Sunday, June 21, 2015

PAS sedang kehilangan sokongan daripada ahli parti yang kritikal terhadap Hadi

oleh Alyaa Alhadjri
Kepimpinan beliau mungkin disokong oleh ulama dalam PAS tetapi presiden parti Abdul Hadi Awang tidak menujukkan contoh baik melalui tindakan (atau yang tidak dilakukan beliau) dan kenyataan kontroversi yang sering dikeluarkan.
Selain tidak hadir mesyuarat penting presiden Pakatan Rakyat dan kemudian membatalkan kuputusannya, untuk kali kedua sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendirian Hadi yang menuduh untuk kali kedua memfitnah individu lain dalam ucapannya - tindakan yang dalam Islam dikatakan sebagai ‘memakan darah daging saudara sendiri’.
Kali ini, calon presiden PAS yang tewas Ahmad Awang dilaporkan berkata beliau menimbangkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau ketika pemilihan parti, termasuklah Hadi.
Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun beliau tidak menyesal tewas kepada Hadi dalam pemilihan itu, fitnah yang dilemparkan kepadanya telah mencetuskan keretakan dalam PAS. “Saya sedang mempertimbangkannya (menyaman), termasuklah presiden yang melabel saya sebagai calon DAP.

“Saya tidak dapat menerima fitnah ini dan mahu membersihkan nama saya,” kata Ahmad yang hanya berjaya memperoleh 25 peratus daripada jumlah undi. Sebelum pemilihan bermula, Ahmad dilihat sebagai memimpin kelompok progresif pro-Pakatan Rakyat untuk menentang satu-lawan-satu ke atas kem ulama dikepalai Hadi.
Malahan, sesetengah ulama telah pergi sejauh dengan mencipta senarai ‘cai’ atau menu mengundi kepada perwakilan yang mengundi, menyenaraikan calon bertanding dalam kedua-dua kelompok Hadi atau Ahmad dan berjaya menumpaskan kelompok progresif daripada jawatan tertinggi parti.
Hadi, dalam rujukan kepada Ahmad, sebelum ini telah berkata dalam satu kenyataan yang telah tersebar meluas dalam satu rakaman video bahawa pertandingan presiden parti antara pilihan DAP dan calon PAS.
Walaupun berkata perwakilan bebas untuk membuat pilihan dan terdapat ulama dalam kedua-dua kem, Hadi turut menekankan: “Anda (perwakilan) boleh memilih antara yang dipilih DAP dan yang kita (PAS) mahu.”
Tambahan lagi, bekas bendahari dan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah ke atas sesetengah orang dalam parti.
Pada masa lalu, Asmuni telah mewakili Hadi apabila beliau berhadapan dengan saman fitnah bernilai RM2 juta daripada bekas calon PKR Bukit Besi Mohd Shamsul bin Mat Amin, difailkan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketika tempoh berkempen PRU13, Hadi telah mendakwa ketika satu ceramah di Terengganu terdapat calon PKR yang menjular ‘pil kuda’ (methamphetamine) dan beliau gunakannya sebagai alasan untuk PAS membariskan calon mereka sendiri di Bukit Besi dan dua kerusi Dewan Undangan Ngeri yang lain.
Umno akhirnya menang ketiga-tiga kerusi - Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir - di mana calon-calon PAS telah bertembung dengan PKR.
Sementara itu, pemilihan parti tahun ini telah digambarkan sebagai “paling kotor” bagi parti Islam itu, hakikat yang diakui bukan saja pemimpin yang tewas jawatan mereka tetapi juga para pentokong dan ahli di akar umbi.
Walaupun dilabel sebagai tidak setia dengan parti, terdapat laporan daripada ahli akar umbi di peringkat bahagian yang keluar parti kerana menzahirkan kekecewaan mereka terhadap pemimpin tertinggi sekarang.
Malahan, hanya pada 20 Jun, diketahui bahawa orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong, bersama sasterawan negara A Samad Said - telah berbuka puasa di sebuah rumah di Taman Indah Jaya, Kluang, dan pada masa sama menerima permohonan ahli baru daripada dua orang bekas ahli PAS.
Dengan DAP sendang menembusi kubu kuat tradisional Umno atau PAS, pemerhati mendapati bahawa parti itu sedang memperbaharui cubaan mereka memadam imej ‘cauvinis Cina’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Dan pada ketika ini, kepimpinan ulama mungkin berfikir bahawa mereka boleh lebih baik tanpa ‘duri dalam daging’ tetapi jika Hadi tidak berwaspada, beliau mungkin menyebabkan PAS kelihangan lebih banyak sokongan daripada ahli parti yang semakin skeptikal dengan kebolehan beliau memimpin dengan tauladan.
RAKYAT MARHAEN
wargamarhaen@gmail.com

No comments:

Post a Comment