Thursday, June 25, 2009

TUPAH KITA TERCEMAR LAGI ???


2,3 TAHUN YANG LALU KITA DI GEMPARKAN, BUKAN SAJA NEGERI KEDAH TAPI SELURUH MALAYSIA SEHINGGA TERPAMPANG DI KAHBAR UTAMA, MASTIKA DAN TV DENGAN AKSI TERLAMPAU REMAJA DI HUTAN LIPUR TUPAH. TUPAH YANG DULUNYA TERKENAL DENGAN TEMPAT MANDI TELAH LEBIH TERKENAL DENGAN AKSI SEHARI DI TUPAH.
HINGG KINI MASIH LAGI ADA ANAK-ANAK SARKIS DAN ANAK-ANAK BERUK YANG TAK TAU MALU YANG MASIH LAGI BERSANDIWARA DISANA. PORT-PORT ATAU KUBU-KUBU MENGENDAP MASIH LAGI WUJUD. MAKA, INI MENUNJUKKAN BAHAWA EPISOD INI MASIH BELUM TAMAT.
TIDAK CUKUP DENGAN ITU, KINI TUPAH ITU TERCEMAR LAGI? PASAI APA?. KALAU TAK PERCAYA..... TENGOK DI SIMPANG UTAMA JALAN MASUK KE TUPAH. DI SITU TERPAMPANG PAPAN TANDA HOTEL. NAMA HOTEL TUE HOTEL SAPPHIRE - DI BEDONG KEDAH. MASALAHNYA....APA TUJUAN HOTEL TUE PROMOSI KAT SITU? UNTUK APA? NAK GALAKKAN REMAJA YANG PI SITU PI BUAT PEOJEK KAT HOTEL TUE KA? TIDAK ADA REASON YANG REVELAN LANGSUNG. KALAU HENDAK PROMOSI KAT ORANG LUAR, KAN LEBIH BAIK BUAT MACAM HOTEL LAIN. PROMOSI DI HIGHWAY ATAU DI SIMPANG UTAMA DI BANDAR. NIE DEPAN MASUK TUPAH? ADA MAKNA TUE....... AWAT JADI LAGU TUE??????? FIKIR-FIKIRKANLAH....

Wednesday, June 10, 2009

DARI SUARA HATI : SURAT TERBUKA DARIPADA PEMBACA ...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

i. Adakah PAS boleh lupa apa juga perkara yang amat buruk dilakukan oleh UMNO kepada PAS. PAs sepatutnya mengambil ikhtibar dan adakah pas bersedia untuk dipatuk untuk kali kedua..........

ii. dengan kemenangan yang diberikan oleh ALLAH SWT, PAS sepatutnya pandang isu untuk mencapai kemenangan bukannya perpaduan.Muhasabah diri, tawakdu' dan perbanyakkan mendampingi rakyat terutama masyarakat di kampung bagi meraih sokongan.
iii. Sudah lupakah kepahitan yang diterima oleh PAS pada tahun PRU11 di mana PAS kalah teruk dengan UMNO. Adakah pada masa itu Muzakarah yang PAS lemparkan disahut oleh UMNO. Jauuuuuuuuuuuuh sekali.

iv. Adakah PAS menjangka kemenangan PRU12 lepas atas sokongan UMNO. tidaaaaaaaaaaak. Ini adalah kekuasaan ALLAH SWT, Mungkin ada diantara jemaah PAS yang bertahajud dan memohon kemenangan untuk PAS telah dimakbulkan . Di mana sokongan non-muslim telah mula diraih oleh PAS. Atas inisiatif PAS kah kemenangan ini tidak sama sekali. Tetapi adalah dengan pertolongan ALLAH SWT.
v. Adakah kerana PAS merasa mempunyai kuasa sedikit lalu mendampingi UMNO(musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan).Cuba saudara imbau kembali Kemenangan PAS PRU10 dan saya lihat betapa egonya semuanya kepimpinan PAS pada masa itu. Dan cuba saudara bandingkan PRU11 baru tahu apa itu kemenangan. PRU12 cuba saudara lihat ianya dah mula nampak persamaan dengan PRU10 dimana PAS dah mula tunjuk egoisnya. Sepatutnya PAS dah bergerak langkah menuju untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira padangan rakan pakatan rakyat.

vi. Kenapa pimpinan PAS kurang senang dengan Saudara Anwar Ibrahim. sepatutnya PAS mencari peluang untuk meningkatkan sokongan untuk kemenangan.
vii. Kenapa PAS banyak timbul isu yang boleh menggugat kestabilan PAS sendiri dan sokongan pengundi kepada PAS.Hayatilah apa TOK GURU NIK AZIZ katakan. PAS sepatutnya fikir bagaimana untuk mencapai kejayaan yang gemilang PRU 13. Apabila kuasa sudah ada ditangan PAS boleh gunakan sepenuhnya seperti menarik benang didalam tepung. Dengan itu Islam dapat ditegakkan dibumi malaysia .

AKHIR KATA MANA LEBIH BAIK UNTUK KITA BERKAWANO RANG KAFIR YANG TENTU KITA TAHU LATAR BELAKANGNYA DENGAN ORANG MELAYU YANG BERSIFAT MUNAFIK.

TIADA KERAJAAN PERPADUAN ...

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—


10 Jun 2009, Petaling Jaya-

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.


Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas.


Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Wednesday, June 3, 2009

PANDANGAN TERBUKA UNTUK PKWR MERBOK ...

ASSALAMUALAIKUM W.BT...

mohon maaf untuk warkah terbuka ini. juga mohon maaf sekiranya teguran dan pandangan yang bakal di kemukakan ini akan menyentuh perasaan mana-mana pihak. teguran ikhlas ini dari hati kecil ini semata-mata untuk kepentingan bersama khasnya pkwr tanjung dawai serta kelangsungan pimpinan dan pemerintahan pas bagi negeri kedah darul aman. atas hasrat sayangkan PAS dan kelangsungan kemenangan PAs bagi DUN tanjung dawai amnya.

sesungguhnya saya/kami yang menitiskan air mata bersama aktivis dan gerak kerja pas bagi memenangkan DUN tanjung dawai pada malam pilihanraya umum ke 12 pada 8 mac 2008 yang lalu masih lagi egar dalam ingatan. di mana pada malam tersebut ( kira2 selepas isyak) telah mendapat makluman awal tentang kemenangan PAS memerintah kedah (makluman dari komplek pas kedah-kota sarang semut). namun tetap menunggu pengumuman di tv sehingga 4.30 pagi. penantian selama 12 kali pilihanraya di malaysia dan di kedah amnya.

dimana pada malam tersebut kami berkumpul beramai-ramai (lebih 20 orang - golongon belia muda dan tua bersama veteran) menanti keputusan pilihanraya di kedah serta parlimen sungai petani amnya dan tanjung dawai khususnya. air mata ini menitis kegembiraan dengan sendirinya bersama gerak kerja aktivis yang lain apabila kenyataan tv menunjukkan PR (keadilan - johari abdul) menang di sungai petani, kemudiannya menag di merbok (keadilan- dato rashid din). saat dalam percaya atau tidak. paling menggembirakan DUN tanjuing dawai-kubu kuat umno/bn jatuh ketangan PAS ( Dr. Hj. JHamdan khalib). hilang rasa penat berkempenm dan saat pelekat poster. seringkali popster pas diturunkan awal iaitu selepas tamat pilihanraya, sama seperti kali ke 12 lalu. kerana sudah tahu.....PAs selalu kalah di Tanjung Dawai dan kami sering menang sorak..tapi kalah dalam DUN ini...

namun...itulah hakikatnya..dan kisah benar kami bagi segelintir ahli PAS dan pejuang kerdil PAS di DUN Tanjung Dawai. kini sudah setahun lebih PAS/PR memerintah kedah serta pengambil alihan DUN Tanjung DAwai..... di sini beberapa pandangan dan teguran ingin dinyatakan kepada PKWR Tanjung Dawai. mohon maaf sekiranya blog ini tidak sesuai. (mohon pihak PKWR buat teguran sekiranya cara ini tidak sesuai).

kami ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib atas komitmennya terhadap rakyat DUN tanjung dawai seluruhnya. Y.B tetap melawat rakyat dan sering menziarahi rakyat di kawasan ini tanpa mengira waktu. walaupun Y.B amat sibuk dan di himpit pelbagai masalah dan jawatan yang secara langsung dan ti dak langsung yang harus di pikul. Y.B adalah berhak bagi memikul tanggungjawab tersebut atas kapasiti dan kelayakan Y.B. apa yang membimbangkan kami..mampukah kita bertahan sehingga pilihanraya umum ke 13 ini bagi mengekalkan DUN Tanjung Dawai. kami tetap akan berusaha menyokong dan memenangkan Y.B Dr. samada di peringkat DUN Tanjung Dawai atau Parlimen Merbbok sekalipun. apa yang membimbangkan adalah majoriti yang lalu hanya 79 undi sahaja. ini juga di sebabkan protes pihak tertentu serta ada kalangan penyokong umno/BN yang tidak keluar mengundi. sekiranya mereka semua kembali....kedaan adalah sebaliknya. kami sayangkan Y.B dan mahu ianya kekal ... kerana Y.B adalah aset bagi DUN Tanjung Dawai serta kerajaan PAS/PR negeri kedah...

diantara teguran yang ikhlas ingin dinyatakan disini ialah beberapa perkara seperti berikut. dan pada pandangan kami ianya perlu di perbetulkan. mohon maaf sekiranya perkara ini tidak benar. mohon penjelasan pihak berkaitan...

1- pada pandangan kami banyak kerja serta masalah di DUN Tanjung Dawai dis elesaikan dengan kehadiranm Y.B Dr ke tempat tersebut. namun pada pandangan ianya boleh diselesaikan pada peringkat staff dan kakitangan PKWR sahaja. maka tidak perlu menunggu kehadiran Y.B. sampai ada pendapat menyatakan..kalau Y.B tak mai....tak jadi la benda ni...

2-di PKWR hanya kelihatan beberapa staff sahaja yang bersungguh-sungguh komited berjuang dan bekerja. contohnya muslimat yang mengambil aduan, wakil pemuda merangkap pemandu Y.B serta wakil Ahli majlis MPSP. yang lain seperti tidak berfungsi. hanya 3 or4ang yang sering keloihatan sibuk bagi PKWR tersebut dalam membantu Y.B Dr manjalankan tugas.

3-sebarang acara dan rancangan yang ingin dilaksanakan samada peringkat cawangan atau pun kawasan sering memohon bantuan Y.B Dr. bukan sedikit bantuan, malah hampir keseluruhan. dari A hingga Z. dari segi kewangan serta buah fikiran. sedangkan sudah ada jawatankuasa khas yang tubuhkan untuk apa-apa majlis tersebut.

4- fungsi wakil khas Y.B. ianya seolah-olah tidak berfungsi. (mohon maaf). samada disebabkan faktor umur ataupun cara persenoliti. terlalu banyak jawatan yang di sandang. AJK masjid, S/u bahagian, badan-badan kanun, persatuan P*k*d*, pendakwah bebas sehingga tiada masa terluang untuk membantu pihak PKWR. sampai adan yang berkata, pandai cakap jaa.. tapi keja tak jalan pun....

5-ada suara-suara yang sumbang lain sedang memerhatikan gerak kerja yang tidak dapat dilaksanakan. terutamanya berkaitan aduan orang kampung. pembersihan saliran, jambatan, serta kerja - kerja lain yang telah dimaklumkan serta surat yang telah dihantar. namun tidak mendapat sebarang makluman atau lawatan atau maklum balas dari pihak berkaitan.

6-fungsi MKK yang tiada perbezaan dengan JKKP. kebanyakkan tidak faham fungsi tersebut. tidak salah untuk meneruskan kerja lain seperti biasa, tetapi sekurang-kurang komited untuk ambil tahu perkembangan semasa kampung. kebanyakkan aduan yang di buat kepada MKK, akan di bals dengan ayat "buat laporan kat pejabat PKWR lah senang, borang ada sana..kalau buat sini pun..kita hantar sana juga..."

7-gearakan pemuda PAS yang kurang efektif dalam membantu kerja Y.B. kebanyakkannya lesu dan mandom. entah mengapa ini terjadi. hanya beberapa kerat sahaja yang aktif, yang terus diam. hanya kelihatan hebat dan agresif semasa pilihanraya. lepas tu tidur sahaja. ada setengah cawangan telah kelihatan serta tidak cukup ahli untuk mengadakan program. sepatutnya inilah tenaga kerja yang amat di perlukan....

8- telah kelihatan dan tertulis dalam akhbar (metro/sinar harian) bagi kawasan kuala muda - merbok. kelihatan NGO aktif bagi kawasan ini membabitkan kerjasama dengan NGO lain serta universiti. pelbagai aktiviti dijalankan. di fahamkan juga, NGO tersebut menghadapi masalah. seperti di pandangan lain..ada NGO mudah di dekati...dan boleh bekerjasama dengan pihak PAS. tetapi, staff @ wakil PKWR @ MKK seolah-olah seperti tidak berminat dengan aktiviti yang dijalankan. malah tidak ambil tahu. ada juga yang tidak tahu pun di mana kewujudan NGO tersebut....

9-keletihan yang terpapar di muka Y.B sekali sekala membuatkan kami faham atas kesibukan y.B dalam menjalankan tugas. bukan sahaja di DUN, di peringkat Negeri, Negara tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa. sekiranya peringkat DUN staff lain tidak memainkan peranan yang sewajarnya....maka keletihan ini akan terus menghantui. tolonglah Y.B kita .....

10-kami bagi penyokong dan aktivis kerdil ini sokong dan akan terus menyokong pihak y.B Dr dalam melaksanakan tugas. kami berharap pada pilihan raya umum akan datang ianya terus di kekalkan. kami tidak dapat menerima hakikat sekiranya DUN Tanjung dawai ini kembali ke tangan UMNO/ BN..tidak kira siapa wakilnya.....