Saturday, June 13, 2015

Nothing2Hide : NAZRI AZIZ VS TMJ ???


Ngauman Harimau Iringi Isyarat Dari TMJ Buat Nazri Aziz



Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

- mkini

 

Nazri Beri Amaran Kepada TMJ ?



Jangan campuri politik atau kena 'belasah'
gku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack(belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Kamu memegang jawatan penting di negeri... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagaimengulas kenyataan Tunku Ismailawal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalamprogram dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

No comments:

Post a Comment