ekonomi. Belum pernah dapat kita baca di media maya, betapa kuatnya kritikan dari cybertrooper UMNO sendiri. Saya sendiri mengenali seorang cybertrooper UMNO yang dulunya memang makan upah untuk menyerang pembangkang, tetapi kerana isu 1MDB dan GST, tiap tiap hari kita dapat membaca maki seranah dia terhadap pimpinan najib. 

Namun ada sesuatu yang sangat pelik dan ajaib, di saat saat kemarahan rakyat yang meluap luap terhadap kebobrokan yang berlaku dalam negara ini, ada juga hati hati munafik ,yang tidak dapat membendung rasa, hingga lahir dibibir mereka kalam kalimah yang secara tidak langsung menyokong najib. Anehnya juga, dua tiga dari mereka asyik asyik orang yang sama. (Aneh lagi kerana dia dari pembangkang, dan bapak bapak bapak bapak segala aneh dari yang aneh, dia dari golongan ulama) Yer sangat aneh tahap neraka paling bawah kalau ulama membela kezaliman. 

Kalau dulu, cara politik mereka, apa sahaja yang UMNO buat semuanya kafir, taghut dan semuanya dibangkang. Hendak buat jambatan untuk rakyatpun dibangkang, hendak buat jalanrayapun dibangkang semata mata kerana ianya dari UMNO. Sekarang tidak lagi. Cinta rahsia mereka terhadap UMNO tidak dapat dibendung. Lantaran itu keluarlah kata kata pujian. Tidak ada lagi kejian. Apa sahaja yang UMNO buat sekarang ,dia pula yang menjadi pembela. Mungkin dia hendak tambahkan lagi 'kuota permit teksi', atau menjaga kepentingan di dalam 'Pantai Sentral Park' atau bimbang terbubarnya 'perangsang'. 

'Hati serigala' mereka yang selalu lapar inilah yang membuatkan segala galanya berubah. Kezaliman UMNO sudah tidak nampak lagi di mata mereka. Di mata mereka sekarang, segala kezaliman UMNO hendaklah dibuktikan dengan saksi. Saksi pula hendaklah saksi yang adil. (Tanpa dia sedari, dia sendiripun sudah terkeluar dari golongan saksi yang adil kerana selalu tidak menepati janji dan suka memfitnah) 

Rakyat telah muak dan tidak dapat bertahan lagi untuk membiarkan UMNO bermaharajarela merosakkan negara dan harapan rakyat satu satunya adalah kepada PAKATAN RAKYAT. 

Tetapi sayang PR pun sudah hancur. 

Peristiwa 2. 

Selepas muktamar PAS, jelas keputusannya semua pemimpin profesional ditendang dan dipijakhancur. Mereka dipinggirkan dari peringkat atas sehinggakan ke peringkat bawahan, kampung kampung. 

Betullah kata orang tua tua, orang alim kalau dah jahat akan jadi sangat jahat. Mereka merancang dengan jijik. Fitnah adu domba mainan halal bagi mereka.Rancangan mereka tidak lain dan tidak bukan kerana ingin mengejar jawatan dan pangkat.

Oleh kerana kelemahan UMNO BN dan kekuatan PR seolah olah sudah membawa hampir ke putrajaya, mereka mula merasa rugi kerana mungkin tidak akan dapat berbahagi harta ghanimah.(Rujuklah sejarah ketika perang zaman Rasulullah saw bagaimana berubahnya umat ketika terbayangkan harta ghanimah) 

Lantaran perbuatan mereka yang ingin digelar ulama ini, PAS berpecah dan PR terkubur. 

Namun Allah swt ada rahsiaNYA. Perpecahan hasil dari tangan tangan mereka ini merugikan mereka sendiri. Ahli bawahan faham tentang nafsu jelek mereka. 

Kerana itu bila sahaja ada rancangan menubuhkan parti islam baru yang lebih inklusif, rakyat sangat tertunggu tunggu. PAS ulama, tinggal menjadi kontang kanting. Mereka yang menerima akibat yang parah. 

Di Johor, hanya 11 orang sahaja pimpinan negeri yang hadir mesyuarat agung, sementara jumlah sepatutnya yang hadir adalah 56 orang. 

Di melaka, semua pimpinan lama tidak menyokong pesuruhjaya yang baru. Lantaran itu berlaku perlanggaran perlembagaan oleh pesuruhjaya baru melantik pimpinan baru tanpa mesyuarat terlebih dahulu. 

Di Negeri Sembilan lebih 80% tidak menyokong golongan ulama dan dasar pandang ke belakang sekarang ini. 

Di Kelantan sendiri, tidak kurang dari 8 orang wakil rakyat parlimen dan dun yang akan masuk parti baru. 

Sama juga di Perlis, kedah, perak dan pahang. Cuma yang saya tidak jelas sambutan di Terengganu. 

Secara keseluruhannya 80% ke arah parti baru dan 20% akan tinggal menjilat bontot ulama jumud. 

Peristiwa 1+2. 

Di saat saat rakyat tidak dapat menjadikan UMNO BN sebagai tempat bergantung, maka rakyat beralih harapan kepada Pakatan Rakyat. Tiba tiba PR berpecah. Hati rakyat rasa kecewa kerana hilang kedua dua harapan. 

Pada masa yang sama berlaku kepincangan 1MDB, peristiwa saham felda jatuh, peristiwa Mara, KWAP, KWSP, tabung haji dan macam macam lagi,pada masa yang sama tiba tiba PR terkubur.

Namun, disaat saat 1MDB meledak, cahaya harapan tumbuh kembali bila ada perancangan untuk menubuhkan Pakatan 2.0. Dan ianya akan lebih kukuh. Lebih serasi. Lebih inklusif swmua rakyat. Malah cahayanya lebih terang memancar dari yang dahulu. Gerakan Harapan Baru. 

Rupa rupanya rahsia antara 1MDB dan munculnya Gerakan Harapan Baru datang serentak, supaya rakyat berpayung dengan bersatu hati sebagai satu bangsa malaysia di dalam Pakatan 2.0. 

Bila menyedari gelombang sambutan rakyat terhadap parti baru ini sangat menggalakkan, maka muncullah seorang dua yang kepanasan. Lalu timbul pula berbagai ulasan konon tidak akan bertahan lama, jangan kecewa kalah menang adat bertanding atau lebih lucu...kalau kenangkan sahabat jangan tubuh parti baru.Pasti kita akan dengar bermacam ulasan lagi dari mereka selepas ini. 

Hanya satu sahaja ucapan yang mampu kita ucapkan untuk mereka..... 

Biarkan anjing anjing dan serigala menyalak, tetap akan muncul...GERAKAN HARAPAN BARU

Friday, July 10, 2015

Parti Baharu Atau Ambil Alih Parti Sedia Ada, Tunggu Hari Raya...


Jenamakan semula parti sedia ada jika gagal daftar parti baharu, kata Mujahid

Sekumpulan pemimpin progresif PAS sedang mengkaji kemungkinan membuat "penjenamaan semula" sebuah parti politik sedia ada, jika parti baharu yang akan ditubuhkan berdepan masalah pendaftaran dengan Pendaftar Petubuhan (RoS), kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid berkata pendekatan sebenar adalah menubuhkan parti baharu tetapi jika RoS membuat keputusan untuk mengetatkan prosedur pendaftaran, kumpulan itu akan mencari jalan lain bagi mewujudkannya.

"Kita boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih parti sedia ada, menghantar permohonan kepada RoS untuk menukar namanya, logo dan misi.

"Tetapi kita tidak menghadapi masalah (untuk mempunyai parti baharu berdaftar)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parit Buntar, hari ini.

Langkah itu akan mencerminkan apa yang PKR lakukan apabila presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai masalah mendaftarkan Pergerakan Keadilan Sosial sebagai sebuah parti politik lewat 1990-an selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Pergerakan Reformasi mengambil alih sebuah parti kecil yang dikenali sebagai Ikatan Masyarakat Islam Malaysia dan dilancarkan sebagai PKR pada April 1999, tepat pada masanya untuk pilihan raya umum tahun itu.

Mujahid bersama sekumpulan pemimpin progresif PAS yang digulingkan daripada jawatan mereka dalam parti Islam itu, yang kini dikuasai puak ulama konservatif, sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan parti sebagai alternatif kepada PAS dan membina pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah runtuh.

Ketika ditanya mengapa mereka mahu berdepan masalah menubuhkan parti baharu berbanding menyertai DAP atau PKR, Mujahid berkata terdapat keperluan untuk melihat tujuan yang lebih besar dan bukan survival peribadi mereka dalam kancah politik.

"Ini bukan soal menyertai parti lain untuk kelangsungan politik tetapi untuk membawa politik baharu kepada negara ini. Kita mesti mempunyai jiwa yang lebih besar untuk membuka jalan ke arah agenda baharu.

"Kami melihat kepentingan ini biasa di parti yang lain. PR mungkin mati tetapi kita perlu mengekalkan semangat dan kesepakatan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata parti baharu berkenaan belum ada nama kerana mereka masih mengumpul sokongan dan menggerakkan kekuatan badan bukan kerajaan yang berkongsi wawasan pemimpin progresif, tetapi ia bersahaja yang dirujuk sebagai "harapan baharu" atau "xin xi wang" dalam bahasa Mandarin.

"Kita mungkin tidak dapat menggelar diri kita sebagai Parti Islam Progresif kerana sudah ada sebuah parti Islam. Nama itu boleh menyebabkan kekeliruan. Kami mungkin menggunakan nama yang akan mencerminkan perjuangan dan prinsip kami seperti inklusif, progresif dan keadilan.

"Kami juga tidak mahu dikenali sebagai G18. Ia seperti panggilan nama kumpulan gengster terkenal di Pulau Pinang. Semasa saya kanak-kanak, G18 adalah kumpulan gengster yang menakutkan," katanya, merujuk kepada nama tidak rasmi yang diberikan kepadanya dan 17 pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Mujahid berkata, "harapan baharu" pergerakan itu kini sudah berkembang lebih besar daripada hanya 18 kepada mereka yang datang daripada kumpulan serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang ditubuhkan tahun lepas.

Beliau berkata bersama mereka adalah NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia, institusi dan ahli masyarakat sivil yang berkongsi visi dan aspirasi mereka.


"Kami berada di seluruh tempat. PasMa bermula lebih awal tetapi kami mahu masuk dan melawan terlebih dulu (dalam pemilihan parti), sekurang-kurangnya sehingga kami pasti proses yang sistematik untuk menghapuskan progresif. Ia seolah-olah PAS tidak memerlukan lagi ahli progresif," katanya.

Ia juga secara terbuka difahamkan ahli progresif akan menjelajah seluruh Malaysia bagi mengajak individu terkenal seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sama ada mereka mengajak mana-mana tokoh penting, Mujahid berkata mereka akan menjelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan orang yang berkongsi cita-cita dan aspirasi bagi mendapatkan pandangan mereka.

"Meminta seseorang seperti Dr Mahathir menyertai kami? Kami terlalu kecil," katanya sambil menambah mesyuarat awal minggu ini antara pemimpin progresif PAS Mazlan Aliman dan Dr Mahathir secara khusus mengenai isu Felda.

Sejauh mana harapan baharu yang diambil mereka, Mujahid berkata pergerakan itu menuju ke depan dan mungkin hasil usaha mereka akan dapat dilihat selepas sambutan Aidilfitri.

"Pada masa ini, bulan Ramadan kita bertemu ramai orang secara persendirian. Kami bergerak di semua negeri supaya parti itu apabila ia dibentuk kelak akan hadir di peringkat negeri juga. Kita tidak mahu menjadi sebagai sebuah parti yang 'syok sendiri'.

"Selepas Aidilfitri, kami akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bermula dari Perlis pada 19 Julai. Kami akan berada di Perak pada 26 Julai. Kami akan memberitahu media mengenai program kami sejurus rancangan dimuktamadkan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Nibong Tebal Teoh Seang Hooi berkata DAP sentiasa menghargai kepimpinan prinsip dan usaha Mujahid bagi merapatkan kaum dan agama yang berbeza dengan dialog dengan gereja.

Beliau berkata apa yang Mujahid lakukan untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan antara agama adalah teladan, bukan saja di rumah tetapi di luar negara, dan prinsip beliau adalah sama dengan impian DAP untuk menjadikan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. –TMI

ULASAN GB

Kita sedia maklum bahawa RoS akan cuba untuk melengah-lengah pendaftaran parti-parti baharu dari kalangan yang tidak mesra-BN.

Malah "Pakatan Rakyat" sendiri sehingga sekarang tidak lagi diluluskan pendaftarannya oleh RoS.

Jadi mengambil alih parti yang sedia ada, menghantar permohonan kepada RoS untuk menukar namanya, logo dan misi itu adalah alternatif jika parti baharu yang betul-betul baharu tidak diterima oleh RoS.

Jika itupun ada banyak ranjaunya, maka tiada pilihan kecuali gerakkan Jawatankuasa Undang-undang di bawah Hanipa dan Asmuni untuk mengheret RoS ke mahkamah.

Kita memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan pendaftaran parti baharu, parti alternatif kepada PAS yang telah membuang kumpulan professional di dalam muktamarnya yang lepas.

Pemimpin tertinggi PAS bertelagah pendapat sokong Najib



Pemimpin tertinggi PAS bertelagah pendapat sokong Najib
Semakin jelas beberapa perkara yang tidak kena dengan PAS. Berbeza dengan zaman Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat dan pentadbiran Presiden Fadzil Noor pada era Reformasi dahulu, PAS kini bukan sahaja mengenepikan pendapat golongan profesional dalam parti itu tetapi sesama ulama juga berbeza pendirian.

Isu akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa PM Najib Razak menyelewengkan dana 1MDB menyerlahkan ulama Pas tidak sekata dalam menyatakan pendirian. Mursyidul Am Dr Haron Din dengan tegas membela Najib dan menganggap tuduhan PM itu memindahkan wang awam ke dalam akaun peribadi adalah tidak masuk akal.

Sedangkan pada zaman Nik Aziz, Mursyidul Am tidak akan ditanya oleh wartawan media arus perdana pendirian beliau ke atas dakwaan jenayah pemimpin Umno, kerana telah jelas butir-butir kritikan yang akan dilontarkan. Jika ditanya pun, pasti Nik Aziz mengingatkan hukuman Allah kepada pemimpin yang mencuri wang rakyat dan menggesa pihak berwajib melakukan siasatan segera.

Wibawa politik

Hujah tersebut diguna pakai oleh anak saudara Nik Aziz yang kini menjawat Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata pengesahan Peguam Negara Gani Patail bahawa siasatan memang telah dilakukan ke atas 1MDB secara tidak langsung memberi wibawa kepada laporan WSJ berhubung kebocoran laporan siasatan, berbanding penafian tuduhan oleh Najib sebelum ini.

Dalam hal ini, sama ada Haron tidak berwibawa sebagai ahli politik – yang mana komen beliau boleh dimanipulasi wartawan – atau pun memang Haron adalah penyokong Najib. Haron sebelum ini mencetus kontroversi apabila mempertahankan Najib daripada desakan Dr Mahathir yang mahu PM itu meletakkan jawatan.

Sokongan Haron mengakibatkan Pas hilang wibawa sebagai parti pembangkang. Sememangnya Haron boleh berhujah dengan beberapa hadis yang membenarkan seseorang menyokong pemimpin zalim. Namun lebih baik jika sokongan diberi dalam situasi negara diserang musuh misalnya, atau percubaan golongan kafir mahu menjatuhkan PM.

Sekiranya PM lemah dan beliau masih disokong juga maka ia tidak sesuai dengan kaedah siasah moden. Apatah lagi Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

Permainan politik

Kitab-kitab lama memfatwakan pemimpin Islam tidak boleh dijatuhkan selagi mana mereka membenarkan umat Islam mengamalkan agama. Sekiranya hal itu diamalkan maka haram kewujudan mana-mana parti orang Islam selain Umno. Hanya DAP, MCA, MIC dan sebagainya sahaja yang beroleh status halal dalam perjuangan politik di negara ini. Adakah Haron menganut fahaman sedemikian?

Pas selepas penyingkiran golongan profesional perlukan tokoh yang dihormati semua kaum dan tinggi spin politiknya untuk menarik kembali minat pengundi menjelang pilihan raya umum depan.

Jika Pas dipimpin oleh golongan yang kelihatan tidak faham permainan politik maka rakyat tidak akan mengundi parti itu. Terutama pengundi Cina yang hanya akan melantik seseorang yang bijak menjadi pemimpin mereka, bukan seorang pengekor idea Najib atau yang mudah dipermainkan Umno.

Barangkali Pas menuju tarikh lupusnya. Kehebatan pengaruh Pas suatu ketika dahulu adalah apabila para doktor, jurutera dan peguam berbondong-bondong masuk ke parti itu. Sebelumnya, Pas sejak puluhan tahun dipimpin oleh para ustaz dan tidak menarik minat pengundi.

Pas kini sekali lagi dipimpin para ustaz dan mula ditinggalkan oleh penyokong mereka yang berfahaman progresif.