Monday, April 11, 2011

PAS MERBOK : ADA YANG TAK PUAS HATI EXCO DI PILIH JADI YDP KAWASAN ???

EXCO pun dok pulon jawatan YDP apa pasal pulak..!!

Aduhai nie apasal pulak EXCO pun kalut nak berebut jawatan YDP Kawasan nie.... dok pulon sumbat kat tembolok masing-masing sahaja buat apa awat orang lain tak ada dah ka nak jadi YDP lepas tu YDP yang lama tu bodoh tak reti buat kerja dah kaaa....kalau tak kerana kerja buat YDP yang lama tu rasanya hangpa pun belum tentu boleh jadi ADUN rasanya....

tapi mai lanie hangpa haloba kat hangpa semua.....awat ingat kami tak tau kaa apa yang terbuku dalam hati hangpa bila dok pulon jawatan YDP nie....... Bukan apa jawatan EXCO tu ingat kecik anak kaaa.....tu amanah nak jaga negeri yg dok kalut mai pulon jawatan kat kawasan nie apa pasal pulak......hangpa dan pusing kaa nak cover buat kerja semua tuuuu... sat kena balik kawasan sat kena pie wisma urus negeri....ingat dah la jaga bola pun dah makin huru hara dah sekarang nie... dok pulon ambik jawatan kat kawasan tuuu.....aku pun tak tau laa kelaku hangpa


macamana...


Nuuu ada sorang lagi EXCO...jugak depa kata dok pulon jugak nak jawatan YDP tuuuu...kata2 nak buat rekod laaa YDP pertama kat malaysia bukan mai dari kaum ADAM.... tak tau laa kelaku hangpa skrg nie macamana.... semua dah gila jawatan skrg nie... Dulu bukan main kata kat UMNO tapi lanie semua dah berjangkit kat diri sendiri.....ingat pihak lawan akan buat cerita pasai kelaku hangpa nie jadi pada2 laa nak buat sesuatu tindakan tuuuu ingat kesan dia dimasa hadapan sama....jangan dok ingat kelaku kita sendiri saja.... anak-anak buah kat bawah nie tak dan nak menepisnya bila kena sembuq dengan pihak lawan.... pimpinan tamak jawatan kawasan tak terurus dan terjaga lepas tu semua tunggang langgang.... mampuih pie kat hangpa laaaa......

oleh :keldahlani

P/S : pemilihan dan kemenangan perwakilan yang buat. maka, kerja perlu di teruskan. tapi kalau terlalu kalut susah gak ni. kawasan tak dan turun, DUN tak dan melawat parah gak la. tapi... apa pun harap berjalan lancar la. kalau tak.... mai PRU 13 ni.... tak tau nak habaq...

Tu dia depa kata MP Merbok tak wujud.. biaq betoi..??

MR berkesempatan mengikuti program lawatan DS Najib ke Sungai Petani, Kedah semalam walaupun terlewat sedikit kerana terlepas penerbangan ke Pulau Pinang. Kelangsungan berada di Kedah MR mengambil kesempatan meronda beberapa kawasan seperti Parlimen Jerai, Sungai Petani, Merbok dan Baling.Di antara semua kawasan ini yang menarik perhatian MR ialah di Merbok kerana kawasan ini satu ketika dahulu memang hebat dan tidak banyak politiking dalaman.Hebat kerana kawasan ini dahulunya diwakili oleh bukan calang-calang tokoh sebagai Ahli Parlimen mereka seperti YBhg Tun Daim Zainudin bekas Menteri Kewangan yang sangat dihormati dan berjasa kepada negara. Selepas Ybhg Tun Daim sebagai Ahli Parlimen kawasan ini diwakili pula oleh seorang lagi tokoh iaitu Tan Seri Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan dan Tokoh Wartawan Negara juga bukan calang-calang ketokohannya. Tetapi hari ini Kawasan Merbok seperti kontang dan tandus, Ahli Parlimen mereka Datuk Rashid Din bekas CEO Modenas langsung seperti tidak wujud atau dalam lain perkataan “ada seperti tiada”.Rata-rata tempat dan beberapa kampong yang MR turun mereka berkata masih tidak nampak batang hidung Ahli Parlimen mereka. Malah yang melucukan masih banyak yang bercakap-cakap tentang kesan-kesan hasil peninggalan jasa-jasa Tun Daim dan Tan Seri Zainudin Maidin.Tun Daim kata mereka telah membawa dua buah universiti iaitu UiTM dan Asian Institute of Medical Science, MRSM dan hospital besar. Tan Seri Zainudin katanya walaupun satu penggal menjadi Ahli Parlimen telah membina beberapa jambatan, riadah dalam kampong dan banyak aktiviti-aktiviti rakyat sehinggakan kata seorang imam "kain putih nak mati pun Datuk Zam bagi percuma". Entah imam itu perli MR tidak tahu, ini belum disiasat lagi.Malah salah satu jambatan kata mereka yang dibawa oleh Tan Seri Zainudin telah di"hijack" oleh PAS mengatakan mereka yang membawa pembangunan tersebut. *(Maaf, MR tak sempat lagi turun untuk mengambil gambarnya kerana kesuntukan masa). MR mendapat banyak lagi maklumat-maklumat yang terperinci dan MR akan karau maklumat ini untuk posting yang terdekat kalau ada masa.Hakikatnya Kawasan Merbok seperti dilanggar garuda. Rakyat mengharapkan pembaharuan kepada pemimpin yang mereka undi dalam PRU12 yang lepas tidak melaksanakan tanggung jawab yang sewajarnya.Datuk Rashid Din wakil dari PKR yang MR temui masih seperti dibuai mimpi tidak tahu apa tugasnya sebagai Ahli Parlimen mungkin pengalaman beliau menjadi CEO syarikat motosikal MODENAS maka rakyat pun nak ditunggang beliau seperti motosikal juga. Jika DS Najib mahukan “winnable candidate” mungkin dipanggil balik Tun Daim dan Tan Seri Zainudin kalau mahu dicalunkan semula atau pun dipanggil memberi nasihat. Ini kerana pengaruh dan jasa mereka masih kuat dan mantap jika ditanya kepada rakyat, tetapi jika ditanya kepada UMNO awal-awal lagi mereka akan diselinap tinggal tulang. Posted by MUMMY ROKIAH http://mummyrokiah.blogspot.com p/s : PENULIS malas nak komen dah benda nie. apa mummy rokiah tu kata betoi dah. tak berubah apa pun MP Merbok yang osrang ni. sbelumni dah banyak posting pasai dia. sendiri MP mau ingat la. kalau over haul pun tak boleh, kasi tukar baru laa. PKR kasi mau ingat laaa....