Wednesday, December 30, 2009

PERMATA MERBOK YANG HILANG : KENANGAN PERJUANGAN ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ MANSOR HJ IBRAHIM .....

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang di telan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali dan lain-lainnya. mungkin nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...

Monday, November 16, 2009

POLITIK : RUANG UNTUK CARI MAKAN ???


Mengapa ramai orang berebut rebut masuk politik? Mengapa mereka berebut mencalonkan diri mahu jadi pemimpin? Sedangkan apabila sudah jadi pemimpin jadilah dia hamba. Ia itu hamba rakyat? Benarkah ada orang kata siapa ingin glamor dan kaya masok lah politik.Kerana sekarang medan politik sudah jadi macam MLM, tempat skim cari kekayaan.

Tempat skim jadi jutawan,bukan lagi gelanggang perjuangan tetapi sudah jadi gelanggang tempat cari makan.Apabila di conggak conggak jadi PM dapat gaji mahal? Jadi MB pun mahal gaji? Jadi MP pun mahal gaji? Jadi Adun pun mahal gaji? Jadi MP dan Adun Pembangkang pun dapat gaji mahal.Itu belum kira lambakkan lain lain “side income”.Gaji? Mereka tidak heran sangat.Tetapi ini lah benda utama yang mereka idam idamkan.Side income” dari sumber “ghaib” !!???.
Politik yang kotor sudah jadi bertambah kotor bagaikan tempat pelacuran, kerana ianya sudah jadi medan politik wang. Modalnya Rakyat. Rakyat di jadikan alat dan tempat di perjudikan.Siapa yang berjaya dalam medan ini seolah olah mendapat ladang yang amat luas. Seolah olah mendapat sebuah kilang yang besar yang tidak putus putus mengeluarkan wang. Di situ dia boleh jadi jutawan tanpa buat kerja. Macam MLM income masok melalui downline. Downline dia siapa? pembodek dan pemberi rasuah!Orang politik sekarang bukan sahaja bertarung dengan parti lawan.

Mereka bertarung sesama sendiri.Bertarung sesama sendiri di dalam parti untuk menguasai parti, kerana di situ pun ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan. Maka berlakulah tikam kawan sendiri, khianat mengkhianati, jatuh menjatuhkan. Dan di sesetengah negara lain ada bunuh membunuh.Maka daripada medan politik kotor inilah lahir pemimpin pemimpin negara yang menjaga negara dan rakyat, agama dan bangsa.Maka lahirlah mereka ini sebagai penyangak penyangak negara, agama dan bangsa yang bertauliah! Lahirlah lanun lanun terhormat! Pencuri pencuri berlesen.

Mengaut wang rakyat dan negara!Setiap musim piliharaya rakyat memilih pemimpin mereka, dari parti pilihan mereka agar lahir pemimpin pemimpin pembela rakyat dan cinta agama dan negara, agar nasib mereka terbela. Jawapannya sama juga. Pemimpin baru dari parti yang baru tidak ada beza.Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi. Hanya mengharap dan mengharap.Harapan tidak kunjing tiba.

Begitulah terjadi di setiap plihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela. Yang senang hanya segelintir. Yang susah dan menderita itulah yang ramai.Sedangkan pemimpin pemimpin terus jadi kaya melalui perniagaannya di medan politik. Duit dari sumber “ghaib” masuk dan terus masuk!

Sunday, November 8, 2009

PAS MERBOK : MARI KITA SAMA-SAMA MUHASABAH & FIKIR SEJENAK ...

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang tertentu untuk berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran dan bermain-main di benak dengan cara apa sekalipun. tidak kira suka atau tidk, pahit atau manis... yang penting dapat diluahkan....
apa yang hendak dikongsi bersama adalah muhasabah dan fikirkan sejenak demi PAS Kawasan Merbok. bukan kerana akan pupus, bukan kerana akan lenyap,bukan kerana hilang pengaruh tetapi atas dasar sayangkan PAS. bagi anak-anak dan belia yang sedia lahir dalam kelurga PAS, mereka hanya tahu mak bapak mereka adalah orang PAS, jadi secara automatik mereka PAS jugalah.
maka, sejak dari dulu cara itulah yang berkembang dalam PAS, sehingga berlaku tsunami politik sekali-sekala seperti baru-baru ini sehingga menenggelamkan umno/BN di parliman merbok dan dun tanjung dawai. namun sejauh mana pengaruh PAS, kefahaman dan tahap pengetahuan perjuangan mereka dalam PAS???.pendek kata kebanyakkan mereka hanya pak turut semata-mata. tsunami politik yang melanda hanya sementara dan keadaan mungkin akan kembali sedia-kala bila-bila masa seprti yang kita sedia maklum.....

apa yang kelihatan sekarang bagi kawasan ini sekarang, ada sesuatu yang tidak kena. seolah-olah berdiam diri dan main sapu bawah tikar. lebih kurang sama dengan umno merbok. masalah dalaman wujud, tetapi pakat tutup mulut. masalah akan dibiarkan suam dan basi begitu saja. kemudian tutup kes. mungkin itulah cara kita parti melayu, tak kira belah mana, dengan cara hidup melayu. bukan kita harapkan sebuah jemaah yang amat mantap dan berkuasa serta amat berpemgaruh. tapi ntah kenapa.....

adakah kita telah kehilangan ustaz yang juga bertaraf ulama di merbok?, menyebabkan kita lesu dan kurang minat dalam berpolitik dalam parti?kalau macam tu senang, letak jawatan kalau dah tak mampu. tapi yang jelas, bukan itu masalahnya. sebenarnya kurang berminat di jawatan itu..cuma nak tumpang sekaki saja... ini masalahnya..... jadi, mohon kita sama-sama renungkan, muhasabah dan fikir sejenak. kemana kita nak pi ni? seolah kian muram durja dan lesu. bukan kerana daif aktiviti, bukan kerana kekeringan idea, tetapi kurangnya komitmen dan tanggungjawab. menang muktamar, lepas tue macam lepas tangan. pada amnya, ahli PAS, penyokong, sukarelawan di kawasan ini tidak pernah kurang sokongan sedikitpun dan tidak berbelah bagi kepada pimpinan PAS kawasan. yang bermasalah mungkin AJK ja kot. jika ada program, baik ceramah atau apa-apa sekalipun penuh dengan penyokong.

memetik cadangan tuan guru nik abdul aziz nikmat yang kontroversi, ianya agak terkena sipi-sipi pada batang hidung kawasan ini. jika perlu berubah...apa salahnya kita berubah. jika tidak kita perlu fikir masa depan politik di sini. tidak juga salah kalau kita muhasabah demi kepentingan masyarakat dan parti. apa salahnya....

p/s: komen,bangkangan,sindirian dan apa-apa tulisan penulis di ruangan ini serta sebelum ini di dalam blog, bukan berniat untuk menyakiti sesiapa, bukan niat untuk jatuhkan sesiapa tetapi atas rasa tanggungjawab sayangkan dan cintakan PAS...
nota:
dulu......kita berpakat,kita bermesyuarat kumpul derma,keluar zakat mintak sumbanagn sana sini untuk mantapkan PAS Merbok. sehingga sampai ke timur, hingga ke selatan pelosok tanah air untuk membina PUTIM Merbok. demi perjuangan PAS disini untuk menangkan PAS di DUN tanjung dawai dan parlimen merbok. akhirnya Allah beri nikmat kemenangan kepada kita di DUN ini untuk berkhidmat dan buktikan kita mampu yang terbaik. namun kita alpa... ini bukan akhirnya...ini adalah PERMULAAN kita...
kini.......PUTIM sunyi sepi. aktiviti yang diwar-warkan dahulu belum tahu statusnya. PAS sebenarnya alternatif utama menggantikan umno., tetapi hampir menyerupai umno. jika atas alasan wang dan budget mungkin benar sebabnya, etetapi bagaimana dengan hal-hal lain. seperti kini PAS menang di DUN, sedang menang dan dalam kemenangan. apakah akan menag lagi??? jangan biarkan Y.B dan sekerat dua dok pulun siang malam berkhidmat kepada rakyat. jangan hanya tunggu dan lihat saja, apa nak jadi. apa semua nie..... mari kita berubah....

BLOG Y.B ADUN TJG DAWAI DI SERANG ???

Blog Y.B Dr. Hj. Hamdan Adun Tanjung Dawai yang memaparkan aktiviti sekitar DUN dan lain-lain kini di serang!!! antara yang terpapar kini :

Shoutbox Ruang Aduan dikeluarkan buat sementra waktu kerana disalahguna oleh individu tak bertanggungjawab untuk mencerca dan melemparkan kata-kata kesat.Akan dimasukkan semula apabila keadaan sudah reda. - Admin.

sapa punya keja? satu tindakan bangang menghentam dengan cara begitu. blog untuk berkongsi maklumat dan pandangan, tetapi disalah guna oleh mereka-mereka yang kurang kecerdikan untuk membut benda tak senonoh. penuh dengan maki hamun, caca merba dan bahasa kesat dilemparkan. gara-gara kedah kalah dalam bola sepak.
apa barang nie... benda kecik ciput, nak maki hamun. hek.....eleh macam lah yang kutuk tue minat sangat bola... awat..ingat kita bleh jadi macam Manchester united ? Chelsea? Liverpool?. sendiri mau ingat laa. minat sangat la konon, pi stadium pun dak... orang banyak lagi keja lain nak buat. bukan dok keja sembang kosong ja...
p/s : admin leh adakan balik shoutbox kot.puak-puak tue kena ajaq sikit...

UMNO MULA BANGKIT DI KEDAH : BN MENANG KEDAH, RAKYAT NGANGA TAK SUDAH ...

Umno lancar 'BN menang, Kedah senang'

Umno Kedah akan melancarkan slogan atau tagline berbunyi 'BN Menang Kedah Senang' bagi menaikkan semangat ahli-ahlinyasupaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata pelancaran rasmi slogan berkenaan akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Gerak Mesra 1Malaysia yang akan diadakan di Yan, 12 Nov ini."Pengenalan tagline ini adalah hasil cetusan idea antara ketua-ketua bahagian untuk membangkitkan semangat bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita berazam untuk lakukan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana sekiranya negeri ini terus dipimpin pakatan pembangkang, ia akan hilang kesinambungan dengan pemerintah (kerajaan pusat)," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Tunku, Alor Setar hari ini.Katanya, sekiranya tidak ada kesinambungan atau hubungan secara terus dengan pemerintah, rakyat akan mengalami kesusahan dan tidak dapat menikmati keseimbangan dari proses pembangunan serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.Nawawi berkata bukti yang ada dapat dilihat selepas negeri ini diperintah Pakatan Rakyat iaitu tidak ada pelaburan besar yang dibawa masuk untuk kesenangan rakyat.
"Rakyat kena terima hakikat bahawa semua kesenangan adalah hasil pemerintahan BN dulu, selepas diperintah pakatan pembangkang, pelaburan di Kedah hampir kosong peratus, kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri tidak ada yang spesifik," katanya.Tambahnya, keadaan itu sangat merugikan rakyat, justeru dengan pengenalan slogan baru itu, ia diharap dapat menjelaskan kedudukan perjuangan BN demi kesejahteraan bersama.
Sementara itu, Nawawi berkata selepas pelancaran rasmi slogan berkenaan, Umno negeri akan melakukan gerak kerja dan promosi menyeluruh bagi memastikan objektifnya difahami semua lapisan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.Beliau berkata, Umno yakin selepas rakyat memahami perjuangan parti itu, mereka akan dapat menzahirkannya dalam pilihan raya umum kelak, sekaligus menjanjikan kemenangan buat BN. BERNAMA



P/S : sudah di ceritakan dahulu, umno/BN kedah takkan duduk diam. mereka akan lakukan apa saja untuk dapatkan kedah kembali. majoriti rakyat kedah melayu, ada plak yang lapaq duit, senang gak tue. umno/merbok jadi tunjang sipi gerakkan rampas kedah. nawawi dok langkawi, jauh nak mai aloq setaq tue. umno merbok dah lama atoq startegi dari peringkat bahagian. banyak orang dalan tue dia tukaq. PAS Merbok macam mana? berani sahut cabaran dah ni. kena ingat..... kita menang sikit ja nie. kena rajin keja sket. sat gi BN Menang Kedah, Rakyat Ngaga Tak Sudah. Orang PAS kena pijak ngan puak depa nie....

Tuesday, November 3, 2009

ULAMA & USTAZ : AURA TOK GURU & SEMANGAT USTAZ ... KITA PULAK LAGU MANA???


Aura Tuan Guru Dato` Hj. Nik abdul Aziz Nik Mat sememangnya tidak dapat di pertikaikan lagi. sejak zaman PM dulu sampai la ni. tak dak sorang PM pun yang berano dok kata kat dia sesuka hati. maknanya, Tuan Guru amat bersih. dari segi penampilan dan cara pemerintahan, PAS suka...UMNO pun suka...

Semangat ustaz pulak, memang patut di puji. rujuk Dato` Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, MB kita. sampai Tun Dr. Mahathir pun puji pentadbirannya. pendekatan yang di laksanakan penuh dengan teliti. memang ada gaya Almarhum Al-fadhil Ustaz Fadhil Noor dulu. segala masalah diselesaikan dengan tenang...

jadi alangkah baiknya, kalau kita ambil sedikit aura dan semangat pemimpin macam nie. kalau segala apa yang kita buat, penuh ikhlas dan jujur dalam perjuangan. telus dan tranferens dalam apa juga tugas dan keja yang kita buat. sebenarnya apa yang nak di ketengahkan disini adalah berkaitan dengan tempat dan kawasan merbok nie.apa dia tue???

kalau tengok pemimpin atas, baik pusat atau negeri baguih jaa. tengok peringkat exco dan kerajaan negeri ok ja lagi. mai peringkat kawasan, bahagian dan cawangan...macam-macam feel ada. aura dan semangat mana tak tau masuk mai. ada yang perasan lebih.
dengar kata baru nie dekat kawasan nie, ada sorang orang kuat exco, bukan kuat sangat la...jarang-jarang tengok muka, tapi dok cakap pandai jugak la, di kawasan kita nie. bukan nak kutuk, nak tegur sikit la. pasai orang dok cakap-cakap. kita dengar pun tak syok. baru nak masuk 2 tahun ambik alih, orang dok kata. sakit telinga jugak...

dengar kata pi majlis orang buat gotong royong kampung pun pakai baju batik. huiii...sakan. majlis gotong royong orang pakai cincai selalunya. batik murah kot la nie. nak kata turut seruan kerajaan tak kena, pasai kakitangan kerajaan pakai baju batik hari khamis. dia hari laen pun pakai. pi kenduri pun pakai. kat sekolah tak pakai pun. kalau Y.B , exco atau orang kuat terdekat kira ok la. di dok sipi-sipi ja. dressing kalah Y.B aih. sapa tak tau. nak tau nanti jumpa la kalau ada majlis kat kampung... tak salah aih nak bergaya kalau kena tempat, kita orang kecik-kecik ni pakai sama dengan orang laen pun tak pa.... bukan apa, orang dok tengok nie..... orang kata kita perasan lebih pulak ...

ORANG UMNO MERBOK LEBIH CERDIK DARI PAS ???

sejak semenjak nie, sejak PAS menang di tanjung dawai... ingat rakyat kita makin celik. rupanya tidak jugak. kalau dari segi akalnya, perubahan angin politik DUN Tanjung Dawai yang berubah kepada PAS sebenarnya mungkin kesedaran rakyat disini. sebab tue pakat-pakat pangkah PAS. tapi dari segi logiknya, ianya undi protes orang terhadap BN disini. kahsnya kaum cina dan india yang banyak memberi sumbangan kepada kemenangan PAS disini. jadi ???
jadinya, bila-bila masa angin itu akan bertukar. la ni boleh diibaratkan nasib kemenangan kepada pihak PAS. kira takdir la jugak tue. cubaan untuk PAS mentadbir dan memberi khidmat kepada rakyat di DUN Sini. tapi la nie kita nak bincang hal lain. hal berkaitan perkhidmatan dan sumbangan PAS kepada DUN sini. sapa yang dapat manfaat...

pada pandangan penulis orang umno lagi cerdik. tengok rekod orang umno lagi banyak mintak bantuan. tiap-tiap hari buat permohonan mintak bantuan. dengar makluman, 70% bantuan yang
di mohon peringkat dun adalh di buat pihak umno. tak percaya? tak tau la tapi macam tue la. mintak macam-macam benda. maklumat terkini, tak silapnya pelbagai kepentingan peribadi dan puak-puak.

orang umno nie dah biasa senang. dengar kata ada cawangan dan geng umno teluk che lela dapat bot dan enjin dulu. dari umno la, pusat punya. memang umno bagi, tapi duit rakyat. baru-baru nie depa pi juai plak. duit bahagi sama rata. tue kalau dapat bantuan dari DUN, sah juai. rekod lalu, cawangan kampung bujang. pernah jadi kampung tercantik tiga tahun berturut-turut. sekali menang dapat RM 250,000. maknanya tiga kali menang dah berapa? RM 750,000 beb! mana pi duit tue??? yang susah, dok susah lagu tue jugak. bukan kita nak memandai, depa ysaha bagi menang, tapi satu kampung buat point bagi menang. last-last tiap tahun depa pi bercuti. pi rombongan kuala lumpur. sakan depa aiiih. yang pi puak terpilih pulak tue. AJK umno. waktu buat pertandingan dengar kata kita bersatu... lepas menag puak-puak depa ja pi.

jadi, pihak PKWR DUN Tanjung Dawai kena tapis sket puak-puak nie. senang banyak dah puak-puak nie. bukan kita dengki, tapi yang patut-patut la kot. depa cerdik terlajak, sat mintak jalan, sat mintak paip ayaq, sat mintak bot, sat minyak duit, puak depaja rajin mintak. dah la sebelah geng pas nie pun pandai mintak jugak. sah-sah kata menang semua depa mintak. rokok pun kalau bleh nak mintak kat DUN. ingat tempat cop duit ka?

Monday, November 2, 2009

UMNO SEDIA KUTIP ADUN RECYCLE !!! PAS KUTIP ATAU SIMPAN ???

Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari

Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.
Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah. _
KOMEN Burung Merbok - apa yang dikata oleh Prof. Dr. Aziz Bari itu memang dah tersurat dan tersirat. terang la bersuluh. sampai la nie puak-puak umno masih lagi mencari pemimpin pakatan rakyat yang bermasalah supaya isytihar keluar PR dan join depa. tak payah la kita risau pasai benda ni kalau dok kata, cakap, kutuk atau komen apapun ianya tetap diteruskan oleh umno ni. perjuangan depa tetap diteruskan...
tapi nak tengok la pulak kaitan dengan kita. kat PAS Merbok lagu mana? geng Umno memang tak berani nak racun Y.B Adun sini, kecut perut depa. takkan berjaya la, orang PAS yang dedikasi dan berpegang pada tanggungjawab rakyat, jangan mimpi la. bukan ceroi macam katak ibrahim ali tue. kat merbok tak wujud la pancing Y.B, tapi yang dok nampak mata kail ja. macam kail dalam jemaah. "nak kata duri dalam daging" tajam sangat. nak kata "api dalam sekam" kurang ajar sangat kot.

kira macam mata kail la senang. nak guna tak boleh berkarat. nak buang pun tak boleh sat gi orang lain cedera. pas tu simpan ja la. nak di ibarat kan "quran buruk",tak elok la. kitab kita tue. tapi lebih kurang lagu tue jugak la. tak boleh buang,berdosa beb. kitab tue, kena letak la kat atas ( rujuk organisasi), boleh pakai ka dak tu biaq pi la. boleh guna ka dak, tue kira lain la. janji letak atas. jangan bagi orang langkah...
bukan apa, sampai bila nak lagu nie. Tuan Guru Nik Aziz pun suka pada perubahan. kalau mendatangkan kebaikan dan manfaat bersama. perubahan pada PAS pusat, bermula pada PAS kawasan.jadi fikirkan lah.....

Saturday, October 31, 2009

PAS MERBOK : AWAT JADI LAGU TUE ???

kempen jom masuk PAS !!! telah di lancarkan dengan jayanya beberapa bulan yang lalu. katanya dan tujuan serta dasarnya untuk menambah ahli pas baik golongan mana pun. ntah berjaya...entah kan tidak....
tapi apa yang di lihat di disini, (rujuk merbok), perlancaran yang di buat di alor setar khasnya untuk seluruh negeri kedah. maka, pada dasarnya kawasan merbok termasuk sekali la kot. sebab merbok dok dalam negeri kedah. lagu tu la yang penulis faham. tapi kawasan merbok rilex kedai kopi ja. sapa yang pi cari ahli baru nie? sapa yang kempen? pas kawasan ka? muslimat ka? pemuda ka? semua rilex ja tengok. perlancaran buat lama dah... nampaknya terbenam macam tue la...

mai tengok keadilan plak, sampai hari ni tak habis dok cari ahli. maka ramai la yang masuk. geng muda saja dengar kata berkecamuk pakat masuk. berduyun-duyun. sejak dari kempen pilihanraya dulu sampai la ni. dah la masuk free, proses pun cepat. dengar kata sampai kena potosthat borang, pasai ramai sangat. walaupun wakil rakyat keadilan majoroti dok lena saja atas kerusi macam MP Merbok, dan ramai Y.B keadilan yang tak boleh harap pasai depa rajin melompat macam kat perak (katak osman jailu/jamaludin), kat kedah (katak radhi saleh) dan katak selangor ( badrul). tapi dari segi kempen masuk keadilan tetap mendapat sambutan.

tengok PAS, semua o.k jek. PAs FOR ALL pun dapat sambutan. tapi tak dak plak penambahan ahli baru macam keadilan. khususnya geng muda. tapi pusat dok kempen "orang muda geng kita". PAS Merbok lagu mana nie? tengok Pemuda MErbok macam "orang kami geng kami" tue yang Ketua Pemuda Baru jadi tajuk blog macam nie "KETUA BARU KAMI". aihhh..sakan aiih depa... geng depa ja. habih geng muda kat luaq yang dok tak tentu hala ala-ala mat rempit nie geng mana? keadilan dengan umno kot...

tengok umno, ntah mana duit rasuah dia dapat..dia bagi kat geng muda. minat motor, bawak konvoi..bagi sorang lima ringgit. nak kata geng mat rempit nie maruah rendah..tak patut sangat. tapi nak buat macam mana..yang tue ja depa bagi. tapi pastu, pakat masuk umno la geng tu. permohonan pun free. pastu waktu terdesak umno la nie. leh dapat duit tepi lagi. nak jawatan? anytime. depa jaga sunggub puak-puak muda. lagi geng muda merapu...lagi untung depa...

mai bab pas kawasan balik. macam-macam pecahan organisasi ada. tapi yang mana dok tolong kempen masuk PAS tak tau ka. takkan nak harap Y.B jugak kot. elok la tue..tambah lagi satu keja. jemaah PAS lain, tidoq. la ni ada yang komplen pasai pas kawasan lagi. ada yang daftar masuk PAS Merbok, borang tak proses langsungg. bila tanya kata ada kat cawangan, pastu setiausaha kawasan , pastu ada kat aloq setaq pastu tak tau pi mana. last-last hilang lagu tue ja. sapa dok buat keja lagu tue tak tau. buat habis dakwat pen ja isi borang. depa kata isi borang PAS, akan dapat sijil keahlian. tapi ada yang kata bertahun dah masuk tapi tak dapat pun. masalahnya, jemaah lama tue ok la dah lama berjuang. yang baru nak masuk lagu mana? yang tak masuk langsung apatah lagi. yang tak di kempen memang "out of services". yang nyata, yang bukan ahli dan rakyat biasa kawasan merbok nie ramai lagi yang tak daftar mengundi. dok riuh saja, mengundi dak. haprak betoi.....
pakat dok kempem "jom pertahan kemenangan". ntah nak pertahan apa tak tau. nak pertahan lagu mana pun tak tau. buat apa pun dah dak. jom pakat-pakat rilex. elaun masuk jugak ......

PEMIMPIN PAS : WAJAR CONTOHI Pakar Mantik AL-FADHIL Allahyarham UFN

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia.
Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu.
Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Tuesday, October 27, 2009

Cerita pasai UMNO Merbok : bergolak di dalam ???

Cerita pasai UMNO merbok nie banyak juga tak silapnya. Sejauh mana keberannya, biaq depa nilai sendiri. Penulis Cuma nak sampaikan apa yang rasa pernah dengar ja. Kalau salah betulkan, kalau betul, diam-diam sudahlah kot. Dengar kata ketua bahagian yang menang hari tue, datuk tajul urus masih tidur tak lena sampai la ni. Macam mana nak lena, banyak plan tak jadi ni. Dulu nak bagi kroni bertanding kat DUN bukit selambau, heboh satu Malaysia, last-last tak dapat jugak. Pastu plan nak tumbangkan kerajaan PR kedah, habis pujuk orang siap jumpa lagi dekat lagenda height nun, tapi tak jalan jugak.

Lepas tue, ada plak suara dalaman dok kacau. Menang ketua bahagian dulu pun sebab rasuah orang. Syarikat Singapore mana tak tau bagi duit. Dengar kata asti holding milik orang asing. Betul la kot. Tengok nama dalam intenet kat syarikat tue ada. Tak pa lah, janji kaya. Pediuli apa duit mai mana pun. Ni ada plan baru lagi dengar kata, tapi ada orang bawah tak sebulu plak. Ada ja yang tak kena. Nak buat projek sorang, bahaya. Sat lagi tertonggek sorang-sorang.


Ketua penerangan kawasan yang baru, tauke Zuffa. Dato`gak nie. Macam-macam program yang disusun untuk merampas semula kedah. La nie tengah rapatkan diri dengan golongan muda kawasan. Belia satu suara la, rakan belia la, macam-macam. Maka digerakkan kanlah pemuda umno bahagian, dengan kelab keta kancil, kelisa sungai petani nun. Siap kempen dalam paper metro lagi. Baguih gak tue. Tapi macam tak sependapat gak dengan ketua bahagian. Yang sorang kalut cari duit poket, yang sorang nak ambik hati pemuda. Susah gak nie. Rancangan ketua penerangan memang relevan, think thank UMNO bahagian mungkin di wujudkan untuk merancang rampasan jangka panjang parlimen dan DUN Tanjung Dawai. Pemuda yang berkelulusan master dan degree akan dikumpulkan untuk mendapat pandangan. Bukan susah sangat, dengan duit semua bleh jadi aper. Nak jawatan pun bleh dalam parti. Tak lama lagi ada harapan bleh jadi ketua bahagian. Yang la ni dah dekat pencen dah. Berapa penggal lagi nak tahan. Pengalaman Dulu dalam keadilan pun dah duduk puncak dalam tempoh kejap jek. Yang ni harapan lagi tinggi. Tambahan jadi orang kuat ketua perhubungan umno negeri.


Setiusaha bahagian yang di lantik dahulu dengar kata dah letak jawatan. Tak tau pasai apa. Mengejut plak tue. Ada yang tak kena ka? Bukan saja jawatan setiausaha bahagian dia letak. Jawatan JKKP kg belau pun letak sekali. Dengar kata nak tumpu keja jadi kontraktor. Baguih gak tue. Tumpu keja. Tapi bahagian pinjaman TEKUN pun letak jawatan, sakan nie. Ini maknanya sudah mendatangkan marah nie. Semak punya semak, orang dalam kata beliau kecewa. Kita dengar pun kecewa. Dsengar cerita macam nie. Anak bekas setiausaha dulu banyak buat keja dan kebajikan dalam umno. Malah orang kuat kepada dato` abdul rahim baling, ketua putera umno nun. Banyak keluar belanja waktu pilihanraya dulu. Setiausaha kerja keras membantu ketua bahagian merbok la ni. Tup-tup, baling umno kalah, terus anak beliau jatuh sakit. Sampai kini. Umno/BN tengok jek. Buat tak tau. Layan pun tak. Sedangkan beliau anak-beranak pejuang kuat dalam umno/BN. Tetapi tidak dipedulikan UMNO/BN bahagian. Nampak sangat puak umno nie nak panjat orang jek. Pastu buat muka tak bersalah. Sampai hati hangpa pemimpin umno. Tak patut sungguh.


Puteri umno bahagian merbok plak cerita lain. Tak cukup dengan citer ciput-ciput yang tak elok. Mai cerita lain plak. Ketua puteri yang top mengetop la ni dah jadi naib ketua puteri Malaysia. Kejap jek leh naik. Tak lama lagi ketua puteri umno Malaysia la tue. Dulu kontroversi sakan dengan bekas MB kedah UMNO/BN dulu tue, last-last menang juga. Lagi sakan plak tue. La ni dia pegang JKM sungai petani sekali. Sakan aihhh. Tak cukup dengan tue, kompleks jeti semeling bernilai lebih RM 5 juta, dia juga yang pegang. Siap bisnes keluarga lagi. De jeti lapan beradik. Dengan kedai tiga pintu di sungai jagung kat highway baru nu. Hui....untung oii muda-muda masuk umno, murah rezeki. Naik iri hati aku tengok orang kaya cepat macam nie. Bertuah sungguh...

Cerita pasal PAS merbok : apa masalahnya ???

Seperti mana dalam pengetahuan penulis, PAS merbok kini sedikit sebanyak agak lesu. Apabila tengok kepada PUTIM merbok yang dulunya amat meriah dengan pelbagai program kini terbiar sepi. Ntah kenapa. Mana perginya pas kawasan, mana perginya sayap utama parti, mana perginya aktiviti pemuda dan muslimah. Kalau dahulunya semuanya berkobar-kobar semangat. Apa yang amat mengecewakan selepas kemenangan ini. Susah payah PAS dan penyokong serta amanah rakyat di berikan kepada PAS DUN Tanjung Dawai, tetapi kini terbiar. Mengapa tidaknya.....

Jika di lihat kini, hanya Y.B Dr. Hamdan saja bersama 2,3 orang yang pulun buat keja. 2,3 kerat yang di maksudkan ialah en. Elias yang sering bersama Y.B serta pn. Rumiza di pusat khidmat wakil rakyat. Serta driver Y.B en. Nasrol yang kelihatan bersama Y.B kita. Bukan yang lain tidak mendampingi, tetapu seperti langsung tidak bersama Y.B. pusat khidmat seperti tidak berfungsi. Pada hakikatnya, pada masa ini, PKWR seharusnya di uruskan oleh setiausaha kawasan yang di lantik menguruskan permasalahan yang ada di DUN Tanjung Dawai. Tapi langsung tak ambik tau. Y.B yang kini merangkap exco serta orang kuat menteri besar serta di pertanggungjawabkan pelbagai tugas termasuk DUN angkat sememangnya tidak mampu di pikul seorang. Orang PAS yang lain buat apa? Cakap pandai ja. Dulu kalut sangat nak DUN, la nie buat la keja. Cakap pandai apa lagi. Mengarut tak tentu pasai...

PAS kawasan merbo punyai jawatankuasa yang luas. Pelbagai sayap ada. Pemuda ada, muslimah pun ada. Tetapi berapa kerap sangat yang tolong Y.B kita yang sorang nie. Memang la dia doctor, tapi tak boleh buat sorang. Bukan mengharapkan pertolongan seratus peratus, tetapi sekurang-kurangnya tolonglah setakat yang mampu. Nie tidak, siap kutuk lagi kay Y.B nie. Mintak macam-macam, tak dapat merajuk. Kalau berminat sangat berada dalam jemaah PAS, itu maknanya berminat berjuang dengan PAS,serta sanggup meluangkan masa untuk PAS. Dah menang dalam muktamar buat la keja. Ni dok kalut buat keja lain pasai apa... bukan tak boleh buat keja untuk periuk nasik, tapi kalu guna kedudukan untuk buat periuk nasik...itu haprak namanya...
Y.D.P PAS kawasan yang menang hari tu, berturut-turut lagi. Tak dak perubahan pun tengok. Makin menjadi ada la. Bila jadi ahli majlis MPSP, tengok gah semacam ja logo mpsp depan no plat keta dia. Senyum pun susah. Pastu tengok bisnes makin meningkat naik. Melonjak-lonjak lagi.dapat kontrak merata. Dengan keranda pun dapat projek. Sakan sungguh. Dapat kedudukan dalam PAS, tapi macam pi arah lain. Dengan Y.B tak back-up langsung. Tapi Y.D.P. Y.B kita ni timbalan Y.D.P ja tak silap. Cakap lain..buat lain nie... tak dak sumbangan kat PAS kawasan pu tengok.
Yang setiausaha pun tak jalan ja. Mesyuarat kerap. Tapi jadi lagu mana tak tau. Dulu ceramah berapi kutuk UMNO/BN, bila PAS menang, dapat jawatan macam tak reti buat keja. Bungkuih la macam nie. Dok keja bagi kuliah kat masjid dengan surau ja, kempen PAS tak habis-habis lagi. Bila nak buat keja nie. PAS menang pun dok kempen lagi. Lama-lama orang sakit telinga. Nak cakap depan, orang kata lawan orang tua-tua. Cakap belakang orang kata kutuk. Habis tue nak buat lagu mana nie? Lu piker lah sendiri....

Pemuda pulak dengan cerita lain pulak. Yang menang muktamar geng2 ustaz. Bila tazkirah semua hebat belaka. Banyak yang haram. Boleh kata, kalau okut betul-betul dasar pemuda PAS bagus. Depa kata tengok kat jalan pun tau yang mana pemuda pas, yang mana pemuda umno. Bak kata pepatah, imej pemuda pas memang baik sungguh. Huiii....sakan tue. Itu atas kertas keja la. Macam kontraktor kelas F nun, tengok spesifikasi keja bagus, tengok hasil keja ntah hapa-hapa. Nak komplen tak patut sangat, depa kata dok luar jemaah pandai cakap la. Mai masuk join sekali. Nak join lagu mana, kita bukan ustaz, aliran pendidikan secular. Jangan harap la nak bercakap. Sapa nak bagi muka. Sori sikit. Hanya yang Berjaya dalam jemaah ja bleh cakap geng. Dapat jawatan, semangat berkobar-kobar nak berjuang, tapi jadi lagu mana tak tau. Bisnes radix makin meningkat, income dekat ratus ribu. Labur merata. Orang rumah bertambah. Keta makin sakan. Rumah pun lawa. Rezeki katakan. Sakan depa. Habis cawangan join jadi downline. Orang lain, nganga. Perjuangan dulu yang di laungkan, ntah pi mana tak tau.

Itulah luahan hati seorang pengundi. Nak kata sakit hati tak patut sangat. Nak kata benci tak elok. Nak kata kecewa, betul kot tue. Penat kempen, la ni jadi lagu nie. Yang kesian kat Y.B kita dengan 2,3 kerat yang terus berjuang siang malam membawa nama PAS di DUN Tanjung Dawai ni. Dah la keja banyak, tidur tak cukup, makan tak tentu hala, tak cukup dengan tue, orang kuat tak mau tolong, siap cakap-cakap belakang plak. Awat, kalau orang professional macam Y.B kita nie, ustaz tak mau tolong ka. Penulis rasa, kalau Y.B kita nie orang Parti Keadilan dah lama jadi calon bebas dah. Takpun letak jawatan.Senang, tak payah pikiaq banyak. Buat pening ja. Sebab calon PAS dan komitmen tinggi, Y.B kena terus juga. Bukan makin senang, Makin susah nampaknya. Bersabar ja la Y.B. 3 tahun lebih ja lagi. Kalau Y.B UMNO/BN tak pa la jugak, dah lama dah jadi kaya. Tengok Y.B UMNO/BN yang dulu-dulu, Y.B rosnah majid siap ada rumah dengan keta baru, adik beradik pun dapat rumah baru. Y.B datuk arzmi bauk dulu pun ada keta baru, rumah lawa, tanah berlambak. Y.B rokiah dulu, siap V6 lagi, rumah renovated, jawatan ada lagi sampai la ni jadi pengarah peladang. Sakan depa.

CERITA MERBOK: ADA APA DENGAN PAS – UMNO



Terdetik di hati kecil untuk mengungkap apa yang terpikir pasai PAS dan UMNO khususnya di merbok. Walaupun hanya hak sebagai pengundi berdaftar dengan SPR dan hanya mampu mengundi sekali sahaja undi nilai satu undi untuk 5 tahun sekali.
Nak masuk muktamar tak layak, nak masuk pemilihan duit tak dak nak bagi. Abis tue, status rakyat biasa nie layak guna macam nie jer lah. Namun. Ini mungkin pendapat peribadi penulis yang hanya berdasarkan pengetahuan semasa dan masih lagi muda dan mentah tentang politik.....
Bagi PAS yang memenangi pilihanraya di DUN Tanjung Dawai, yang sekian kalinya berlaku selepas 50 tahun Malaysia merdeka, dan bagi UMNO/BN yang buat kali pertamanya kalah di DUN Tanjung Dawai dan Parlimen merbok setelah menjadi kawasan putih selama 50 tahun hilang pengaruhnya.
Tapi, situasi pilihanraya 13 mungkin berubah, bilamana di parlimen merbok, wakil rakyat keadilannya hanya duduk lena saja di kerusi empuknya dan DUN Tanjung Dawai yang hanya membiarkan wakil rakyatnya seorang diri membuat kerja. Geng UMNO/BN telah lama menyusun strategi baik di DUN, Parlimen dan merampas negeri kedah.

PERCANGGAHAN PENDAPAT PAS – UMNO



Semenjak ini media masa sibuk membuat liputan tentang perpecahan dalam PAS kononnya. Walaupun PAS menafikannya, namun sebenarnya ada juga betulnya.
Sama saja dengan UMNO masalahnya. Cuma di besar-besarkan apabila berlaku dalam PAS. Jika pada blogger pro-PAS (mutaligat, cina islam, kedah la ni dan etc) memang wujudnya pertembungan pendapat dalam PAS. Begitu juga dalam UMNO, blogger UMNO (parpukari, nobisha,mummy rokiah,brave heart dan etc) juga memaparkan kepincangan dalam UMNO. Kesimpulannya, masalah politik PAS dan UMNO sama saja.

Pendapat Tuan Guru Nik Aziz

Pada pandangan peribadi saya, insan kerdil yang baru belajar mengundi di saluran 3 ini, pendapat Tuan Guru, ada betulnya. Walaupun ada pihak menyatakan ianya di pengaruhi oleh Hussam Musa ( tidak bergelar ustaz), namun ianya ada benarnya. Begitu juga pandangan Pror. Dr. Aziz Bari ( golongan professional- bukan ustaz). Nampaknya perkara ini ketara kelihatan selepas muktamar pemilihan dulu. Husam musa awal-awal lagi di tolak. Yang memang semuanya geng2 al azhar dan bergelar ustaz. Jadi, tergelar lah bahawa PAS masih di pimpin oleh ulama. Ntah la... geng professional lekat ciput jek. Tu pun jawatan tak penting sangat.

Lepas tue, wujud la plak golongan nak bekerja sama dengan UMNO tue. Walaupun di tegas kan tidak akan berlaku. Tapi ada juga puak-puak kecil yang buat jugak. Maka, terungkai lah kata-kata apabila keluar sendiri daripada mulut ustaz nasharudin dan dato` Hassan ali bilamana perkara tersebut terus di mainkan oleh media. Sejauh mana benarnya, entah lah. Kalau betul, kecewalah orang-orang kuat PAS. Ada yang kata kalau jadi kerajaan perpaduan nie, tok guru hj hadi bakal jadi timbalan perdana menteri la kot. Ustaz nasha jadi menteri di jabatan perdana menteri, pastu dato Hassan ali jadi menteri pelajaran, datuk mustapa ali jadi timbalan menteri mana-mana yang patut. Kalau macam tue untunglah kot. Tapi....... setahu hati aku yang masih mentah lagi, UMNO nie dia guna kejap jek, pastu bila dia senang, dia tendang la macam anjing kurap nun.....