Sunday, June 21, 2015

Mahfuz & Salahuddin Dilantik AJK, Mahukah Mereka Terima?



Salahuddin, Mahfuz dilantik AJK PAS pusat

Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya. -mk

ULASAN GB

Sehingga ulasan ini ditulis, kedua-dua Mahfuz dan Salahuddin belum membuat keputusan samada menerima atau menolak perlantikan sebagai AJK PAS Pusat.

berdarakan kehadirannya di himpunan "Perjuangan Baru Bermula" di Bakri minggu lalu, Mahfuz dan Salahuddin sepastinyalah telah mendengar dan menyaksikan sendiri apa kehendak akar-umbi.

Dan sepastinyalah mereka berdua mendengar dan menyaksikan bagaimana rakyat akar-umbi telah menyambut Mazlan Aliman dan menobatkannya sebagai seorang "wira" pada malam itu. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana Mazlan, sekalipun menang sebagai AJK, tetapi beliau secara gentleman telah mmelepaskan jawatannya kerana selain dari ingin bergiat sepenuh masa di dalam NGO ANAK, tetapi juga ingin terus bersama dengan rakan-rakan dari kalangan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan yang lalu.

Rakyat akar umbi sudah meluat dengan PAS, sebuah parti Islam yang TIDAK DAPAT DIKATAKAN ISLAM LAGI kerana mengamalkan akhlak-akhlak yang tidak Islam. Melabel, memfitnah, mencaci, memaki sudah menjadi budaya dan resam baru ulama-ulama PAS.

Sehinggakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam telah menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti yang dikatakan parti Islam.

Itu sebab mengapa akar umbi mahkukan sebuah parti Islam yang baharu, mereka jijik dengan perlakuan ulama-ulama PAS yang berakhlak lebih dasyat dari "kafir" sehingga memeranjatkan DHPP sendiri.

Justeru itu terpulanglah kepada Mahfuz dan Salahuddin untuk memilih, terima atau tolak perlantikan tersebut.

Sebaik-baik jalan ialah beristikharah untuk mendapatkan jawapan. Di sana telah tersedia jawapannya. Dan GB yakin bersamaan denga apa yang GB nukilkan di atas. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment