Thursday, June 11, 2015

Haji Hadi Yang Arah Lulus Usul Bahas Putus Hubungan Dengan DAP




Lulus usul tanpa bahas arahan Hadi

Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja,"
katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan,"
katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.

"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya. -SH

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus. Kini terdedah sudah bahawa keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas sendiri, Haji Abdul Hadi Awang.

Ini bererti keputusan muktamar itu adalah SAH, kerana Haji Hadi sendiri mengarahkan. Bukankah Haji Hadi sebelum ini (iaitu di dalam kes Langkah Kajang) dikatakan mempunyai kuasa veto?

Kedua, kedudukan Haji Hadi sendiri sebagai Presiden PAS dan Naib Ketua Ulama Sedunia telah mengarahkan usul itu diterima tanpa bahas, mengapa pula perlu dibincangkan lagi dalam Majlis Syura Ulama tentang soal hukumnya sepertimana di dakwa oleh Ketua Dewan Ulama Dr. Mahfodz Mohamed?

Masakan Haji Hadi tak tahu hukum sehingga ianya perlu dimesyuaratkan semula oleh majlis Syura Ulama?


GB sudah ulas sebelum ini:

Sepertimana yang disebut oleh Mahfudz Omar di atas, jika MSU tidak bersetuju dan mahu usul itu dibahaskan, sepatutnya mereka buat begitu di dalam muktamar kerana kuasa muktamar kuat.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan.

Dan jika MSU dan AJK PAS Pusat membuat U-Turn menterbalikkan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU dan AJK PAS Pusat boleh diheret di mahkamah kerana ia ultra vires. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Peranan mereka ialah melaksanakan usul yang telah diluluskan oleh Muktamar. Jika MSU berpendapat ia melibatkan soal pentafsiran hukum yang memberi kuasa MSU melakukannnya, maka ia hanyalah untuk makluman "pembawa usul" berkenaan. Dan jika hendak di terbalikkan usul itu, dari sudut pertubuhan dan perundangan, muktamar perlu diadakan semula.

GB bersetuju dengan Hanipa Maidin yang sebelum ini menyatakan:

"PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip."

No comments:

Post a Comment