Monday, September 29, 2014

PBB : HUJAN BATU DI NEGERI ORANG ....

Gambar Mengejutkan Najib Dari Ibu Pejabat PBB.. Saksikanlah

najib

Jikalau betul gambar yang ditunjukkan ini sungguh memalukan negara. Seolah-oleh pemimpin dunia luar tidak berminat mendengar ucapan Najib ataupun negara luar hanya memandang sebelah mata terhadap Malaysia. Sesiapa yang melihat berita ini, boleh sahkan gambar dan berita ini..


najib

najib

Ikuti berita tersebut sepertimana di laporkan oleh Omakkau..

SEMALAM NAJIB MENYAMPAIKAN UCAPAN DI PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB) DI NEW YORK DI HADAPAN SIAPA????? 
Terkejut juga apabila mendapat kiriman gambar yang diambil dari siaran Astro Awani dimana ketika Najib Razak menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, semalam , beliau berucap dihadapan khalayak kosong .. Yang datang mendengar dari negara-negara luar boleh dibilang dengan jari.  
Amat sedih sekali .. nasib baik rombongan Malaysia yang terdiri dariRosmah Mansur dan Menteri Luar Anifah Aman serta beberapa pegawai dan diplomat hadir .. jika tidak dikira Najib berucap depan mahkluk halus dan bunian jer.  
Kalau dengar media arus perdana punya kelentong seolah-olah digambarkan ucapan Najib Razak dinanti-nantikan oleh para perwakilan seluruh dunia.  
Hakikatnya??????? .. Lihat sahaja gambar-gambar diatas .. seolah-olah macam kena pulau.  
Para ulama dan ilmuan Islam Malaysia khususnya perlu bersikap pro aktif dengan memberikan respons segera mereka terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, 26hb September 2014.  
Dalam ucapan tersebut, Najib menekankan tentang perlunya masyarakat dunia tidak hanya berpada dengan tindakan menumpaskan golongan ekstremis, sebaliknya dalam masa sama perlu bertindak ‘menumpaskan’ idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti. 
Bagi beliau, usaha membanteras keganasan yang hanya terhenti setakat menumpaskan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi tidak turut berusaha mematikan idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti, adalah pendekatan lama.  
Sehubungan itu, beliau menggesa pendekatan baru dan berbeza diambil, iaitu satu pendekatan yang turut menekankan aspek ‘membunuh’ idea-idea keganasan disamping tindakan pencegahan dan pengawalan terhadap aktiviti-aktiviti militan dan keganasan. ~omakkau

p/s :  pi perabis duit jer gitu.. pastu bleh pi shopping...
setakat banyak tu ja yang dengar...mmg menghabiskan boras joo...
ingatkan orang kat sini jer tak suka... orang kat sana pun tak suka...lebih baik pi dok kat sinun...

TUN DR. M BERSEMANGAT NAK GULING PM NAJIB ???

Apa Kesudahannya Kritikan Bertali-Arus Mahathir Terhadap Najib?

oleh Shahbudin Husin,

http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2014/02/Mahathir-Vs-Najib.jpg
Sejak akhir-akhir ini kemunculan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pelbagai program lebih kerap berbanding biasa. Hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya selang dua atau tiga hari, ada saja program yang dihadirinya yang tentunya turut menjadi tumpuan media.

Berbanding beberapa bulan sebelum ini di mana beliau kerap dimasukkan ke IJN untuk mendapatkan rawata, penampilan Mahathir kebelakangan ini juga menunjukkan beliau semakin sihat dan segar. Ramai yang mendoakan beliau terus diberikan kesihatan yang baik di ketika suasana politik negara semakin tidak baik dan kedudukan UMNO pula tidak sihat-sihat berbanding dulu.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap kepimpinan Najib Razak lebih sebulan yang lalu, pantang ada kesempatan, sasaran kritikan Mahathir tidak lain ialah Perdana Menteri.

Selain dasar dan polisi Najib dalam mengurus kerajaan yang berkaitan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan yang dipertikaikannya, perkara lain yang kerap disentuh oleh Mahathir ialah mengenai 1MDB yang diragui pelaburannya serta sikap ahli UMNO yang kini tidak lagi berani menegur pemimpin.

Dalam teguran terbarunya hari ini, beliau berkata, ahli UMNO perlu melakukan pembaharuan dengan lebih berani mengkritik pemimpin mereka.

Beliau kesal kerana budaya dalam UMNO sekarang ialah hanya menyokong pemimpin secara membuta-tuli tanpa menyoal sebarang perkara sedangkan seseorang pemimpin perlu diberitahu mengenai pandangan lain juga dan tidak semestinya boleh melakukan apa saja yang disukainya.

Walaupun menafikan teguran dan penarikan balik sokongannya bertujuan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, tetapi dengan kekerapannya menegur dan meluahkan perasaan tidak puas hati, jelas menunjukkan ada sesuatu yang terbuku dalam hati bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi seperti mana kata A. Kadir Jasin dalam blognya, dilema Mahathir ialah meskipun UMNO lemah di mata rakyat tetapi Najib mempunyai kedudukan yang kukuh sebagai peneraju parti itu.

Ini bermakna jika Mahathir bermaksud mahu menjatuhkan Najib, ia bukanlah semudah seperti yang pernah dilakukannya terhadap Abdullah Badawu dahulu.

Tambahan pula, tiada pemimpin UMNO yang kelihatan berani ke depan menyanggah Najib ketika ini. Muhyiddin yang diharapkan berbuat demikian juga sudah hilang keberaniannya ketika ini.

Sejak Mahathir mengumumkan sikapnya tidak lagi menyokong Najib, dalam masa yang sama telah wujud beberapa kumpulan dalam UMNO yang bertujuan mahu membawa sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri itu ke arah yang lebih jauh lagi iaitu mahukannya berundur sebagai Perdana Menteri. Hujahnya ialah selagi Najib memimpin parti dan kerajaan, peluang UMNO dan BN ditumbangkan dalam pilihanraya lebih mudah lagi kerana beliau dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pembangkang.

Mahathir sendiri dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO baru-baru ini turut membangkitkan kebimbangan mengenai kehilangan kuasa itu jika Najib terus berkuasa lagi.

Ini secara umumnya memberi gambaran bahawa teguran dan kritikan itu adalah bertujuan memastikan UMNO dan BN terus berkuasa melalui sama ada Najib dipaksa berubah atau diubah kedudukannya.

Beberapa perjumpaan dan mesyuarat difahamkan telah pun diadakan, namun sehingga ini tiada kata putus mengenai kaedah bagaimana untuk memaksa Najib berundur. Najib bukan saja dilihat kebal kerana sokongan pemimpin UMNO masih kukuh terhadapnya, banyak juga kesimpulan yang mengatakan sebahagian kekuatan Najib adalah terletak pada Rosmah Mansor.

Sejauh mana peranan dan bagaimana Rosmah memainkan peranannya di sisi Najib tidak pula begitu dijelaskan tetapi daripada suara-suara yang kedengaran adalah jelas beliau begitu berpengaruh dalam memastikan Najib terus kekal dan tidak mengalah dengan sebarang asakan, termasuk daripada Mahathir.

Kumpulan tertentu yang menemui Muhyiddin pula mendapati Timbalan Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan keberanianya sepertimana yang pernah dilakukannya kepada Abdullah Badawi dahulu, walaupun pengharapan sebahagian ahli UMNO terhadap beliau tidak boleh dinafikan.

Apakah Muhyiddin akan terus tidak berani sehingga ke penghujung kariernya atau beliau boleh dijadikan berani melalui sokongan yang beransur-ansur ditonjolkan terhadapnya?

Semua ini akan menjadi kebarangkalian selagi Mahathir terus bersuara dan mengkritik Najib dan tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan dan tak terduga turut berlaku.

MUKTAMAR HABIS DAH, PERBENTANGAN TAK HABIS LAGI ???


Segarkan terus politik tahaluf

MOHAMED HANIPA MAIDIN



Berjuang atas parti Islam bukan suatu yang mudah kerana pendukungnya membawa mesej Islam ke tengah-tengah masyarakat. Apabila PAS membawa mesej Islam tidak dapat tidak rakyat akan mengaitkan segala tindak tanduknya dengan Islam. Jika ada tindak tanduk PAS yang dilihat tidak selari dengan Islam maka bukan sahaja imej PAS yang akan tercalar imej Islam juga turut sama tercalar. Di sinilah beban besar yang ditanggung oleh PAS.

Muktamar PAS baru berlalu. Muktamar PAS kali ini mengukir banyak sejarah yang manis dan yang pahit. Sejarah manisnya buat kali pertama PAS berjaya mengadakan muktamarnya di Johor. Semua tahu betapa sukar bagi PAS untuk melebarkan sayapnya di Johor - negeri yang sinonim dengan Umno.

Namun kecemerlangan muktamar PAS malangnya diselit dengan beberapa adegan yang sedikit sebanyak mencacatkan sedikit sebanyak jati diri dan imej PAS. Adegan beberapa orang perwakilan Pemuda meninggalkan dewan semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS dan adegan dalam muktamar penuh PAS khususnya adegan perwakilan Wilayah Persekutuan membaca doa yang penuh dengan kata-kata yang tidak mencerminkan sebuah doa dan adegan mengeboo oleh para pemerhati menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak..apa sudah jadi pada PAS? Di mana akhlak orang orang PAS yang selama ini dicemburui oleh rakan-rakan dan musuh-musuh politik PAS?

Apa pun muktamar PAS masih tetap tegas berpegang kepada keputusan mengukuhkan tahaluf Pas bersama Pakatan Rakyat.

PAS adalah parti politik yang terlibat dalam sistem demokrasi. Penyertaan dalam politik adalah suatu keperluan bagi mendapatkan kuasa di mana kuasa itu pula perlu bagi melaksanakan agenda agenda Islam dalam aspek pentadbiran dan kenegaraan.

Dalam sistem demokrasi kuasa disandarkan kepada rakyat maka bagi mendapatkan kuasa, parti politik termasuk PAS tidak boleh berpisah dari rakyat. Dr Ali Shariati menggambarkan kalimah al-nas di dalam Al Quran dengan istilah rakyat dan para Nabi dan Rasul adalah memimpin al-nas.

Rakyat Malaysia adalah pelbagai kaum , bangsa dan agama. Maka PAS tidak ada pilihan selain menerima hakikat realiti komposisi rakyat Malaysia yang ditakdirkan begitu. Atas dasar itu sebagai parti politik PAS perlu mendekati seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan sokongan jika ingin berkuasa di negara ini.

Sejarah PAS menunjukkan bahawa apabila ia bergerak bersendirian PAS hanya mampu menawan negeri negeri di pantai timur yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. Maka tidak dapat tidak bagi mendapat sokongan orang bukan Islam dan bukan Melayu, bergerak secara solo, buat masa ini, bukan suatu opsyen bagi PAS.

PAS tidak boleh elak selain mengadakan kerjasama dan kesepakatan politik dengan parti parti politik yang mempunyai agenda yang substantifnya sama dengan PAS meskipun berlainan ideologi.

Melalui Pakatan banyak manfaat yang PAS perolehi jika PAS bijak mengambil peluang manfaat itu. PAS kini boleh memasuki ruang dan wilayah yang selama ini tidak boleh ditembusi atau sukar dimasuki oleh PAS. Ini, bagi saya satu imbuhan kepada PAS apabila ia bersama PR.

Politik tahaluf berpremiskan kesediaan menerima kepelbagaian bagi berhadapan musuh yang sama. Di situlah signifikannya hilfu al fudul iaitu kesepakatan atau tahaluf antara orang orang jahiliyyah bagi menentang musuh mereka yang sama yang dilakukan di rumah Abdullah ibn Judan, pemimpin bani taym yang mana Rasulullah s.a.w (ketika itu baginda masih belum menjadi Rasul) turut hadir di rumah tersebut dan menyaksikan hilfu al fudul tersebut.

Apa yang menarik Rasulullah s.a.w menyatakan jika Baginda masih diminta untuk mengambil bahagian dalam pakatan seperti itu ketika waktu ini (waktu Baginda sudah pun menjadi Rasul), Baginda merasa gembira untuk menerimanya. Hatta Rasulullah s.a.w menyanjungi pakatan tersebut yang Baginda sifatkan sebagai suatu yang amat cemerlang sehingga Baginda tidak akan sama sekali menukar ganti pakatan tersebut sekalipun diminta ditukar ganti dengan sekumpulan unta merah yang tinggi nilainya.

Dalam buku kupasan mengenai seerah oleh Dr Tariq Ramadan dalam bukunya bertajuk "In the footsteps of the Prophet..lessons from the life of Muhammad", penulis menulis antara lain: "Di sini Rasulullah s.a.w secara jelas mengakui keesahan prinsip keadilan dan prinsip membela golongan yang tertindas yang dipersetujui oleh satu pakatan sebelum era Islam. Keduanya Rasulullah s.a.w juga mengakui keesahan berpegang kepada prinsip keadilan dan membela golongan yang dizalimi tanpa mengira prinsip itu datang dari dalam kerangka Islam itu sendiri atau di luar kerangka Islam."

Di sini juga menunjukkan mesej Islam bukanlah satu sistem nilai yang tertutup (a closed value system) yang sepanjang masa bercanggah atau berkonflik dengan sistem nilai yang lain.

Kepelbagaian bukan suatu yang mudah untuk diuruskan melainkan ada satu sikap toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi. Tanpa toleransi dan kesabaran tahaluf sukar untuk dipertahankan. Toleransi dan kesabaran akan mudah dicapai jika PAS memahami bahawa Islam tidak tertegak atas retorik semata mata sebaliknya ia dimanifestasi melalui satu kepercayaan yang jitu dan kental ke atas kehebatan Islam dan pembawa mesej Islam itu sendiri.

Tahaluf juga bagi saya memerlukan satu persiapan mental dan jiwa dari semua lapisan dalam PAS menyesuaikan diri dengan kaedah dan wasilah baru dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita PAS.Kegagalan menyesuaikan diri dalam politik tahaluf akan mengancam kestabilan tahaluf itu sendiri.

Mereka yang selesa berjuang bersendirian dan enggan menyesuaikan diri mereka dengan politik tahaluf akan mudah mengalah dan kecewa. Begitu juga mereka yang tidak melihat Islam dalam bentuknya yang holistik dan universal khususnya Islam sebagai rahmah kepada alam sebaliknya lebih selesa memilih untuk menyampaikan Islam dalam bentuk hukum akan terasa tahaluf melambatkan proses untuk "memenangkan Islam".

Apabila PAS menggagaskan idea Negara Kebajikan dan PAS for all, bagi saya, ia adalah satu bentuk penyesuaian diri dan kebijaksanaan PAS bagi menjayakan proses tahaluf siyasi ini. Kedua dua idea ini telah berjaya membantu PAS mendekati segmen rakyat yang dahulunya terlalu prejudis dengan PAS!

Selagi PAS bergerak mengguna wasilah demokrasi dan muwajahah silmiyyah maka PAS mesti sedar bahawa ia terlibat dalam pertembungan idea dan pemikiran. Idea dan pemikiran tidak boleh dipaksakan ke atas sesiapa. Idea yang dipaksa untuk diterima tidak akan mampu bertahan lama. Idea dan pemikiran perlukan pujukan dan rayuan dengan menggunakan bahasa dan hujah yang terang dan nyata, rasional, logikal dan tidak bersifat judgmental (menghukum), munasabah dan tidak memaksa, lembut tanpa apologetik.

Di sinilah perlunya para pimpinan tertinggi PAS mendidik semua lapisan dalam PAS supaya membudayakan dialog atau hiwar dan memilih pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam berhadapan masyarakat yang rencam tabiat dan kelakuannya. Tanpa kesedaran ini akan berlakunya kontradiksi berpanjangan antara pendirian PAS dan tindak tanduknya. Pendiriannya bertahaluf tapi tindak tanduknya menghancurkan tahaluf!

Jika tahaluf gagal jangan salahkan orang lain salahkan diri kita sendiri!

TERLAJAK PERAHU...KAYUH PATAH BALIK ...

Nik Abduh & Tantawi....jangan terlajak sangat!!

DAP & PKR Masih rakan tahaluf....Nik Abduh & Tantawi....jangan terlajak sangat!!
Oleh Zulkifli Yahaya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhak5t-QueHdXWZ7q-rldt-w9CNz_Q4Yq-kksH5vO8nf9JbSJ9VZxxbkV1Vv5hYsXfwXILqvpQnlScQzcVHowojjYekO4CcK64zHHuT9-L8zX_HAxwcil46gTKjECqCtmk7bLhLurdN25cf/s1600/NIK+Abduh+Nik+Aziz+BLOG+Gelombang+Rakyat.png
Ekoran kritikan terbuka perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP dalam Muktamar Tahunan ke 60 baru-baru ini, beliau telah digantung tugas sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Sebagai wakil negeri, tentulah beliau tidak bercakap atas sifat peribadi. Suaranya di muktamar adalah suara rasmi PAS Pulau Pinang.

PAS negeri mempunyai banyak saluran untuk membuat teguran agar tidak mencalarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka boleh membangkitkan dalam mesyuarat ahli majlis kerajaan tempatan, bertemu Exco berkenaan atau terus bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng. Jika semua itu masih sukar, mereka boleh ‘gunakan’ Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohamad Sabu yang mempunyai hubungan akrab dengan Guan Eng sejak dalam tahanan ISA di Kemunting, untuk menyampaikan hasrat. Jika langkah itupun tidak menjadi, saluran terakhir ialah Majlis Presiden. Tapi soalnya, mengapa PAS Pulau Pinang tidak menggunakan saluran sedia ada sebaliknya memilih untuk ‘memalukan’ DAP di khalayak ramai?

Ekoran tindakan tatatertib itu, AJK PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Nasrudin mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz turut membidas. “Macam Umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu. Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah,” ujar Nik Abduh.

Presiden PAS baru pertegas dalam muktamar baru-baru ini PAS akan terus bersama Pakatan. Sebahagian besar pemimpin PAS Pusat juga bercakap perihal memperkasa Pakatan. Kenyataan Nasrudin dan Nik Abduh nampaknya semacam tak membantu memperkukuhkan Pakatan. Namun ulamak muda PAS itu tentu mempunyai strategi tertentu dalam memperkukuh Pakatan. Tidak semesti diam atau membodek sahaja Pakatan jadi kukuh. Membangkitkan kemarahan rakan tahaluf mungkin boleh bantu kukuhkan. Menceritakan seantero dunia bahawa Pakatan tidak bersatu, berbalah dan tidak boleh kerjasama, mungkin juga satu cara untuk menarik sokongan rakyat kepada Pakatan. Membidas secara terbuka rakan tahaluf pun boleh kukuhkan Pakatan juga barangkali, wallahuaklam.

Ada serangan, ada jawapan. Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa ucapan Iszuree yang mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno adalah tidak tepat. Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri pertama di negara ini yang mewujudkan dana RM500 juta untuk Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik bagi membina 20,000 unit oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Jumlah ini merupakan jumlah terbesar seumpamanya di negara ini. Ia berlaku dalam situasi kerajaan negeri tidak menerima apa-apa pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk perumahan awam atau mampu milik. Malah kerajaan Persekutuan hanya membina 70 unit PPR atau perumahan awam untuk golongan miskin di Pulau Pinang.

Sejak Pakatan mentadbir negeri ini mulai Mac 2008, pembangunan berlaku dengan pesat sehingga melonjakkan harga hartanah. Ia memberi kesan terhadap pemilikan rumah.

Bagi mengawal spekulasi hartanah kerajaan negeri telah melaksanakan kaedah perumahan baru yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2014 yang mana antara lain, mengenakan larangan jualan lima tahun pada perumahan mampu milik dan 10 tahun larangan jualan untuk perumahan awam (tertakluk kepada pengecualian bagi rayuan dalam kes-kes tertentu).
Malah sejak Julai 2012, bagi mengawal pembelian hartanah oleh warga asing, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghadkan pembelian hartanah oleh warga asing kepada RM1 juta dan ke atas (RM2 juta bagi landed property) untuk meredakan spekulasi hartanah supaya harga rumah kekal berpatutan untuk golongan berpendapatan sederhana.
Sebagai langkah tambahan, kerajaan negeri Pulau Pinang mencadangkan levi sebanyak tiga peratus pada harga urus niaga hartanah di Pulau Pinang oleh warga asing bermula 2014.

“Dasar baru juga menetapkan bahawa rumah mampu milik (bawah RM400,000 di Pulau) hanya boleh dibeli oleh orang yang diluluskan oleh kerajaan negeri, manakala semua pembelian rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik dikenakan moratorium penjualan semula selama 10 tahun (kos rendah dan sederhana rendah) dan lima tahun (mampu milik), bagi memastikan spekulasi hartanah tidak berlaku,” terang Mohd Hariszuan Jaharudin seorang ahli MPPP.

Perbalahan di Pulau Pinang rupanya berjangkit hingga ke Sarawak. Pemuda DAP di Sarawak membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PAS. Entah siapa yang mentarbiyah Pemuda DAP; di mana semua orang boleh bercakap apa saja dan membidas apa saja bagi pihak parti tanpa perlu melihat status diri?

Banyak lagi sebenarnya catatan serang menyerang antara parti komponen Pakatan. Semuanya sudah secara terbuka. Muncullah pelbagai ungkitan dan ugutan. Tiada siapa lagi dapat mengawal atau mahu mengawal.
Persis Umno bercakap mahu banteras rasuah. Cakap lain, buat lain. Demikian segelintir pemimpin Pakatan bila bercakap mahu memperkukuh Pakatan. Nampak macam tiada istiqamah pula dalam tindakan. Menyerang mana-mana parti dalam Pakatan secara terbuka itu kerja Umno/BN. Mengapa ambilalih kerja Umno/BN sehingga mendapat liputan istimewa dalam akhbar yang jadi musuh tradisi PAS sejak berzaman – Utusan Malaysia?

Berkata Saidina Ali, “Jangan salahkan orang menuduh kamu lakukan maksiat, jika kamu hadir di tempat maksiat.” Demikian realiti kita, jangan asyik menyalahkan pihak tertentu menuduh UG jika kita (secara tidak langsung) membantu kerja Umno/BN dengan menyerang terbuka rakan tahaluf.

Persoalan yang lebih penting dari itu ialah apa untungnya pemimpin PAS menyerang DAP? Mungkin ia strategi untuk menakutkan parti itu supaya menghormati tahaluf. Mungkin juga satu kaedah dakwah yang efisien. Atau mungkin juga hanya untuk memuaskan nafsu marah. Mana lebih besar mudharatnya terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, antara menyerang secara terbuka atau berbincang secara tertutup? Hanya orang yang menyerang lebih arif akan maqasid serangan.

Terdapat penganalisis politik berpendapat, mudharatnya lebih besar jika DAP diserang secara terbuka kerana DAP mengembeling sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan.

Saya mendapat maklumat dari ramai rakan-rakan Cina berhubung pergolakan dalam Pakatan yang berlaku mutakhir ini. 100 peratus meluahkan pandangan bahawa ia memberi kesan negatif terhadap sokongan masyarakat Cina kepada PAS. Mereka berterus terang, jika pilihanraya diadakan sekarang majoriti orang Cina tidak mengundi PAS.
Sukar untuk mempercayai semua itu, sehinggalah akhirnya bertemu dengan kenyataan bekas AJK PAS Pusat di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor iaitu Haji Kamal Koh. Katanya, berdasarkan laporan media Cina, beliau tidak menjumpai laporan positif mengenai PAS.

“Saya rasa imej PAS di mata Cina kini kembali ke tahun 1984 sebelum saya menyertai PAS sebagai ahli tidak lama selepas bermula daripada era kepimpinan ulamak.

“Adakah kita perlu bekerja dan kempen selama 30 tahun lagi untuk mendapatkan semula populariti PAS dalam masyarakat Cina?” soalnya.

Susah juga untuk menghuraikan pentingnya undi bukan Melayu kepada golongan manusia yang ‘bermakam tinggi’ beriktiqad bahawa segala-galanya atas kekuasaan Allah, bahkan syirik menganggap undi bukan Melayu sebagai penentu kemenangan.

Terpaksalah pula kita menerangkan asas aqidah Ahlussunahwaljamaah yang beriktiqad bahawa segalanya berlaku atas kekuasaan Allah, tetapi manusia dituntut berusaha, berikhtiar dan berdoa. Betul Allah yang tumbuhkan padi tapi tanpa berusaha menanam, melihat saja benih padi untuk tumbuh dan menghasilkan beras tanpa berbuat sesuatu maka itu aqidah sesat namanya. Demikian mengharap sokongan bukan Melayu dalam pilihanraya dengan mengambil sebab musabab yang menjauhkan mereka dari PAS adalah kerja tidak munasabah. Sedangkan pilihanraya menuntut suara terbanyak untuk memenanginya. Kecualilah PAS bersepakat menolak pilihanraya, maka tak perlulah memikirkan soal undi dan sokongan sesiapa pun.

Saya menyedari, sukar juga untuk menasihatkan ‘kaki serang’ rakan Pakatan. Antara jawapan popular, “Kenapa nasihat sebelah sini saja, pergilah nasihat sebelah sana.” “Mereka yang bertindak dulu, takkan kita nak biar saja…” Dah jadi macam budak-budak! Setiap kali khutbah Jumaah bermula, seringkali bilal mengingatkan jemaah, berdasarkan pesan Nabi SAW, “Jangan berkata-kata ketika khatib berkhutbah, walau berkata ‘diam’ sekalipun.” Suruh orang yang bising dalam masjid supaya diam pun bising juga namanya. Tak payahlah kita nak bantah Hadis Nabi dengan berkata, “Dia yang bising dulu, saya cuma suruh dia diam.”

Apa yang diulas ini adalah kerana DAP dan juga PKR masih rakan tahaluf PAS. Tahaluf siasi disahkan oleh Majlis Syura Ulamak, dipertegaskan oleh Muktamar. Tok Guru Presiden selaku pemimpin nombor satu juga masih mahukan PAS bersama dalam Pakatan. Bermakna setiap ahli bawahan sampai pemimpin tertinggi mesti menjaga adab dalam membetulkan rakan tahaluf jika mereka melakukan kesilapan. Jangan terlebih garpu dari sudu, terlebih lajak dari laju, terlebih baja dari perdu, terlebih wangi dari gaharu, terlebih mabuk dari samsu, terlebih haru dari keliru, gatal kurang terlebih garu. Kena beradab dan bersabarlah dalam jamaah. Jangan gopoh sangat.

DEPA BERGADUH KE TUA ....


Sejarah pendek pertelagahan Mahathir dan Anwar Mariam Mokhtar

Kita semua tahu apa yang ahli-ahli politik Malaysia katakan, tetapi apakah yang sebenarnya mereka maksudkan?

Kita mengetahui pertembungan yang sengit di antara bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertelagahan terbuka mereka telah berlangsung untuk sekurang-kurangnya tiga puluh tahun.


Walaupun selepas Mahathir bersara, pertempuran antara kedua-duanya tidak reda.

Malaysia mahu bergerak ke hadapan dan meninggalkan helah yang memecah-belahkan dan dasar tindakan afirmatif tidak adil yang telah menggores negara ini, tetapi Mahathir masih mahu mendapatkan perhatian.

Beliau telah mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Badawi dan PM semasa, Datuk Seri Najib Razak. Seperti orang gila, Mahathir juga mahu memastikan kemusnahan Anwar, sebelum beliau mati.


Anwar adalah ancaman terbesar bukan sahaja kepada Mahathir, tetapi juga untuk Umno-Baru. Jika Umno-Baru pupus, adalah mustahil bagi anak lelaki Dr Mahathir meneruskan legasinya.


Najib mungkin kelihatan seperti sakit kepala yang berulang-ulang kepada Mahathir, tetapi masih boleh diubati dengan aspirin.

Anwar ialah sesuatu yang berbeza. Beliau adalah seperti sebuah ketumbuhan dalam kepala Mahathir, yang perlu dibuang.

Anwar adalah seperti lemak dalam arteri Umno-Baru. Jika arteri kekal tersumbat, aliran darah akhirnya boleh terhenti.


Januari lalu, tidak lama selepas Serampang Kajang diumumkan, Mahathir mengejek Anwar dan berkata Anwar bersedia untuk mengambil "langkah-langkah kecil", hanya untuk menjadi MB. Dalam sebuah siaran Radio 24, beliau berkata,

"Dia (Anwar) sentiasa mahu menjadi pemimpin kerajaan. Jika dia tidak boleh mendapatkan jawatan tertinggi, sekurang-kurangnya dia mendapat jawatan yang lebih kecil."


Apa yang Mahathir maksudkan ialah, "Saya tidak akan membenarkan beliau menjadi MB, dengan apa cara sekalipun."


Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atau sesiapa dalam Pakatan Rakyat, yang tidak mempunyai rahsia tersembunyi, yang Umno-Baru boleh gunakan untuk memeras ugut, tidak akan menjadi MB.

Golongan bijak pandai pernah berkata, "Anda tidak boleh menipu orang yang jujur”.


Hubungan antara Mahathir dan Anwar bermula pada lewat 1960-an, apabila Mahathir memikat Anwar, yang ketika itu merupakan pemimpin pelajar yang aktif di Universiti Malaya (UM).

Anwar telah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), cemerlang dalam berdebat, menjadi pengawas sekolah dan memimpin banyak kumpulan-kumpulan Islam.


Sewaktu menuntut di UM, Anwar kerap berkunjung ke rumah Mahathir, bagi membincangkan pelbagai kebimbangan yang sama mengenai orang Melayu dan Islam.

Kedua-dua lelaki ini sedang memupuk kelayakan mereka sebagai nasionalis Melayu – Anwar sebagai pemimpin pelajar, Mahathir sebagai seorang ahli parlimen.

Dalam tahun-tahun berikutnya, Anwar menjadi lebih inklusif terhadap kaum dan kumpulan agama lain, tetapi Mahathir kekal sebagai pejuang "Ketuanan Melayu".


Barry Wain menulis dalam bukunya "The Malaysian Maverick", Anwar sebagai pemimpin pelajar, aktif dalam menangani kemunduran Melayu dalam bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi, tetapi dalam dekad yang berikutnya, ini berubah.


Anwar mendapati dirinya bercanggah dengan Mahathir, yang pada masa itu telah diterima semula ke dalam Umno oleh Tun Abdul Razak, dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan.


Anwar memimpin banyak perarakan bagi membawa kesedaran terhadap golongan miskin pedalaman.

Bagi membendung rusuhan pelajar, Mahathir mengarahkan penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memenjarakannya selama 22 bulan.

Ini adalah untuk menghukum pelajar kerana menjalankan protes, dan mengetengahkan penderitaan petani-petani pedalaman dan penduduk-penduduk Kedah, pada tahun 1974.


Anwar juga merupakan ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Mahathir mengenalpastinya sebagai salah sebuah alat untuk mempromosikan kerajaannya sendiri, terutamanya kerana Anwar mendapat sokongan daripada para pelajar dan memperjuangkan pelbagai isu-isu Melayu dan Islam.


Dulu, seperti juga kini, Anwar mampu merangsang banyak NGO dan ramai pelajar.

Mahathir tahu bahawa Anwar mampu menyatukan pelbagai orang, tetapi dengan kesedaran itu, mungkin Mahathir turut mengetahui bahawa pada satu ketika, Anwar juga bakal menjadi seorang musuh yang paling membahayakan.


Apa yang Mahathir lakukan? Beliau memujuk Anwar untuk meninggalkan ABIM dan menyertai Umno, supaya melalui hanya satu tindakan, Mahathir memadamkan sebuah ancaman terhadap kuasanya, dan memanipulasi Anwar untuk agendanya sendiri.

Anwar yang ketika itu masih mentah, mungkin menyangkakan bahawa beliau boleh memperjuangkan pelbagai isu dari dalam Umno.


Mahathir telah menggunakan Anwar pada 1970-an, sama seperti beliau mempergunakan rakyat sekarang.

Mahathir mungkin telah membendung kuasa sultan tidak lama selepas itu, tetapi dia berhati-hati untuk meninggalkan mereka dengan kuasa yang cukup untuk menjadi alat yang berguna kepada Umno-Baru, pada masa akan datang.


Pada Januari lalu, selepas Serampang Kajang diumumkan, Dr Mahathir berkata, "Dia (Anwar) tidak menyertai Umno kerana dia mencintai parti ini.

Anwar melihatnya sebagai satu langkah untuk berada lebih dekat dengan cita-citanya untuk menjadi PM. Jika dia tidak menyertai Umno, dia tidak boleh menjadi PM.”


Maksud Mahathir, "Pada tahun 1970, saya memadamkan ancaman kepada Umno, dengan menjadikan Anwar salah seorang daripada kami.

Dia membawa kehormatan kepada pentadbiran saya, kerana beliau memperjuangkan orang Melayu dan Islam dengan lebih baik.

Beliau merangsang rakyat, tetapi saya tidak suka apabila dia menjadi lebih popular daripada saya. Saya mempunyai legasi untuk dilindungi. Sebab itu, Anwar perlu ditangani."


Hari ini kita dapat lihat manifestasi dendam Mahathir, dengan serangan terhadap perwatakan, kes-kes mahkamah dan video seks yang berpanjangan terhadap Anwar.

Jika itu tidak mencukupi, pencalonan isteri Anwar, Wan Azizah di Selangor tidak dipersetujui oleh sultan, dan tidak ada alasan diberikan. Beruntung kita dapat memiliki sistem raja berperlembagaan, di Malaysia.


Mariam Mokhtar adalah “seorang warga Malaysia yang berani berkata benar.


-theantdaily-



Komen:

Zar Ali III

Sebijak bijak Anwar pun, terperangkap dengan janji2 manis Mamakdey Kerala - takut dengan pengaruh Anwar diluar yang akan menguatkan PAS ketika itu - dia telah mempelawa Anwar masuk UMNO konon untuk mengislamkan sistem pentadbiran negara.

Akhirnya, Anwar terplelanting keluar dengan fitnah yang dilakukan Mamakdey sendiri, hanya kerana tidak mahu mengikut segala kehendaknya.

Sunday, September 28, 2014

JOM...BN KEDAH ANJUR PESTA ....

Pesta buang pekerja kerajaan BN Kedah telah berlaku

Pesta buang pekerja kerajaan BN
oleh Zulkifli Yahaya

INGAT lagi cerita Yiked Holdings Sdn Bhd (YIKed) yang disaman RM11 juta di penghujung pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dahulu?

Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ia ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.

Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.

Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pinjaman tidak berbayar Southern Finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300,000 bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga bersambung di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mengambil alih Kedah pada Mei 2013.

Jumlah RM11 juta yang dibazirkan angkara kerajaan BN sebelum Mac 2008 termasuk dalam senarai RM403 juta penyelewengan dan pembaziran yang berlaku di zaman BN dahulu. Ustaz Azizan terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk melunaskan semua pembayaran yang dipaksakan itu. “Tak dak duit nak bayar, aku tebang balak,” seloroh Ustaz Azizan dalam satu sidang media di Stadium Suka Menanti.

Hebatnya pentadbiran Ustaz Azizan, bagaimana tenat pun menghadapi masalah kewangan dalam GLC beliau tidak pernah mengizinkan tindakan zalim memecat staf hanya kerana kekangan kewangan. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah antara yang hadapi masalah kewangan sehingga gaji lewat dibayar.

Pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha mencari duit menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun membuang pekerja sewenang-wenangnya tidak berlaku.

Hari ini seluruh negara dikejutkan dengan tindakan YIKed (merupakan anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah) memberhentikan 28 staf serentak dengan alasan prestasi syarikat tidak memberangsangkan, syarikat menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi, perolehan tidak dapat menampung kos operasi dan alasan penstrukturan semula syarikat.

“Saya difahamkan, pemberhentian dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan,” ujar Exco kerajaan negeri Dato' Mohamad Rawi Abdul Hamid. Jurucakap 28 staf yang dipecat, Fadhlurrahman Zawawi pula menegaskan bahawa kesemua staf diberhentikan tanpa sukarela. Cakap Exco yang tidak boleh dipakai. Dalam keadaan negara mengalami kemelesetan ekonomi, kedudukan kewangan rakyat yang gawat akibat kenaikan kos sara hidup dan sukarnya rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan; tidak munasabah staf Yiked mahu diberhentikan secara sukarela.

Antara yang diberhentikan, ada yang sudah berkhidmat sehingga 17 tahun dan kesemua staf adalah bertaraf pekerja tetap. Hilang pekerjaan adalah merupakan perkara besar. Banyak komitmen yang ditanggung oleh mangsa daripada perbelanjaan harian hinggalah ansuran tetap bulanan untuk semua pinjaman yang perlu dilunaskan. Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan baharu dengan segera.
Baru bulan lalu, Dewan Undangan Negeri Kedah dikejutkan dengan pendedahan pembangkang perihal kegagalan projek pertanian Kedah Agro di Bukit Tangga. Ramai pekerja yang diberhentikan atau lari begitu sahaja setelah tidak menerima gaji dalam tempoh yang panjang. Semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN menguruskan projek dengan baik, rugi dan tiada sumber kewangan untuk meneruskan.

Dalam isu pemberhentian staf YIKed, kerajaan negeri bersikap lunak kononnya sedia membantu mereka yang diberhentikan kerja. “Saya akan cuba bantu mereka sebaik mungkin,” janji Mukhriz penuh lunak apabila diajukan persoalan pemberhentian staf YIKed itu. Janji seumpama itulah juga yang dibuat dahulu terhadap staf Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji berbulan-bulan sejak BN ambil alih kerajaan. Akhirnya ramai yang tidak tahan dengan penderitaan yang ditimpakan mengambil jalan keluar dengan berhenti.

Sebagai Menteri Besar, Mukhriz sudah tahu dari awal pembuangan pekerja beramai-ramai di YIKed. Kalau nak tolong tak berlaku berlakon, sediakan dahulu tempat alternatif untuk mangsa pemberhentian. Atau serapkan mereka ke dalam pentadbiran negeri. Hakikatnya, tiada tempat lagi yang boleh diisi dalam kerajaan atau GLC. GLC lain juga sedang alami penstrukturan. Ada staf yang sudah dibuang dan akan dibuang. Staf sedia ada pun nak dikurangkan, maka tak berbangkit lagilah pengambilan staf baharu. Semua itu cuka lakonan lunak BN Kedah dengan bermain kata-kata.

Semua yang berlaku menunjukkan betapa BN gagal menguruskan dengan baik GLC. Syarikat yang boleh buat untung pun tenat, apatah lagi yang syarikat yang tidak memberangsangkan. Kemungkinan ditutup lebih banyak daripada terus beroperasi.

Sejak berzaman BN mempamerkan rekod pengurusan GLC yang sangat teruk. ‘Kemampuan’ mereka hanyalah menguruskan duit yang disediakan oleh Pusat. Untuk menambah dana negeri dengan mencari sendiri, maaflah memang BN tiada kemampuan.

Baru-baru ini akibat terlalu boros dan habis duit dalam kantung negeri, maka Majlis Mesyuarat Exco terpaksa minta peruntukan tambahan dari Pusat sebanyak RM4 juta. Pusat luluskan tetapi tiada ramai tahu kemana menghilangkan duit tersebut.

Dari awal kita sudah menjangkakan bahawa menyerahkan pentadbiran kerajaan dan GLC kepada BN ibarat menyerahkan bunga pada kera.

Namun apa boleh buat, rakyat terbanyak yang buat pilihan. Sekarang rakyat terbanyak Kedah juga ramai yang menyesal. Kesilapan mengundi BN terpaksa ditanggung dalam tempoh agak panjang.

ZUL KULUM MENGAKU KALAH ???

Zul Noordin minta maaf dan bayar gantirugi kepada Syed Husin sebab fitnah..


Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk membayar sejumlah kos yang tidak didedahkan kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Ini ekoran bekas pemimpin PERKASA itu bersetuju untuk menarik balik posting dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah manakala akhbar milik Umno itu pula bersetuju menarik balik artikelnya yang memetik blog tersebut.

Zulkifli turut memohon maaf di atas posting blog itu yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen', dan juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap Syed Husin.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera.

Itu lapor Malaysiakini.. berikut pulak adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Syed Husin tarik saman UMMB, Zulkifli Noordin  

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan Datuk Zulkifli Noordin. 
Syed Husin memfailkan saman pada 27 Januari 2012 dengan mendakwa, UMMB telah menyiarkan satu artikel bertajuk: Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin di akhbar Utusan Malaysia pada 20 November 2011 mengandungi perkataan berbaur fitnah. 
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera merekodkan penyelesaian saman itu dan juga saman balas yang difailkan oleh Zulkifli terhadap Syed Husin tanpa sebarang kos. 
Sementara itu, UMMB pula bersetuju menarik balik sepenuhnya kenyataan-kenyataan fitnah di dalam artikel "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November 2011 dan akan membayar kepada Syed Husin suatu amaun yang tidak didedahkan jumlahnya. 
Syed Husin diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala Zulkifli diwakili oleh Mohd. Ruzaini dan UMMB diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE

Tajuknya menggambarkan seolah-olah Syed Husin yang kalah...

Wednesday, September 24, 2014

KALAU BERANI, PI LA TANGKAP .....


Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor “menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu” selain “membenci orang Melayu”.

'Pemimpin mesti tegas'

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahathir sebagai berkata, seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan
yang dibuat tidak popular.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucap utama bertemakan “Kepimpinan dan Pengurusan Krisis” pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia campur tangan dan menghapuskan amalan buruk dan ia menuntut kepimpinan kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan. - mkini

p/s : haaa... tunggu apa lagi tangkap lah... gari..gariii...
kata tak pilih bulu....tak pilih jawatan....
menteri mana nak kluar kenyataan...tak dak teloq ka???
orang empunya badan mintak di tangkap..awat tak tangkap???

WAYANG DAH TUTUP, HERO BODOH BERSUARA ...

Apakah Ini Strategi DAP dan PKR?

BayangDiAir
Ucapan-ucapan biadap dari Lim Guan Eng, Tony Pua dan sekutu-sekutu partinya, ucapan-ucapan busuk daripada Zuraida Kamaruddin dan sekutu-sekutunya bagai menjelaskan apa yang tersirat dari lubuk hati dan karung strategi mereka. Macam sudah ada niat mahu buat PAS cabut dari PR. Maki dan hina agar PAS tak tahan. Kalau ditendang, bimbang PAS dapat simpati rakyat. Namun…….

PAS boleh terus bersabar. Dalam bersabar, PAS wajar mempertahankan diri. Dalam bersabar, PAS juga boleh menyerang apabila diserang dengan pelbagai fitnah dan kata nista. PAS dan ahli-ahli di seluruh negara ada maruah. Hinaan perlu dijawab. Peluru yang ditepis perlu dipulangkan.

Kalau inilah cara pemimpin bangang DAP dan PKR berkawan dengan PAS, kita ikut sajalah tari mereka. Elok juga mereka tahu langit itu tinggi rendah. Apakah DAP sakit hati sangat terhadap Raja-raja Melayu kerana mereka tidak layak mengetuai kerajaan negeri di Selangor, Perak dan beberapa negeri lain? Tak boleh hentam Istana, hentam PAS sajalah agaknya.

Memang DAP rasa kuat sekarang……tak perlu undi Melayu. 85% undi Cina berada di pihak mereka. Mereka rasa cukup kuat walaupun PR berpecah. Jika PR berpecah, mereka rasa dapat terus kuasai Pulau Pinang dan mengekalkan kerusi-kerusi yang mereka miliki. Begitu juga dengan PKR, mereka rasa undi Cina dan India tetap untuk mereka. Mereka semua rasa tak hilang undi Melayu kerana mereka ada PASMA.

Melalui PASMA, pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tak bersetuju PAS keluar dari PR, akan jadi galang ganti. Akan terbentuk nanti gabungan baru, DAP, PKR dan PasMa. Justeru mereka tak terjejas apa-apa jika PAS terkeluar atau dikeluarkan dari PR. Iniah sebahagian daripada titik-tolak tindak-tanduk mereka.

Apa khabar rakan-rakan seperjuanganku. Ini suara kita yang perlu disatukan. Ini perasaan kita yang perlu diketemukan. Ini maruah kita yang perlu dipertahankan. Ini masa depan agama kita yang perlu diutamakan. Titik pertemuan dan jatidiri kita ialah, “kita berjuang mencari redha Allah”. Maka di manakah kedudukan kita? Dan apakah peranan kita?

P/S : hero sepatutnya mai bila wayang tengah klimak @ waktu puncak.... baru kita panggil hero @ heroin...
kalau filem hindustan, hero @ polis mai waktu nak habis wayang...
tapi kalau panggung wayang dah tutup..hero baru sampai... kita panggil hero bodoh ....

Tuesday, September 23, 2014

RAKYAT LAGI KAYA DARIPADA KERAJAAN BN ???

15 tahun tunggu, orang kampung bina sendiri jalan..BN Buat Apa??


 
Bayangkan pelajar sekolah rendah yang perlu bangun dinihari, lama sebelum matahari terbit.
Kemudian dengan berjalan kaki mereka merentasi hutan, mendaki bukit, melalui beberapa ladang kelapa sawit dan menyeberangi beberapa sungai menerusi jambatan gantung untuk sampai ke sebuah tempat perhimpunan utama di sebuah sungai yang besar.
Selepas itu mereka perlu pula menaiki bot ke jeti terdekat sebelum berjalan merentasi beberapa lagi ladang kelapa sawit untuk ke sekolah setiap hari.
Inilah yang dihadapi pelajar dari enam kampung di Pitas, Kudat di Sabah kerana jalan yang dijanjikan 15 tahun lalu masih tidak terbina.
Bosan dengan janji kosong, enam penduduk kampung nekad nekad mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk membina sebatang jalan balak.
Projek membina jalan sepanjang 7.5 kilometer itu turut meminta sokongan semangat, publisiti dan derma wang tunai bagi membantu kira-kira 3,000 penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan keluar dari kepompong kemiskinan.
Laman web mereka www.pitasroad.org menyatakan jalan balak tersebut akan menghubungkan enam kampung iaitu – Kampung Dowokon, Kampung Mandamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat and Kampung Maliau Layung – ke pekan Pitas.
Keenam mereka kini sedang galak mendapatkan sokongan dari orang ramai kerana mempunyai peralatan dan tenaga yang amat terbatas, selain tiada pengalaman melakukan pembinaan tersebut .
Menurut laman web itu, penduduk kampung memerlukan kira-kira RM85,000 lagi selepas menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM5,000 menyelenggara sebuah mesin pengorek terpakai, dua buah gergaji berantai dan menyewa sebuah mesin jengkaut berharga RM150 setiap hari bagi membina jalan tersebut.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.
"Saya fikir kesusahan dan kesengsaraan penduduk kampung akan berakhir dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau sambil menunjukkan laporan akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999 yang melaporkan "berita baik" tersebut.
Beliau berkata kerajaan memulakan pembinaan Jalan Pitas Pandan Pinapak pada tahun 2000 sebelum berhenti tanpa sebab selepas membina jalan batu sepanjang dua kilometer.
Penduduk enam kampung tersebut kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi komuniti tersebut di emel mereka pgks7@yahoo.com.my atau ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/pitasroad .

Laman kempen itu menggunakan slogan “Orang kampung mau bikin jalan raya

P/S  : PM umum peruntukkan berjuta-juta dekat sabah untuk buat jalan....
budget bentang berbilion-bilion untuk rakyat sabah lalu atas jalan tar..
mana pi duit tuh? mana ? mana ?
dah pakat bagi anak bini beli kereta baru ker ???

RAKYAT PUN TAU DEPA HERO ....

4 Exco PAS - Penyelamat PR atau penyelamat TSKI?

banner yang berlegar di fb
Bagi aku disebabkan sokongan depa tu la krisis ni berlanjutan sampai begini lama.. bila depa bertegas teruskan sokongan kpd tski bermakna depa memilih utk bersama adun/mb yg tak berparti, maknanya depa bukan pertahan PR tapi pertahan tski yg tak berparti.. bila dah mcm tu mai kot mana pulak depa berempat tu hero? tak pelik bin ajiab ka..

aku rasa kalau empat exco ni tak sokong tski, lama dah dia tu hanyut.. bila dia dah hanyut, nak tak nak sultan kena lantik MB baru dari PR yg sah2 dah ada majoriti.. tak mungkin tski blh lantik exco dari kalangan BN utk bentuk kerajaan hanya dgn sokongan 13 adun sedangkan PR ada 43 adun? tak kan sultan tak reti kira mana lbh ramai antara 43 dgn 13 kot?

jadi.. kesimpulannya pd pandangan aku empat exco yg berdiri teguh di belakang tski kononnya nak mempertahankan kerajaan PR Sgor bukanlah hero seperti yg dicanangkan dlm poster terima kasih tu.. kalau dah bukan hero maknanya depa ni adalah.............

Akhir kata.. tahniah buat YAB Tuan Azmin Ali di atas perlantikan sbg Dato' MB yg baru.. kalau lah empat exco ni tak gatai nak berdiri teguh belakang khalid 9/8 ritu dah lama la YAB angkat sumpah MB tu..

P/S : KALAU masih ada lagi pimpinan PR yang bangang pasai isu atas..baik tak payah komen..
jangan komen mcm S.U aGONG DAP yang tak pandai sejarah tuh..main sedap mulut cakap...
tgk persepsi kejadian sebelum ulas.... jadi wakil rakyat bodoh mcm parti asobiyah nun...

DATA KEMISKINAN (FORMULA SAMPAH) UNTUK RUJUKAN RAKYAT ???


Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015?

Staff Berita Semasa




Kadar Kemiskinan di Malaysia Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015? : Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada ketika ini. Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghidangkan statistik (SEPERTI DI SINI) di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu…..

(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.

Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsian kegembiraannya dan “kejayaan menakjubkan” kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.
“Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia,” kata Muhyiddin.

SEJARAH PRESTASI & USAHA BASMI KADAR KEMISKINAN DI MALAYSIA

Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1995 : 8.9%
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2007 : 5.7%
Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2014 : 1.7%
Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.

Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami.

Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak

Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?

Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910


Walaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka.

p/s : data kutip dalam longkang indah water... kemudian present kat rakyat?
ingat rakyat bodoh mcm pemimpin BN yang bertaraf UPSR tuh ker ???

ROSMAH JADI HERO ???

Apa hubungkait projek tenaga Solar di Kedah dengan Rosmah bakal gembira?

Rosmah bakal gembira? 

1. Masa dok borak dengan sorang sahabat, pakar PV profesional lulusan B.Tech Electrical Engineering dan pemegang PG Certificate in Advance Solar Energy, terkeluarlah cerita pasalpembangunan loji janakuasa tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (MW) terbesar di Kedah.
2. Sahabat ni dok puji usaha kerajaan membangunkan teknologi tenaga solar di negara ini sebab kebanyakan negara dah mula usaha ke arah tu. Antaranya ialah negara jiran kita sendiri, Indonesia dan Burma.
3. Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar di Malaysia terletak di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Bagi penjana solar berkapasiti 8MW yang dibina di negara ini, jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.3 juta sebulan. Jadi berapa pula agaknya jumlah pendapatan yang mampu diperoleh melalui loji janakuasa solar berkapasiti 50MW di Kedah!!
4. Merujuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penggunaan tenaga solar selain boleh mengurangkan bahan api fosil yang diguna pakai sebelum ini, mampu menjana pendapatan negara hingga RM1.5 bilion menjelang 2020. Malah Malaysia merupakan negara pengeluar PV ketiga terbanyak menerusi modul dan sel solar selepas Jerman dan China. Mungkin Malaysia juga berpeluang menempatkan diri sebagai pengeluar PV solar utama global pada masa akan datang.
5. Dikhabarkan pembangunan loji di Kedah yang melibatkan keluasan 202.34 hektar, dijangka menelan kos mencecah RM1 bilion, merupakan loji tenaga bukan hidro RE terbesar di Malaysia. Satu projek bersama DuSable Capital Management LLC dan 1MDB.
6. Bila dipersoalkan kos pembangungan janakuasa tenaga solar di Kedah tu terlalu mahal, hampir RM1 billion yakni melebihi USD300 juta, sahabat tu menyangkal dengan menyatakan kos tu agak standard untuk janakuasa solar dengan kapasiti 50MW.
7. Selain kos Solar PV modules, inverter, transformer, switch gear etc. yang bergantung kepada vendor dan suppliers, nilai hartanah tempat projek itu dibangunkan perlu juga di ambil kira. Sahabat itu menerangkan di beberapa negara seperti Brazil dan Russia, kos boleh mencecah USD7 juta untuk janakuasa solar dengan kapasiti 1MW. Jadi bayangkan kosnya jika berkapisiti 50MW. Katanya lagi, kos projek power plant di Kerala yang berkapasiti 50MW pada peringkat awal juga melebihi USD600 juta. Jadi agak 'normal' sebenarnya kos pembinaan loji janakuasa tenaga solar di Kedah tu..
8. Cuma rakyat kebanyakannya skeptikal dengan 1MDB sebagai entiti pelaburan kerana menanggung terlalu banyak hutang hingga mencecah puluhan bilion ringgit dan kerajaan melalui Kementerian Kewangan sanggup pula 'serah tengkuk' jadi penjamin. Tak pasal-pasal hutang negara bertambah dan berlaku defisit dalam belanjawan sebab nak menjamin 1MDB. Auditor pun tak berani nak tandatangan akaun 1MDB kerana kebanyakan transaksi 1MDB tidak boleh dibukti kesahihannya. Malah Che Det turut mempersoalkan 1MDB.
9. Khabar terbaru Tan Sri Ismee Ismail, CEO Tabung Haji yang juga salah seorang BOD 1MDB ketika ini, disebut bakal ke PNB. Dan semua maklum PNB adalah sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang menguruskan dana amanah seperti ASN dan ASB yang pastinya lebih banyak wang berbanding Tabung Haji. Dalam dunia korporat semua tahu yang Ismee ni orang suruhan Rosmah.
10. Sama ada bebudak PERMATA akan makin senang atau Rosmah yang bakal gembira sebab nak terimaAnugerah Hero STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Amerika!! HERO tu beb..

p/s : hero kedarah duit rakyat...
anugerah ntah hapa hapa yang x mendatangkan nilai langsung...
kecuali kepada rosmah anak beranak ....

Monday, September 15, 2014

MENTERI KPDNKK : GULA MAHAL, JANGAN MAKAN GULA...MAKAN SEKERAP...

Penoreh Parah : Harga getah dah tahap kronik, gula sekilo lagi mahal harga getah..

KENYATAAN MEDIA
PANGLIMA MALAYSIA


PANGLIMA MALAYSIA mendesak kerajaan supaya menyelesaikan masalah dan keruncingan harga getah dimalaysia secepat mungkin.harga terbaru getah sekarang ialah diantara RM1.65-RM1.85.Apa yg dapat dilihat sekarang ialah kerajaan cuba menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat.dengan kenaikan kos taraf hidup maka ramai penoreh2 getah menghadapi masalah kewangan yg cukup krtikal.termasuk bebanan hutang dan kos sara hidup.

kita tahu dan faham keadaan harga getah dunia menjunam disebabkan oleh tiada pembelian getah malaysia dari negara seperti china dan lain2 negara dengan alasan lambakan getah dunia begitu banyak.

Malaysia adalah negara yg terlibat bersama ITRC dan IRC ( International Rubber consortium ) tapi tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat yg terdiri dari penoreh2 getah.maka PANGLIMA mendesak kerajaan malaysia supaya meletakkan harga lantai RM4.00 bg membantu rakyat buat sementara waktu sementara harga getah dunia melambung tinggi.penjelasan ini merangkumi dan kiraan tepat keuntungan kerajaan dan rakyat.

1. DRC (Dried Rubber Content) 50% yg dipotong daripada harga FOB adalah assumption (andaian) LGM dan pemain industri/pengilang besar seperti Lee Rubber. Harga ladang (farmgate price) selepas pemotongan sebesar ini hanya tinggal sekitar RM2.20-2.40/kg.

2. Mesin DRC (tolok pengukur dried rubber content) yang dicipta oleh LGM tidak dikomersilkan a.k.a disimpan!. Di pasaran, DRC ditentukan oleh peraih dan pengilang secara andaian mata kasar (assumption).

3. Di sesetengah negara lain, DRC ditentukan guna makmal...tetapi mengambil masa 4-5 hari. Bagi pekebun kecil di negara kita yang 'menoreh hari ini untuk makan esok'- yg perlukan duit harian- ia tidak dapat dilakukan.

4. LGM ada kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang kecil bagi menyelaraskan kos memproses getah natural rubber (NR) di kilang. Kerajaan ada hak untuk campurtangan. Persatuan pengilang dikuasai oleh taiko besar pengilang industri getah seperti Lee Rubber Selain itu ialah Fong Keong Rubber dan sime tyre.

5. Agensi agensi awam/GLC seperti Felcra, Risda dan Felda kalau bergabung dalam industri pengeluaran dan pemrosesan getah, mereka mampu mengatasi Lee Rubber, tetapi memilih untuk menyerah. Agensi pemasaran yang ditubuhkan kerajaan, MARDEC kini telah dijual kepada tokoh perniagaan Syed Mokhtar AlBukhary

6. Harga lantai RM4 perlu laksanakan dengan menstabilkan harga FOB. Ia tidak boleh kurang daripada RM10/ kg. Kerajaan perlu wujudkan dana atau apa saja kaedah lain untuk stabilkan FOB pada kadar ini.

7. Kemeterian Perladangan Perindustrian & Komuditi (MPIC) ada LGM yang gubal dasar-dasar getah. Penyelidikan di LGM tidak membantu pekebun kecil, tetapi memberi kelebihan kepada pengeluar besar / estet.

8. Risda dan Felcra berubah sepenuhnya menjadi agensi perniagaan yang mengutamakan keuntungan syarikat-syarikat milik agensi itu.

9. Dasar kerajaan sekarang ialah kos untuk memproses getah mesti ditanggung oleh pengeluar ( pekebun kecil/penoreh). Dasar kerajaan ini mesti diubah, paling tidakpun ditanggung bersama oleh pengeluar, pengilang dan peniaga.

Kos sebenar untuk pengeluaran getah sekerap bg setiap kilo ialah RM3.20 meliputi kos:

A. Baja
B. Racun
C. Upah menebas/mencuci
D. Upah2 lain.

Rumusan kerugian ketara terkumpul pekebun kecil akibat ketirisan sistem tadbir urus industri getah negara seperti berikut:

A- Manipulasi harga di peringkatt kilang akibat kos proses/caj kilang = purata RM0.30/kg (katakan kos sebenar ialah RM0.60-1.10/kg, tetapi pemotongan dibuat RM1.40/kg
B- Manipulasi harga peringkat dealer akibat ketiadaan tolok DRC = RM0.30/kg
C- Manipulasi harga oleh rantaian dealer =RM0.20/kg

Jumlah kadar kerugian bg pekebun =RM0.80/kg

Kerugian/ kehilangan ini tidak termasuk kerugian operasi akibat kejatuhan harga getah dunia:- (harga jualan semasa/harga ladang -kos pengeluaran )
. RM2.45-RM3.20= -RM0.95/kg
jumlah setelah ditolak = -RM1.75/kg

Pandangan kami, kos proses patut ditanggung separuh separuh antara pengilang dan pengeluar. Kuasa utk tentukan kos proses ialah pengilang, pekebun tak tahu kos sebenar kerana mereka terlalu bergantung kpd keputusan kerajaan.

antara kerugian :
1. ketidakstabilan indeks harga pasaran dunia
2. manipulasi dacing
3. manipulasi drc
4. manipulasi susut air
5. alasan faktor turun-naik bahan api

Tuntutan rakyat yang tepat untuk kebaikan semua pihak

1. Harga lantai RM4/kg (tolak kos RM3.20, penoreh hanya dapat RM0.80/kg).

2. Penstabilan FOB pada kadar RM10/kg - dengan itu harga ladang akan berada pada kadar RM4/kg.

3. Kos memproses ditanggung bersama antara pengilang peniaga dan pengeluar, kos memproses maksima yang boleh diterima /munasabah ialah RM1.00/kg (kini antara RM1.40-2.30).

4. DRC ditentukan secara saintifik, LGM perlu mengkormersialkan tolok penyukat DRC yang telah dicipta daripada wang yg diambil atas alasan R&D drpd pekebun kecil (0.40 sen/kg).

5. Cukai ses yang dipotong daripada pekebun kecil perlu dikira semula berdasarkan pengeluaran semasa. Pemulangan patut dibuat dengan kiraan yg munasabah.

PANGLIMA MALAYSIA merayu dan mendesak kepada kerajaan malaysia supaya jangan bermain tarik tali terhadap rakyat miskin dan golongan marhaen.perjumpaan kami bersama LGM diperingkat tertinggi,hingga sekarang belum mendapat apa2 jawapan dan tiada tindakan dari pihak kerajaan untuk meletakkan harga lantai RM4.00.

Bantuan RM500 untuk penoreh sama sekali tidak membantu rakyat miskin untuk mereka keluar dari belenggu kos taraf hidup dan bebanan hutang yg ada.

SULAIMAN IBRAHIM ( LRL )
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA

p/s : KALAU menteri tolong...bleh dapat % sikit kat depa, mungkin depa mau tolong...
kalau tak..tunggu jawapan menteri nanti ....